BlogBlogs

Thursday, September 23, 2010

inspired by sosilawati lawiya

Saya selalu mengikuti interview jutawan kosmetik Sosolawati Lawiya,dan saya memang kagum dengan perjuangannya untuk meningkatkan martabat ekonomi orang melayu khususnya kaum wanita.Beliau begitu cekal dan berani membuat keputusan dan confiden dengan apa yang dilaksankannya boleh berjaya.Saya memang inspired dan berangan-angan jika boleh saya pun nak jadi berjaya macam dia dan menurunkan harta benda kepada anak-anak.
Sayang sekali usianya tidak panjang.Episod dukanya berulang dengan begitu tragis sekali.Tak tahu dimanalah silapnya.yang pasti kita tidak boleh mempercayai sesiapa pun kini, walaupun orang yang tinggi pelajarannya,tinggi statusnya.Saye sebenarnya sangat sedih dengan peristiwa ini.apatah lagi kaum keluarga dan anak-anaknya.

Hari ini 24/09/10 berasamaan 15 syawal1431 hari jumaat, suami kepada kawan baik saya telah kembali ke rahmatullah dengan begitu aman sekali.Alfatihah buatnya.Kepada puan Siti Jemilah saya doakan agar sentiasa tenang dan kuat melalui ujian Allah ini.Semoga hari-hari mendatang akan lebih bermakna dan diberkati Allah.amin.

Thursday, September 2, 2010

ramadhan dan syawal

Setelah hampir sebulan berpuasa,akan tiba hari raya yang dinantikan oleh semua umat Islam yang telah berpuasa.Hasrat untuk memperbaiki amalan bulan puasa masih tidak dapat ditunaikan sepenuhnya kerana macam-macam masaalah seperti demam,pening kepala dan uzur.W/bagaimana pun masih ada beberapa hari lagi berbaki yang mungkin boleh dilipatgandakan amalan.Semoga apa yang dilaksanakan akan diberkati oleh Allah .amin.