BlogBlogs

Thursday, November 25, 2010

DELIMA USIA EMAS

Auntie baru 2 tahun bersara dari khidmat kerajaan,tapi masih terasa kehangatan aroma bekerja,dimana auntie, masih mengamalkan rutin pergi kerja walaupun ,bekerja sendiri.Setakat ini memanglah Auntie tak rasa jemu dan bosan kerana waktu terisi dan badan pun masih sihat. Tapi Auntie ada kawan2 yang bersara tetapi tidak melakukan apa-apa aktiviti yang berterusan, telah mengalami suasana yang membosankan atau delima kesunyian. Apatah lagi bagi yang telah kehilangan pasangan hidup. Ada yang mencuba mencari penganti suami atau isteri kononnya untuk mengisi kesunyian, tetapi akhirnya menjadi lebih kalut apabila, masa untuk dirinya sendiri telah terabai dan mengakibatkan stress yang berpanjangan.Anak-anak pula tidak memberi perhatian kerana mengganggap pasangan baru telah dapat memenuhi kehendak orangtua mereka. Ada yang mengambil keputusan bercerai dengan pasangan dan kembali membujang, tetapi masih gagal mengurus emosi.
Auntie pun tak tau, apakah cara yang terbaik, bagi warga emas ini sentiasa boleh berada dalam suasana tenang dan ceria,sihat sehingga keakhir hayatnya,tanpa banyak menggangu anak-anak atau orang lain.

Wednesday, November 24, 2010

exam SPM

23/11/10 bermula exam SPM bagi anak bongsu ku,Arman Zafri. Auntie begitu teruja untuk sama-sama menyokong moralnya agar beliau tenang menghadapi pepereksaan ini. Mana tidaknya trialnya ari tu tidak begitu memerangsangkan. Harap2 SPM ini beliau dapat menumpukan perhatian dan menjawab dengan betul semua soalan.SEMOGA BERJAYA.

Sunday, November 21, 2010

weekend special





Weekend yang baru lalu,merupakan hari yang paling special buat kami sekeluarga kerana mendapat ahli baru dalam keluarga besar kami.Kami mendapat menantu anak saudara sempena perkahwinan Myna dan Epul.Majlis berjalan sangat lancar walaupun beberapa gangguan mencalar emosi dan consentrasi kami.Makanan yang dihidangkan pun memang sedap,disediakan oleh caterer dan ada juga masak sendiri. Antara menu pilihan adalah Sup tulang dan rendang berkari.Resepinya adalah seperti berikut;
60 kg daging lembu, 2 kg lada kering dan diblender; 5kg kerisek;6 ketul gula kabong; 50 biji kelapa untuk santan; 2kg rempah kari adabi; 10 kg bawang; 5 kg bawang putih; 50 batang serai; 1 kg lengkuas; 100gm buah keras; daun limau purut dan daun kunyit; 200gm kunyit hidup diblender sekali dgn rempag2 tadi dan minyak untuk menumis rempah tadi.Tempoh masak 5 jam. Boleh dimakan oleh 200 orang jemputan.selamat mencuba.

Sunday, November 14, 2010

JUS UNTUK KESIHATAN BADAN





Jus ini sangat baik untuk memulihkan kesihatan selepas operation cancer,atau lain-lain operation (major atau minor) ,dan juga sebagai penjagaan kesihatan harian kita.Jus ini adalah dari kobinasi bahan2 sayuran dan buahan seperti berikut;
1. Carot (lobak merah)- ianya banyak mengandongi betacarotene yang boleh membuang toxic dalam badan.
2. Apple hijau -ianya boleh mencegah pembinaan kolestrol, membantu kesihatan membran paru-paru, menambah bahan kimia pada mineral tulang, mengurangkan tekanan penyakit asma, bagus untuk penghadaman, dan buang toxic.
3. Celery-
4. Bayam -
-masukkan kesemua bahan-bahan ini kedalam juicer dan dapatkan jusnya.Minumlah sekuarangnya 2 kali sehari (lagi banyak lagi baik) kerana ia akan mengekalkan cecair dalam badan setelah menjalani operation atau selepas mengambil banyak ubat-ubatan kimia.

Pembunuh cancer




Mungkin ramai ramai yang dah tahu ,bahawa jus buah durian belanda tinggi khasiatnya ,terutama membunuh sel-sel kanser dan juga boleh mencegah daripadanya.Yang terbaik ialah minum jusnya yang diambil daripada buahnya (gunakan juicer,untuk mengeluarkan jusnya.)Untuk menyimpan air lebihan jus, gunakan bekas/jug kaca,supaya khasiatnya tidak hilang.

Wednesday, November 10, 2010

PARENTING

Kira-kira sebelas tahun auntie berkecimpong didalam pentadbiran Taska/Tadika ditempat auntie bekerja dahulu.Banyak perkara mengenai parenting yang boleh auntie kongsikan bersama dengan pembaca.
1. EMOSI ANAK; emosi anak banyak bergantung kepada environment rumah yang didiami nya bersama dengan ibu/bapa dan adik beradik atau di tempat dia diasuh. Jika ibubapa selalu bergaduh didepan anak,mereka juga akan bergaduh dengan orang lain.Jika dia selalu dibuli oleh abang atau kakak atau anak-anak pengasuhnya, dia akan membuli orang juga,iaitu sesiapa yang di temuinya yang mampu dibulinya.
2. PEMAKANAN ; Makanan sangat penting untuk tumbesaran anak-anak iaitu itu memastikan dia sihat dan boleh menjalankan aktiviti harian dengan sihat. Masakan dan cara hidangan juga dapat merangsang selera anak untuk menjamah makanan. Jika mereka kurang mendapat makanan seimbang, elok ditambah dengan vitamin seperti vitamin C (sebagai antibodi untuk sebarang penyakit seperti demam dan selsema) dan multivitamin.Jangan takut untuk kepada cahaya matahari,kerana matahari pagi sangat baik untuk antibodi kanak-kanak dan boleh menjadikan mereka physically fit.Mereka kena minum banyak susu ,sekurang2nya 5x sehari atau bila meningkat remaja 2 x sehari.Khasiat calcium ini penting ada dalam tubuh manusia daripada kecil lagi untuk bekalan sehingga kehari tua bagi mempastikan tulang jadi kuat dan tidak mudah reput.(osteoporosis).
3. SENAMAN; Aktiviti senaman sangat penting bagi kanak-kanak kerana apabila mereka mengerakkan anggota badan ,oxygen akan segera masuk keotak bagi merangsang perkembangan otak yang sihat .Perkembangan otak kanak-kanak berkembang dengan pesat mulai daripada lahir sehingga umur 6 tahun - 80% sudah terbentuk. Jika gabbage in, gabbage lah Outnya.Itu lah sebabnya masa inilah segala yang terbaik diajar/didedahkan kepada kanak-kanak ini.

Tuesday, November 9, 2010

Makanan sunnah Rasullullah

Rasullullah SAW menyimpan stok buah Kurma untuk setahun,sebagai makanan harian.Dikatakan Buah kurma sangat berkhasiat untuk menjaga kesihatan tubuh badan dan memberi tenaga segera kepada manusia.
Adalah disarankan kepada ibu-ibu mengandong,selain mengambil supplement yang diberikan oleh Doktor, eloklah amalkan memakan buah Kurma sebagai persediaan menyimpan tenaga sewaktu melahirkan.
Selain itu kata Ustaz, ibu mengandong elok amatkan membaca Alquran,dari mula mengandong supaya anak itu akan menjadi anak soleh/solehah apabila besar kelak.
Auntie nak syorkan supaya auntie sendiri dan kita semua memsukkan buah kurma ini sebagai sebagian daripada resepi masakan.Baru-baru ini Auntie ada buat ACAR BUAH2AN KERING(JERUK),Dengan menambah bahan-bahannya Buah kurma kering.Memang sedap rasanya. cubalah.
cara membuatnya;
1. Buahan kering (jeruk) seperti buah limau,prune,mangga,pala dan lain-lain dipotong kecil-kecil.Cili api juga dijeruk.dan juga buah kurma dipotong kecil2 dan dibuang biji.
2. Tumis bawang besar dan bawang putih sebiji sebiji.masukkan lada serbuk yang telah dibancuh dengan air panas.Biarkan garing sedikit.
3. Masukkan cuka, gula dan sedikit garam kedalam tumisan lada tadi.(satu senduk cuka campur satu sendok gula pasir).Biarkan sehingga mendidih dan kemudian masukkan kesemua bahan2 buah tadi dan gaul hingga rata. Dah siap,boleh dimakan.ianya tahan lama jika disimpan didalam bekas kaca.
SELAMAT MENCUBA.

Monday, November 8, 2010

biskut raya






Sempena raya haji ni auntie ada juga buat biskut untuk sesiapa yang berminat nak beli.Tapi edaran setakat Bandar kuantan dan KL sahaja. Kalau berminat bolehlah Inbox kan ke Auntie ye.Harga RM23.00 sebalang (35-45pcs)

kampung yang damai


Sempena cuti Depavali,ramai lah berkunjung kekampong untuk menziarah sanak saudara atau menghadiri kenduri kahwin kawan-kawan atau sanak saudara.Jamuan/hidangan mesti lah lauk daging kari,masak rendang,opor atau kurma.ayam pula digoreng masak merah cili boh campur tomato sos.acar timun dan air sirap.Kebanyakannya catering saja.Alangkah enaknya kalau dapat merasa makan jamuan berlaukkan ikan masin gulai cili api bersama nenas,atau ikan masin goreng campur bawang dan cili api,sayur lemak labu kuning,sambal petai bilis,atau masak asam tempoyak ikan sungai/kolam pun ok, atau gulai lemak ayam kampong,atau gulai nangka,macam zaman dulu2.dimasak pula secara bergotong royong.oh....amannya.Tapi sekarang semuanya dah berubah ,sebab masa untuk gotong royong sudah tak ada. semuanya sudah dikomersialkan.walaupun sudah komersial kalau boleh caterer hendaklah menyediakan menu pilihan untuk produk yang disebutkan tadi,rasanya akan lebih popular dan merangsang petani bertanam sayuran traditianal jika permintaannya tinggi.

Monday, November 1, 2010

QUILIN CITY CHINA



Masjid lama bandar QUILIN dan Kampong Traditional QUILIN

jika berbudi kepada tanah



Sangat seronok melihat hasil kebun yang begitu menjadi sehinggakan boleh menjana pendapatan yang sangat lumayan.Begitulah jika kita berbudi kepada tanah dibalasnya dengan melimpah ruah hasilnya.