BlogBlogs

Sunday, July 18, 2010

kurma madu


kurma madu rm12.00/kotak
kurma bertangkai rm18.00/kotak

KHASIAT KURMA;
Memberi tenaga dengan segera, mengurangkan tekanan darah tinggi, kencing manis.Untuk menggelakan terkena racun atau sihir ,makanlah kurma Ajwa (kurma nabi) sebanyak 7 biji sehari.

Monday, July 5, 2010

TELUK CEMPEDAK,IKAN BAKAR DAN FAMILI GATHERING

Teluk Cempedak merupakan tempat santai yang paling popular di Negeri Pahang, khususnya Kuantan.Pantainya cantik, menarik dan landai,pasir putih, airnya bersih dan pemandangannya cukup menarik dan mengamankan bagi mereka yang ingin menenangkan fikiran.Kini disediakan tempat duduk yang selesa untuk pengunjung dan tempat letak kereta yang selamat.Ada kedai cenderamata, gerai makanan yang selesa dan sedap.McDonald dan KFC pun ada.
Pada 26 dan 27 jun ,baru2 ini kami adik-beradik dan keluarga telah berkumpul lagi dikuantan dirumah auntie.Wah apa lagi anak sedara yang paling kecil dan manis tu masih ingatkan TC, tempat mereka makan aiscream dan main pasir, jadi terpaksalah melayan mereka keTC untuk tengok monyet dan melawat mini zoo MPK.
Pada malam pertama kami sekeluarga sempat makan ikan bakar di Gerai Ana ,Tanjong Lumpur.Memang sedap dan fresh.20 ekor ikan kerapu hapis digangjang.
Malam kedua kami Membuat BBQ sendiri. bakar Ikan ,Udang,sotong,daging dan ayam. wah bestnya.Ikan freshlah katakan,sehinggakan berbaris menunggu giliran makanan masak. Air asam dan sambal cicah MakNgah dan Mak Andak memang tak boleh dilupakan sedapnya.
Nanti cuti sekolah akan datang pasti kami akan berhimpun lagi.
Eastcoast Mall,Megamall,Kamdar dan Syarikat Menang memang menjadi tempat kunjungan popular dimusim ini.Selamat beshopping..............Mak Andak...........Ros....