BlogBlogs

Thursday, February 24, 2011

TAMAN GELORA






Ramai yang telah menyedari keujudan Taman Gelora sebagai tempat beriadah dan bersantai samaada waktu pagi atau pun petang, sambil menikmati pandangan pantai dan pokok2 yang tumbuh tersusun.Ada program yang disediakan oleh kumpulan2 samada senamrobik, tarian seperti yoga dll disini pada setiap pagi terutamanya dihujung minggu.Memang seronok mengikuti senamrobik ini beramai2 kerana memang mengeluarkan peluh dan santai.Badan memang sihat, dan stress pun hilang.
Di Taman gelora ini boleh dikatakan banyak riadah boleh disaksikan;tenis -ada klinik untuk kanak-kanak/semua peringkat diaadakan ,bola sepak-ada 2 padang,senamrobik yang bermacam stail dan track berlari,berjalan,alat2 senaman statik, track batu reflexologi , pentas senaman, sepak takraw dll.
Lihatlah pemandangan Taman gelora diwaktu petang;

Thursday, February 17, 2011

KEINDAHAN ALAM





Dunia kurniaan Allah ini sangat indah kejadiannya.Bagi mereka yang tahu menilainya,ianya dapat mententeramkan hati yang gundah gulana.keajaiban kejadian Allah ada manafaatnya.Hanya terpulang kepada manusia menilainya.

UMRAH2011

Kaabah adalah kiblat bagi umat Islam.Semua umat Islam memang memasang cita2 untuk melawat kaabah mentelah pula memang menjadi rukun ke5 bagi mereka yang berkemampuan. Kali terakhir Auntie berkunjung keBaitullah ialah sepuluh tahun yang lalu.Memang tersangat rindu untuk menjejakkan kaki kesana lagi.Kalau diizinkanNya Auntie akan berkunjung lagi keMekah pada 28hb Feb 2011 ini. Insyaalah.Ketika menziarah ketanah suci,adalah menjadi kewajipan kita untuk mengerjakan rukun2nya;
DIMADINAH;
1. Menziarahi Makam rasullah serta berselawat kepadanya.Banyak beribadah diMajid Nabawi dan berdoalah banyak2 diRaudah, ditempat dimana Rasullah SAW menerima wahyunya daripada ALLAH.
2. Ziarah Wida' apabila meninggalkan Madinah.
DIMEKAH;
1. Berdoa apabila melihat Kaabah,Umrah selamat datang.
2.Mengerjakan Umrah
3. Beribadah dimasjid Masjidilharam,tak kira masa.Banyakkan beriqtikaf didalam masjid.
3. Banyakkan berdoa didepan Kaabah
4. Umrah wida'
Moga2 auntie dapat melaksanakan Ibadah Umrah ini dengan baik.Mudah2an Allah sihatkan badan.

Tuesday, February 8, 2011

TAHLIL BUAT IBU DAN AYAH




Pada hari Jumaat lalu ;4hb Feb 2011, genaplah ibu kami meninggal dunia 11 tahun yang lalu.Yang magicnya ialah pada tarikh 4hb feb 2000 dahulu ,sewaktu ibu meninggal jatuh pada hari jumaat iaitu pada hari Chinese new year juga.Setelah 11 tahun ia jatuh pada hari dan tarikh yang sama.Arwah ayah telah 28 tahun meninggal.Masa itu adik bongsu saya berumur 6 tahun,kini adik dah 35 tahun umurnya ,dan anak sulungnya pun dah 6 tahun.Pada hari jumaat lalu pun kami telah pun mengadakan tahlil buat arwah ibu dan ayah.Walaupun dikampong ramai yang membuat tahlil pad awaktu yang sama ,alhamdulliah ramai yang hadir (lebih 40 orang) untuk mendoakan arwah ibu dan bapa kami.
11 tahun lalu ,tiba-tiba kami menjadi orang tua kepada adik bongsu kami ,kerana walaupun beliau sudah bekerja tetapi belum berkahwin.Kami yang mengkahwinkan beliau.Alhamdulilah kami mendapat adik ipar yang sangat baik dan bertanggongjawab.