BlogBlogs

Monday, December 26, 2011

TAHUN BARU 2012


Sedar tak sedar, tahun baru semakin hampir dimuka.Tinggallah tahun 2011 dengan seribu kenangan pahit manis, susah payah,gembira dan senang,semuanya boleh memberi ikhtibar untuk tahun2 hadapan. masihkah ada sinar tahun hadapan ni? Harapkan cahaya terus menyinar dan ALLAH tetap memberi RAHMATNYA kepada ku dan keluarga dan ANDA juga. Moga ALLAH akan terus memberikan kesihatan yang baik,rezeki yang melimpah dan kebajikan yang telus kepada ku dan keluarga.AMIN.
SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2012 KEPADA SEMUA PEMBACA BLOG SAYA.

Tuesday, December 13, 2011

zakat



Mengeluarkan zakat adalah salah satu rukun Islam yang wajib bagi seseorang yang berkemampuan atau yang berharta.Ia merupakan pembersihan kepada harta/ pendapatan yang diperolehi oleh orang Islam. Jika simpanan tersebut telah cukup haulnya maka wajiblah ia dibayar zakatnya.
Kini sudah menjelang akhir tahun.Seharusnya lah kita menyemak statement kewangan kita agar cepat2 boleh dibereskan zakatnya.Begitu juga dengan barang kemas yang disimpan.Atau pelaburan jongkong emas yang ada dalam simpanan yang melebihi setahun.
ZAKAT MEMBERSIH HARTA DAN MENINGKATKAN IMAN KITA.

Sunday, December 11, 2011

Thursday, December 1, 2011

RUMAH KAMPONG


Teringat semasa kecil2 dulu, kami tinggal dikampong yang sangat aman dan makmur. Penduduknya ,walaupun tiada pertalian darah ,hidup bak satu keluarga yang besar.Bersatu padu dan setiap hari penuh dengan aktiviti sihat.Surau sentiasa penuh apabila pada waktu malam penduduk menyambut majlis keagamaan.Kanak2 lah yang paling seronok kerana ada banyak makanan traditional dihidangkan tanpa ada had memakannya.Jarak rumah kesurau tersebut agak jauh juga, melalui pokok2,kebun buahan,getah ,tapi kami berjalan kaki sahaja dengan menggunakan lampu suluh atau api "karok", (daun kelapa kering yang diikat dan dibakar dihujungnya sehingga habis dimakan api) .Kami pergi beramai2 tanpa ada rasa takut pun. Kerana pada masa itu tiada pun orang jahat dan kami sesama sendiri menjaga ahli2 keluarga kampong kami. Alangkah seronoknya.
Agenda kanak2 diwaktu siang pula jika tak kesekolah(cuti) adalah pergi memancing diteping2 sungai atau sawah padi ,mandi sungai atau masuk kebun getah mencari sayuran atau buahan hutan.Sambil kadangkala membantu ibu-bapa dikebun (sekadarnya sahaja).Main pondok2 atau membuat kraftangan seperti sangkar burung, kereta sorong dll dari barangan terbuang yang ada dipersekitaran rumah.Main permainan traditional.Tapi yang bagusnya kami boleh aturkan jadual aktiviti ini mengikut masa sesuai.Misalnya,kami kehutan diwaktu pagi,tengahhari balik rumah bantu ibu memasak.Selepas makan tengahhari baru boleh main,atau pergi memancing selepas waktu asar.Balik kerumah dan mandi sebelum masuk waktu magrib.Selepas Magrib kami akan mengaji quran dirumah, jika ayah sendiri yang mengajar.Jika ustaz yang ajar, kami ketempat mengaji sebelum magrib dan sembahyang magrib bersama ustaz, dan balik kerumah selepas waktu isyak atau selesai mengaji.Kami balik sendiri tanpa dijemput ayah.Begitu lah selalunya rutin kami semasa kecil dulu.Dikampong.
Kini bagaimanakah coraknya kehidupan dikampong?Kampong sudah tidak selamat lagi.Kecurian telah berluasa dan penagih dadah juga bertambah dari hari kehari.Kini dikampong kami sudah ada yang mengadakan perkhidmatan sex kepada sesiapa yang memerlukannya.Mana tidaknya, suami yang menhisap dadah, mencuri,ditangkap polis ,dan dipenjarakan bertahun2.Isteri ada ramai anak yang masih kecil tidak mampu untuk berkerja (meninggalkan anak) terpaksa melakukan kerja2 terkutuk ini untuk menyara keluarga. Ini kerana ada pula permintaan daripada lelaki hidung belang. Surau /masjid tidak lagi meriah,tiada aktiviti yang disediakan.Kalau ada pun, tidak mendapat sambutan sebab kadang2 dijadikan medan berkempen politik pula.NAK SALAHKAN SIAPA NI?

Monday, November 21, 2011

hidup ini!

Semakin dekat dengan akhir tahun ,semakin malap pula rentak biznes ni. Susah juga semakin banyak persaingan.Kalau persaingan sihat tu okaylah, tetapi ada yang menurunkan harga ketahap yang tidak menasabah langsung.Langsung termakan pokok,macammana nak servive.
Zaman kini pula ramai sangat yang pandai menipu.Konon boleh kerjasama,tetapi akhirnya lingkup.Itulah kehidupan ini.Zaman sudah berubah. hati-hatilah jika kita membuat perhitungan.

Tuesday, November 15, 2011

alhamdulillah


Alhamdulillah. Mini cheesetart telah mendapat sambutan yang agak baik.Yalah mengikut kemampuan Auntielah.Kalau banyak sangat pun semput juga sebab tart ni perlu dibuat secara fresh.Bila nak makan baru buat.baru terasa freshnya.Bersemangat juga lah untuk terus belajar teknik2 untuk mempercepatkan proses membuatnya.Insyaallah ,auntie akan ajar kepada anak remaja yang berminat untuk mempelajarannya.Makanan ini sangat sihat dan mengenyangkan. Kalau nak beli pun memang mahal sangat sebab ,kos ingredientnya mahal. kalau buat sendiri tu bolehlah makan ramai2.Atau kalau nak beri hadiah kekawan2,tak perlu beli lagi.

Wednesday, November 9, 2011

KORBAN

HARI RAYA HAJI ADALAH PERAYAAN SEMPENA TERTUNAINYA FARDU HAJI BAGI MEREKA YANG MENGERJAKANNYA. SEMUA UMAT ISLAM DIGALAKKAN MERAIKANNYA DAN MENUNAIKAN IBADAT KORBAN.IANYA BAGI MENGINGATI PENGORBANAN NABI IBRAHIM KEPADA ANAKNYA NABI ISMAIL YANG DIPERINTAHKAN OLEH ALLAH UNTUK DISEMBELIH.
JIKA KITA TIDAK MAMPU UNTUK MENYEMBELIH BINATANG TERNAKAN ,MAKA KITA HENDAKLAH MENYEMBELIH APAJUA KEBURUKAN ,NAFSU YANG ADA PADA KITA SUPAYA IMAN KITA AKAN LEBIH MANTAP DAN LEBIH BERTAQWA.
SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA KEPADA SEMUA UMAT ISLAM

RESIPI MINI CHEESETART


RAMAI JUGA KAWAN2 YANG BERTANYA RESEPI MNI CHEESETART KEPADA AUNTIE. DULU TAK BERANI NAK BERI SEBAB SEDANG UPDATE BEBERAPA TRICKNYA. KINI AUNTIE DAH BOLEH BAGI SEBAB DAH BOLEH JADI CANTIK DAN MENARIK,DAN SEDAP JUGA.
RESIPINYA;
Untuk buat pastrynya;
250gm butter (cold butter) -dipotong dadu kecil2
80gm castor sugar
2 biji kuning telor
1 sudu(k) essence vanila
415gm tepong low protein (gandum)
cara;
1. Putar butter,gula dan telor sehingga sebati.
2. Campurkan tepong dan uli hingga sebati.
3. Rehatkan setengah jam.
4. masukan dough kedalam acuan dan bentuklah seperti cawan.Cucuk dengan lidi (untuk buat lubang halus) dibawah dough dan bakar dengan suhu 180% selama 20 minit.
4.Sejukkkan pastry (kulit) tart selam sejam sebelum masukkan filling.

Untuk buat fillingnya;
250gm creamcheese
60gm icing sugar
1 sudu kecil jus lemon
1 biji telor
100gm whipping cream (diputar berasingan )

caranya;
1.Creamcheese ,icing sugar diputar sehingga sebati.
2.Masukkan jus lemon dan putar lagi.
3.Masukkan telor dan putar lagi sehinnga sebati.
4.Masukkan whipping cream yang telah diputar berasingan kedalam adunan ini dan putar lagi sehingga fluffy dan pekat.
5.Masukkan kedalam piping bag dan ready untuk digunakan.
6.Masukkan blueberry jam (strawberry,kiwi,chocolate) kedalam pastry tadi.
7.Pipingkan creamcheese keatas filling tadi.Buat lah hiasan lukisan diatas creamcheese dan bakar didalam oven dengan suhu 160% selama 20 minit.
8.Sedap dimakan setelah disejukkan didalam peti sejuk.
SELAMAT MENCUBA.

Thursday, October 27, 2011

KONVO UPM




Pada 19 oct 2011 yang lepas saya dan suami berkesempatan untuk menghadiri Majlis konvokesyen Anak kami di UPM untuk Dip.In Business Management.Meriah juga lah acaranya dan ianya berjalan dengan lancar.Cuaca pun tidak begitu panas dan tidak pula hujan.Acara selesai mengikut program yang disediakan.Dalam pukul 1.00 ,semua urusan dapat diselesaikan. Kami bertolak balik pada hari yang sama.
Kami mendoakan semuga Nana akan lebih cemerlang didalam Sarjananya, dan tabah menghadapi apajua rintangan.Mencari ilmu itu adalah jihat yang paling besar.

Monday, October 10, 2011

europe tour 2011


Pada 22hb -29hb sept 2011 yang lalu Auntie dan group PASFA telah pergi mengikuti lawatan kebeberapa negara Eropah.Kami singah diParis, Holland (Netherland),Belgium, singgah diBrugge, Brussel,Amsterdam dan keLondon.Kami melawat beberapa tempat bersejarah dan tempat2 pelancongan seperti menaiki river cruise dan bangunan2 bersejarah yang menggekalkan arkitecture tradisi.

Sunday, October 9, 2011

cheesetart;blueberry,strawberry,chocolate dan fruit

Hampir sebulan Auntie tak update blog ni.Sebuk sikit sebab banyak tempahan mini cheesetart. Seronok juga bila dapat tempahan ni ,jadi bolehlah memahirkan membuat tart ni. Ada yang nak buat jamuan hariraya, jamuan harijadi dan kenduri kawin ,buat hantaran dan buat tahlil.Auntie jual murah sahaja. RM20.00 untuk 50 biji.Fruit tartlet pun sama. tapi jual sekitar kuantan sahaja.
Sesiapa yang nak buat tempahan bolehlah kontact auntie 019-986 9066.

Wednesday, September 7, 2011

HOLIDAY HOME/RELAX HOME


Terfikir juga untuk membuat sebuah rumah yang simple untuk tempat berehat apabila kesunyian,apabila sudah tiada siapa2 lagi disisi.Anak2 sudah dewasa dan ada komitment sendiri dan tidak lagi ada tinggal bersama.Satu rumah yang berbentuk chalet,yang disediakan dengan hanya keperluan basic ,tetapi moden dan mudah.Apabila tidak didiami ,hanya disewakan ikut kadar harian seperti homestay sahaja.Mungkin dibina dikampong halaman sendiri,kerana mudah untuk menyiarah kubur orang tua,dan membuat sedikit amalan keagamaan sambil menikmati pemandangan indah kehijauan panorama anugerah Allah.Belum pasti berapa kosnya ye.

Monday, September 5, 2011

mini creamcheese tat-blueberry




Alangkah happynya ,pertama kali mencubanya dah boleh dikatakan cantik dan sedap juga rasa tat creamcheese blueberry/kiwi yang auntuie buat.Ramai yang meminati tat ini,terutamanya remaja.Auntie juga gemar menikmatinya.

Monday, August 22, 2011

vios G










Sudah 11 tahun saya menggunakan honda city EZ .Tanpa banyak masaalah dan sangat menyenangkan.tapi akhirnya saya terpaksa menjualnya untuk menggantikan dengan yang lebih selesa.Pilihan utama saya Honda city juga tetapi oleh kerana masaalah stok yang tiada (oct 11 baru available kerana tsunami),saya beralih kepada Vios G series.Harga pun lebih kurang sama dan prestasinya pun sangat baik.Saya trade-in Honda city tu tapi maintain no pendaftarannya,CBE882.

Sunday, August 14, 2011

biskut raya recepi

CHOC-CHIP PEANUTS COOKIES

2 cup eating chocolate chopped into small chunk
2 cups plain flour
1 tablespoon salt
1 tablespoon baking powder
250 gm (1 cup) butter
2/3 cup brown sugar
1/4 cup granular sugar
1 tablespoon vanilla extract
2 tablespoon water
1 egg
1 1/2 cup unsalted peanuts.


Wednesday, August 3, 2011

tupperware brand






















Tupperware brand telah terbukti sangat berkualiti .Telah terbukti makanan yang disimpan didalamnya tehan lama sehingga bertahun lamanya.Auntie memang sudah lama meminati tupperware kerana bentuknya ,warnanya,yang cantik yang mudah untuk disusun, kemas.Tapi baru-baru ini, auntie telah terjumpa bekas tupperware yang tersorok (maid indon yang tersorok) yang masih ada kacang cashewnut didalamnya.Apabila auntie membuka dan hendak membuangnya,tapi terkejut apabila mendapati kacang tersebut masih elok dan ranggup dimakan. Memanglah terbukti tupperware brand berkualiti tinggi. Disamping quarantee sepanjang hayat. Boleh ditukar ganti apabila rosak.
Anda bila lagi nak cuba.autie akan terus menambah koleksi.Sesiapa yang berminat boleh lah kontact auntie kerana auntie ada banyak koleksi lama yang hendak dijual.
contact no; 019-986 9066/ 019-933 6963

Sunday, July 17, 2011

RAMADHAN AKAN TIBA LAGI

Sedar tak sedar ,sudah hampir setahun berlalu.Umur semangkin meningkat,amalan masih berkurangan.Tapi Alhamdulillah umur masih ada,dan pohon kepada illahi agar dapat menyambut Ramadhan kali ini.Mungkin ramadhan kali ini kurang meriahnya kerana 2 orang telah berjauhan,kerana kerja dan belajar,tetapi insyaalah ianya tetap dilalui dengan tabah.
Masih teringat Ramadhan yang lepas-lepas, ketika berbuka puasalah waktu yang paling seronok kerana melayan kerenah anak-anak dan anak saudara.Kami berkumpul berbuka beramai-ramai dengan keluarga adik yang tinggal berhampiran,memasak lauk-lauk kegemari anak-anak kami,selalunya nasi ayam dan apa jua yang berasaskan ayam.Selalunya kami terpaksa masak 2 jenis nasi, untuk anak-anak dan untuk dewasa. Pinggan/cawan 2 set seorang, dan meja pun penuhlah dengan makanan.waktu berbuka semuanya senyap ,menikmati makanan.
Selepas Magrib,kami bersiap untuk kemasjid untuk terawih.Dimasjid anak-anak bertemu dengan kawan-kawan dan kadang2 tak buat terawih pun asyik bermain.
Kini mereka semua dah dewasa,walaupun ada masa mereka berbuka dirumah, selepas itu pergi sendiri2 kemasjid,atau kadang2 auntie tumpang sama tatkala uncle outstation.Ada ketikanya auntie berbuka seorang diri, kerana mereka berbuka puasa diluar.Begitulah pusinagan kehidupan.
Hari raya masih disambut dikampong bersama adik-beradik yang lain, dirumah warisan yang telah dibina semula untuk kami berkumpul.Masak bersama,dan budget menggunakan wang tabong warisan keluarga.Kami pun kadang2 ada bonus,begitu jualah anak-anak,wlaupun dah berkerja.
SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARAK

Wednesday, July 6, 2011

LITAR TAUBAT


Didalam kehidupan manusia banyak litar(jalan) yang bersimpang siur untuk kita lalui untuk sampai kedestinasi yang kita inginkan.Didalam mencari sesuatu yang tak pasti selalulah kita terlepas kelitar yang beselekoh tajam yang boleh menjerumuskan kita kegaung atau lembah yang dalam yang menyakitkan.Bagi remaja yang masih mencari sesuatu kepuasan yang tak pasti selalulah terjebak kedalamnya.Berpoya,bersukaria, lepas bebas daripada kawalan ibubapa selalunya berakhir dengan kekecewaan yang berpanjangan.
OLEH itu ingat lah wahai remaja dan manusia amnya,kembalilah kelitar TAUBAT yang sebenarnya menjanjikan kita kehidupan yang bahagia, tenang yang sebenarnya.Kembalilah kejalan ALLAH. Sentiasalah lafaskan SHAHADAH kepadanya agar kita sentiasa dijaganya.Shahadah dapat menjernihakan Roh kita dan dijauhkan kejalan mungkar.Insyaalah........

Monday, July 4, 2011

upm serdang


Minggu lepas telah pergi menghantar anak gadis keUPM Serdang untuk melanjutkan pelajaran dalam Sarjana Perniagaan.Wow Luasnya kawasan Kampusnya, berbeza daripada 30tahun lalu. Nampanya Auntie kena belajar kesunyianlah.Kerana selama ini, sejak kecil kami bertiga sentiasa bersama walau kemana pun (auntie,sidara,dan siteruna bongsu).Kini semuanya dah dewasa,dan ada komitment masing2.Dan terpaksalah berjauhan.Semoga berjaya mengharongi cabaran hidup ini.

Thursday, June 23, 2011

DEMI MASA


Demi masa manusia itu dalam kerugian.Begitulah amaran dari surah An-nas,kecuali bagi orang2 yang tahu memanfaatkannya. Sedar tak sedar,seminggu berlalu begitu pantas.Masih tak pasti berapa banyak pekerjaan yang dilaksanakan memberi faedah, berapa banyak amalan kepada Tuhan yang dapat dilakukan,berapa banyak syukur yang diucapkan dan yang penting adalah mencapai kepuasan maxima didalam pencapaian pekerjaan yang dilakukan itu.ALLah sajlah yang tahu.
Ada lima perkara yang saya ingin ingatkan diri sendiri didalam kehidupan untuk mencari redha ALLAH dan pedoman agar tidak terbabas;
1. WAJIB 2. SUNAT 3. HARUS 4. HARAM 5. MAKRUH.
Utamakan yang wajib dulu,lakukan dengan perfect, baru laksanakan yang sunat. Yang Harus boleh dilaksanakan jika yang wajib dan sunat dilakukan.Jauhkan yang haram, sama sekali dan hindarkan yang makruh.
SEMOGA IMAN KITA AKAN MENJADI KENTAL DAN ROH KITA BAHAGIA......

Sunday, June 19, 2011

familiday-great weekend with great people


Tanggal 17 jun-19 jun 2011 tidak akan dilupakan ,kerana termetri satu lagi memori buat keluarga kerana kami sempat berkumpul lagi dan meraikan anniversory adik2 dan anak saudara.Walaupun simple tetapi bagi kami cukup meriah dan sangat bermakna.Berkumpul,makan2,bercerita dan happy.itu yang penting bagi kami untuk mengekalkan silatulrahim.

Wednesday, June 15, 2011

HAK-HAK AHLI KELUARGA

Setiap ahli keluarga mempunyai haknya masing-masing; Ibu-bapa kepada anak-anak, Ibu kepada anak-anak,bapa kepada anak-anak,anak-anak kepada ibu bapa,suami kepada isteri,isteri kepada suami.
Anak-anak berhak mendapatkan haknya bermula ianya dilahirkan,kerana dalam usia 7 hari , ibubapa perlu membuat aqiqah keatasnya jika tidak,kalau bayi itu meninggal ,anak itu tidak dapat memberi kebijikan keatas kedua orang tuanya itu. Memberi nafkah secukupnya, perlindungan secukupnya dan didikan agama dan dunia secukupnya. Setiap perlakuan baik dan doa anak ini akan terus sampai manafaatnya kepada kedua ibubapanya.Begitu jugalah sebaliknya. Apabila dewasa anak-anak wajib melaksanakan hak-hak ibubapa pula, iaitu menjaga kebajikan mereka apabila mereka sudah tua.Jangan abaikan kerana bimbang akan menjadi anak derhaka.
Begitu jugalah suami kepada isterinya, hendaklah menjaga kebajikan dan keharmonian rumahtangga.Memberi ilmu Agama secukupnya agar isteri tidak menjadi derhaka,membantu kerja2 dirumah dan menjaga emosi isteri. Lantas isteri pula harus melayan keperluan suami dan taat dan setia kepadanya setiap masa.

Tuesday, June 14, 2011

brochure biskutraya

TEMPAHAN BISKUT RAYA KINI DIBUKA SEHINGGA 20HB JULY 2011.SILA HUBUNGI , 0199336963,
012-9514737 begin_of_the_skype_highlighting 012-9514737 end_of_the_skype_highlighting019-9869066 begin_of_the_skype_highlighting 019-9869066 end_of_the_skype_highlighting

Sunday, June 5, 2011

FOOD TO AVOID

CARBOHYDRATE;
All sugar (includes maltose,fructose,sorbitol etc)
All starches
Rice,noddles, breads
Chapati, roti canai, thoosai,idli etc
All vegetables
All fruits
All sauces like tomato,chilli,soya (these are made with sugar)
All low fat food (as starch is used)

ALLOWED FOOD;

PROTEIN AND FAT
All animal meat- use meats with moderate amount of fat.
All poutry
All sea food
All egg
Soft tofu/tempe
Yoghurt- unsweetened and ensure low in carbo (about 3%) - 1 cup/day
Cheese- (low carbohydrate type)100gm/day
Cottage cheese- 2 cups/day
Double whipped cream
Butter,ghee, Olive oil, canaola, gingerly oil

Thursday, June 2, 2011

TOKEN OF APPRECIATION


With just a few lines of words , appealing to the Goverment Of malaysia, makes a family the most happiess day in life. From RM28,000.00 forfeited for the of contract (schorships given), the government agreed to reduce to RM5,000.00 only.Me too felt so happy because the letter that I wrote does wonders to this family. In return ,I was given a dress specially made as a Token of appreciation.Thank you Mrs Goh. It just a little help from me.
From the bottom of my heart I really hope that Mrs Goh's son will get flying colors in his exam and later will give a good service to the people of Malaysia.

Wednesday, June 1, 2011

GRADUATION


Saat yang paling gembira ialah semasa kita dianugerahkan keputusan yang cemerlang dalam akademic dan menyarong jubah untuk konvokesyen.Itulah yang dirasai oleh anak perempuan Auntie baru-baru ini.Telah mendapat Diploma in Business Management (UPM) dan akan menyambong untuk program Ijazah Julai nanti. Alhamdulillah pointernya juga bagus.
Semoga beliau akan terus berjaya di dunia dan akhirat.Insyaalah.

GEMBIRA


Hari ini agak sibuk sikit sebab nak sediakan sebutharga untuk pelanggan.Sedang asyik buat kerja tiba-tiba dapat call daripada kawan berbangsa cina (sebenarnya dia ni Tailor saya).Suaranya gelabah,minta saya datang kerumahnya untuk tengokkan surat yang diterima daripada JPA.
Sebenarnya kawan Auntie ni telah disaman oleh JPA kerana anaknya yang mengikuti kursus KeDoktoran diUSM dua tahun lalu telah gagal dan dibuang daripada Universiti.Oleh kerana gagal memenuhi syarat dan perjanjian beliau dikenakan denda dengan membayar kesemua biasiswa yang telah dikeluarkan kepadanya sebanyak RM28,000.00.
Kawan auntie (emaknya)menjamin anaknya ini diminta membayar jumlah tersebut dalam masa satu bulan drp tarikh surat.Memang sedih sebab ibubapanya yang telah tua ini tiada pendapatan tetap.
Kawan auntie ini menceritakan kesedihannya dan auntie pun cuba membantu dengan membuat surat rayuan kepada JPA.Walaubagaimanapun JPA dalam surat jawapannya tidak bersetuju mengecualikan bayaran balik sebaliknya minta bayar secara ansuran mengikut kemampuan . Auntie buat lagi surat rayuan untuknya dan lama tidak berjawab, sehinggakan kawan Auntie ini cemas.Auntie suruh dia tunggu saja jawapannya.
Pagi ini dia cemas sebab lihat surat jawapan ada tertulis RM5,000.00.Dia ingat sudah kena denda sebab ingkar arahan JPA. Tetapi sebaliknya JPA hanya meluluskan bayaran balik secara token sebanyak RM5,000.00 sahaja.Bukan dia sahaja gembira tetapi auntie juga sangat gembira dengan keputusan ini. Ini lah menunjukkan Kerajaan sangat perihatin terhadap raayatnya,tidak mengira bangsa dan Agama.
Anak Kawan auntie ini merupakan anak yang cemerlang sebenarnya. Sentiasa mendapat Straigth A didalam setiap examnya.Tetapi mungkin jurusan ini dia tidak minat,itu yang gagal.Kasihan.
Kini beliau mengambil jurusan farmasi di Universiti Swasta ,dan sentiasa cemerlang resultnya. Diharap apabila telah berjaya beliau boleh memberi khidmat kepada Rakyat Malaysia pula.Syukur tuhan telah memberi saya jalan untuk membantu seorang kawan.Amin...

Monday, May 30, 2011

tanggongjawab

Bertanggongjawab adalah sesuatu perasaan yang patut datang dengan sendirinya,tanpa disuruh atau paksa.Bila kita dididik dengan ilmu,sudah semestinya dengan sendirinya kita mesti ada rasa tanggongjawab terutamanya keatas kedua orang tua,ahli keluarga dan keatas diri sendiri. Janganlah mengharapkan pembalasan materials sahaja baru kita boleh memikul tanggongjawab.
Tetapi kini , generasi kini telah jauh dari rasa bertanggongjawab walaupun kepada orangtua mereka.waima keatas diri mereka sendiri pun mereka kurang bertanggongjawab. Terlalu memikirkan wang ringgit untuk diri sendiri.

Sunday, May 29, 2011

sambal udang galah


Udang galah Rompin memang terkenal sedapnya.Sejak saya mula bekerja dan selalulah outstation keROMPIN dan tak pernah misslah makan udang galah digerai makan yang terletak disimpang masuk ke Muadzam shah.Sehingga kini gerai itu masih ada yang diambil alih oleh anak-anak pengerai dahulu.Masakannya masih sedap,sebab udang galah sungai Rompin ini memang sedap.Manis dan lembut dan isinya padat.
Kini kalau saya melalui jalan ini ,pasti saya akan singgah dan makan dan membeli yang hidup untuk dibawa pulang untuk dimasak dirumah.
Anak-anak juga kini menjadi pengemar udang galah.

Thursday, May 26, 2011

NUTS FOR FOOD

ALL TYPES OF NUTS ARE GOOD FOR DAILY DIETS.THEY FALL THE LOWEST CATEGORY OF FOOD PYRAMID, WHICH INDICATE, THE MOST FOOD THAT WE CAN TAKE. ALL THESE NUTS ALWAYS MAKE COOKIES EXCELLENT TASTY AND CRUNCHY WHEN THEY ARE ADDED TO THE RECIPE!.....DO YOU KNOW WHY? COS THEY ARE PROTECTED UNDER THEIR SHELL.........