BlogBlogs

Wednesday, April 28, 2010

Jubah Konvokesyen


Ini adalah jubah konvokesyen untuk kanak2 taska atau tadika. Ia didatangkan dengan 2 warna iaitu biru dan merah (seperti gambar diatas). Kualiti dan kemasan kain dijamin 100% bagus. Harga untuk sepasang jubah ialah RM60(nego). Cepat sebelum kehabisan!!!...kami masih mempunyai 60pasang lagi dalam stok kami..


Sebarang pertanyaan dan tempahan atau pembelian sila hubungi :-

Datin Norehan 019-9869066 @

boleh terus email kepada kami di ntjambu@gmail.com


Friday, April 23, 2010

therapi untuk tenang

Kehidupan hari ini selalu sahaja membuatkan kita keluhkesah,stress dan marah2. Walauapa pun kita kena redha dengan apa yang diberikan kepada kita oleh yang MAHA Esa. Cuma sebagai Manusia yang dikurniakan ilmu, harus mencari alternatif yang terbaik untuk diri kita keluar dari keluhkesah, stress dan perasaan marah dan dukacita. Diantara amalan auntie yang diamalkan untuk tujuan itu ialah;
i) Berusaha untuk sihatkan badan secara fisikal - kurang mengambil ubat yang
berdadah.
ii) Selalu berfikiran positif dan buka minda seluas yang boleh.
iii) Membaca Al -Quran. Amalkan apa-apa ayat ALQuran atau Doa dari AlQuran.
iv) Lakukan aktiviti yang mengasyikkan ,yang kita suka.Jangan luangkan masa
bersendirian tanpa apa2 aktiviti.
v) Bagi auntie membuat biskut /kueh/ choclate dll adalah therapi.Menjadikan ianya satu
hobi dan boleh juga menjana pendapatan, atau hadiah kepada kawan2 sempena acara
keramaian seperti perkahwinan dll.
vi) Berhenti mengumpat dan selalu ingat kepada ALLAH.
Untuk sebarang pertanyaan dan pembelian,
hubungi Datin Norehan (Auntiejambu) di 019-9869066 / ntjambu@gmail.com

Thursday, April 22, 2010

Letters and Numbers
Permainan ini juga bagus untuk perkembangan minda kanak2. Ia dapat mengalakkan kanak2 supaya lebih memahami sesuatu perkataan atau ayat dan mengenali nombor.

Ini juga adalah sebahagian permainan minda yang direka khas untuk kanak2.





Ini adalah gambar kotak untuk Cotton Reels













Ini adalah gambar kotak untuk Jumbo Logic Buttons

Cotton Reels
Antara fungsi Cotton Reels ialah:
1) Komponen Bahasa dan Komunikasi-kanak2 dapat berbual tentang bentuk dan warna permainan tersebut. Kanak2 juga boleh membuat pengelasan dari segi warna, menyusun secare menegak mengikut seriasi dan menjadikannya sebagai bahan pengiraan operasi nombor.
2) Komponen Fizikal-Aktiviti menjahit dapat melatih koordinasi mata-tangan.
3) Komponen Kreativiti dan Estetika-Ia dapat mencipta pola atau corak dan mencipta sesuatu seperti membina bangunan
4) Komponen Sosioemosi-ia lebih kepada kerjasama jika aktiviti di buat dalam kumpulan dan selain itu, ia dapat meningkatkan daya konsentrasi

JUMBO LOGIC BUTTONS
Jumbo logic buttons juga adalah sejenis permainan yang sama lebih kurang mcm lacing animals. Permainan ini juga bagus untuk minda kanak2.
Antara fungsinya ialah:
1) Komponen Bahasa dan Komunikasi- melaluinya kanak2 dapat berbual tentang warna2 dan saiz yang terdapat pada permainan ini
2) Komponen kognitif-Kanak2 dapat membuat pengelasan dari segi warna dan saiz, menyusun mengikut seriasi dan mengenal konsep nombor melalui lubang butang pada saiz yang berbeza. Selain itu, ia juga berfungsi sebagai bahan pembilang yang menarik
3) Komponen fizikal-aktiviti menjahit ini melatih koordinasi mata-tangan
4) Komponen kreativiti dan estetika-kanak2 dapat menyusun atau menjahit butang untuk membuat pelbagai pola atau corak.
*Kesemua fungsi ini dapat mengalakkan dan menjadikan kanak2 agar lebih kreatif dan fokus terhadap sesuatu perkara yang dilakukan.

Wednesday, April 21, 2010



LACING ANIMAL


Apa itu lacing animal? Adakah anda tahu kegunaan dan fungsinya lacing animal ini?

Lacing animal ialah sejenis permainan minda untuk kanak-kanak yang berusia 3tahun ke atas. Permainan ini telah di keluarkan oleh Edu World Services Sdn. Bhd. Permainan ini menggalakkan anak-anak supaya lebih fokus terhadap sesuatu dan ia juga boleh mengajar anak-anak kita supaya menjadi lebih kreatif.

Seperti yang kita tahu, dunia kanak-kanak penuh dengan imaginasi dan keunikan. Mereka menganggap setiap objek ialah permainan. dan that's why syarikat ews ini telah menghasilkan permainan yang membolehkan mereka belajar sambil bermain. Warna-warna yang dihasilkan juga warna yang terang dan menarik kerana anak2 lebih cenderung terhadap warna2 yang terang.

Terdapat beberapa fungsi yang mungkin anda tidak tahu :
1) Komponen Bahasa dan komunikasi - semasa bermain permainan ini, anak2 boleh memperbaiki tahap komunikasi seperti berbual, bercerita dan menamakan binatang melalui bentuk serta menyatakan warna2 binatang pada papan jahit.

2) Komponen kognitif (memperkenalkan konsep awal matematik)
ianya bermaksud membuat pengelasan dari segi bentuk dan warna serta membuat padanan

3) Komponen fizikal-membina motor halus dan koordinasi mata-tangan.

4) Komponen kreativiti dan estetika-Mencipta pola/corak mengikut kesukaan mereka. Selain itu, ia juga berfungsi sebagai stensil untuk menyurih bentuk binatang dan mewarnakannya.

Thursday, April 15, 2010

Assalamualaikum..pemandangan ni diambil semasa lawatan ke italy. Bulan madu kedua lah katakan. hehehe...
SALAM PERKENALAN DARI "NTJAMBU"

Assalamualaikum..

Auntie jambu pernah berkhidmat dengan kerajaan hampir 32 tahun dan kini auntie telah pun bersara hampir 2tahun. Banyak perjalanan manis dan pahit telah auntie lalui dan semuanya adalah pengajaran buat auntie untuk terus bersemangat untuk menjalankan aktiviti selepas bersara. Semua suka-duka yang dilalui auntie anggap positif. Sepanjang tempoh berkhidmat, auntie pernah masuk ladang lembu, kelapa sawit, ladang teh, quarry, lombong jade, kilang bata, jaga stor juga parking dan akhirnya ke gedung2 peralatan kerja dan lain2.

Paling manis apabila auntie telah berjaya menubuhkan TASKA untuk organisasi dan membesar sehingga 11 tahun (sebelum auntie meninggalkannya). Walaubagaimana pun ianya masih berkembang sehingga sekarang.

Selepas bersara auntie telah menjadi agen atau lebih dikenali sebagai Distributor (Pahang) kepada produk perabot TASKA/TADIKA dan alat bantu mengajar untuk sebuah pengilang di Kuala Lumpur...

Auntie amat seronok dapat mencipta satu sistem pembelajaran interactive melalui alat permainan ini yang auntie panggil "cc-maths", dan sekaligus melayakkan auntie mendapat anugerah Inovasi tau!!

Setahun sebelum bersara, auntie selalu mengikuti kursus memasak. Diantaranya makanan yang auntie belajar ialah cara untuk membuat roti, biskut, frozen food dan lain2 lagi. Selain dari itu, auntie juga belajar membuat batik. Itu semua adalah sebagai persediaan untuk mengisi aktiviti selepas bersara. Alhamdulillah sekarang auntie dah boleh menjual kuih raya dan membuat chocolate!!

Dengan adanya aktiviti seperti ini, auntie rasakan kehidupan selepas bersara menjadi lebih sihat dan relax, tenang je. Auntie sangat suka dengan apa yang auntie lakukan sekarang..

Akhir kata, jangan lupa lawati blog ini selalu ya..kerana auntie akan berkongsi pengalaman dengan anda terutamanya mengenai penjagaan anak, petua2, kuih2 yang auntie buat dan doa2 yang auntie pelajari dan amalkan hingga kini!! Semoga anda semua gembira dan dapat menambah lagi pengetahuan yang sedia ada..

"POSITIVE THINGKING IS A THERAPY FOR A GOOD BEING"

"KNOWLEDGE IS FOR SHARING" & "SHARING IS CARING"