BlogBlogs

Monday, May 30, 2011

tanggongjawab

Bertanggongjawab adalah sesuatu perasaan yang patut datang dengan sendirinya,tanpa disuruh atau paksa.Bila kita dididik dengan ilmu,sudah semestinya dengan sendirinya kita mesti ada rasa tanggongjawab terutamanya keatas kedua orang tua,ahli keluarga dan keatas diri sendiri. Janganlah mengharapkan pembalasan materials sahaja baru kita boleh memikul tanggongjawab.
Tetapi kini , generasi kini telah jauh dari rasa bertanggongjawab walaupun kepada orangtua mereka.waima keatas diri mereka sendiri pun mereka kurang bertanggongjawab. Terlalu memikirkan wang ringgit untuk diri sendiri.

Sunday, May 29, 2011

sambal udang galah


Udang galah Rompin memang terkenal sedapnya.Sejak saya mula bekerja dan selalulah outstation keROMPIN dan tak pernah misslah makan udang galah digerai makan yang terletak disimpang masuk ke Muadzam shah.Sehingga kini gerai itu masih ada yang diambil alih oleh anak-anak pengerai dahulu.Masakannya masih sedap,sebab udang galah sungai Rompin ini memang sedap.Manis dan lembut dan isinya padat.
Kini kalau saya melalui jalan ini ,pasti saya akan singgah dan makan dan membeli yang hidup untuk dibawa pulang untuk dimasak dirumah.
Anak-anak juga kini menjadi pengemar udang galah.

Thursday, May 26, 2011

NUTS FOR FOOD

ALL TYPES OF NUTS ARE GOOD FOR DAILY DIETS.THEY FALL THE LOWEST CATEGORY OF FOOD PYRAMID, WHICH INDICATE, THE MOST FOOD THAT WE CAN TAKE. ALL THESE NUTS ALWAYS MAKE COOKIES EXCELLENT TASTY AND CRUNCHY WHEN THEY ARE ADDED TO THE RECIPE!.....DO YOU KNOW WHY? COS THEY ARE PROTECTED UNDER THEIR SHELL.........


















Tuesday, May 24, 2011

SAUH YANG KUAT

Zaman Remaja adalah zaman sangat mencabar bagi setiap manusia.Pada masa ini remaja masih tercari -cari identiti siapa kah dia yang sebenarnya,untuk apa dia berada didunia ini dan tidak tahu siapakah dia nanti.Pada masa ini lah remaja harus mencari bimbingan melalui pembelajaran,orang2 berilmu,kawan yang cemerlang ,dan pakar2 motivasi.Agar remaja cepat mengenalpasti identiti dirinya dan menjuruskan dirinya kejalankan yang lurus,yang diredai oleh ALLAH.Al-quran adalah pembelajaran yang paling jitu untuk panduan seluruh umat manusia.
Setiap manusia harus menyediakan 'SAUH YANG KUAT' untuk dirinya agar pelayarannya tidak mudah tenggelam apabila dirempuh badai.
Berdoalah,bertaqwalah kepada Illahi agar dipeliharakan kita umat Islam ini dalam Kemakmuran,kesejahteraan,afiat dunia dan akhirat.amin.

Monday, May 23, 2011

waktu mustajab berdoa

WAKTU2 YANG MUSTAJAB DAN DIMAKBULKAN
1. Sewaktu hujan turun
2. Ketika hendak solat
3.Pada waktu tengah malam terutama sepertiga malam.
4.Waktu diantara azan dan iqamah
5.Ketika sujud dalam solat
6.Selesai solat fardu
7.Ketika berpuasa
8.Malam ai-Qadar
9.Ketika khatam 30 juzuk al quran.
10.Sepanjang hari jumaat
11.Sepanjang perjalanan semasa bermusafir
12. Ketika berjihad dan sewaktu melaksanakan Ibadah Haji dan Umrah
13.Ketika iman meningkat kerana mentaati Allah
14.Waktu menerima ujian
15.Ketika tentera Islam berhadapan dengan tentera musuh
16. Ketika ayam berkokok
Rujukan 101 doa al-Quran-Khasiat dan Kaifiat

Thursday, May 19, 2011

DOA


" BERDOALAH kepada ALLAH.Padanya lah kamu yakin dengan diperkenankanNya doa kamu.Dan sesungguhnya Allah s.w.t tiada menerima doa dari hati orang yang lalai dan cuai (lengah)."(hadith riwayat;At-Tirmidzi)
Doa adalah ibadat.Yakni ibadat memohon keampunan diatas dosa-dosa.Doa yang sangat mustahak bagi seseorang ialah doa supaya diampunkan segala dosanya dan dipelihara dari neraka dan dimasukkan kedalam Syurga.Berharap dengan sepenuh jiwa bahawa doanya akan diterima oleh Allah kelak.Kerana Allah tidak pernah menghampakan akan doa dan harapan baik dari hambanya pada bila2 masa jua.Asal hambanya menyedari hakikat daripadanya dan menaruh sangkaan baik kepadanya,sebagaimana disebut didalam hadith qudsi dimana Allah s.w.t. berfirman;
"Aku adalah disisi hambaku. Maka hendaklah dia menyangka terhadapku apa yang ia kehendaki,dan janganlah kamu memohon kepada Allah kecuali yang baik sahaja.Baik sangkaan seseorang terhadap penerimaan Allah akan doanya sebagaimana dikehendaki pada hadith tersebut.itulah yang dikatakan harapan.Harapan dalam doa adalah sebagai semangat ataupu jiwanya".
RENUNGKAN LAH

Tuesday, May 17, 2011

ingredient biskut raya

Ramuan biskut raya;
1. ALMOND LONDON; Butter , gula castor,telor, esen vanilla,tepong low protein. Kacang almond sebagai inti. Choclate cooking untuk salut/celupkan.Kacang almond cincang untuk hiasan.
2.BISKUT MAKMUR; Minyak sapi QBB, tepong, gula castor.Kacang peanut untuk inti.
3.CASHEWNUT CHOC; Butter, gula, telor ,esen vanilla, tepong low protein,serbuk kacang cashew.Kacang cashew untuk hiasan, choclate cooking untuk salut/celup.
4. TAT NENAS; Butter,gula,telor,susu tepong,tepong gandum.Nenas diblender dan dimasak dengan gula sehingga kering untuk inti tat.
5.WALNUT CHOC-CHIPS ; Butter,gula castor, telor,esen vanilla, tepong low protein,baking powder,walnut cincang, choclate chips.
6.MACANUTS; Butter, gula castor, telor,esen vanilla, tepong low protien,baking powder.Kacang hazelnut/macanuts untuk inti.Choclate cooking untuk salut/celup.choclate white untuk hiasan.
7. CHOCLATE RICE; Butter, brown sugar,telor,esen vanilla,baking powder,tepong low protein.Choclate rice.
8.ALMOND FLAKES; Butter, gula castor,telor,esen vanilla,tepong low protein,choclate powder,almond flakes.

Sunday, May 15, 2011

TEMPAHAN BISKUT RAYA 2011








Auntie telah membuka tempahan untuk biskut raya 2011 mulai sekarang.Tahun ini auntie buat 2 cara tempahan;
Pakej 1; Jualan secara loose (bundle pieces)
Pakej 2; Siap dalam container mengikut jumlah yang telah ditetapkan.
1.Almond London (loose-minimum 100piece @RM0.35); RM22.00(40-50pcs/blg)
2.Almond Flake (loose-minimum 100pcs@RM0.35;Rm22.00(40-45/blg)
3.Macanuts choc(loose-mini 100pcs@RM0.35);RM24.00 (40-45)/blg)
4.Choclate rice (loose-minimum 100pcs @RM0.30);RM18.00(36pcs-40)
5. Cashew choc (loose-minimum 100pcs@RM0.35);RM24.00(40-45pcs/blg)
6.Tat nenas gulung (loose-minimum 200pcs@RM0.40);RM26.00/blag (50pcs)
7.Biskut makmur (loose-minimum 200pcs@RM0.30);RM22.00 (40-50pcs)
8.Walnut choc-chip (loose-minimum 100pcs@RM0.35);RM24.00 (36-40pcs)

Diharap sesiapa yang berminat untuk menempah biskut Auntie (homemade cookies) boleh lah contact 019-933 6963 begin_of_the_skype_highlighting 019-933 6963 end_of_the_skype_highlighting 019-9869066 begin_of_the_skype_highlighting 019-9869066 end_of_the_skype_highlighting

Tuesday, May 10, 2011

resah?


Kadang2 kita rasa ada sesuatu yang tak kena,tapi tak tau pulak apa.Jadi bila terjadi begini, kita selalu memikirkan sesuatu yang kosong.

Sunday, May 8, 2011

7 FAKTOR UNTUK CEMERLANG


PEMBANGUNAN ANAK KETAHAP KECEMERLANGAN

7 FAKTOR POKOK;

1. Proses pembangunan anak - berdasarkan ciri-ciri Biologi dan tahap pertumbuhan, kematangan, susunan dan fungsi system neurology anak itu (sistem otak saraf).

2. Proses pembangunan - dilaksanakan berasaskan 2 kaedah penting; a) segala usaha harus menghasilkan pembangunan optimum. b) Usaha yang sama mesti dilakukan bagi menggelakkan terencatnya proses pertumbuhan, kematangan dan susunan fungsi system neorology. c) Fakta2 dan pengalaman2 yang diajar hendaklah jelas, tepat, tidak mengelirukan dan berbagai jenis untuk membina asas serta perbendaharaan ilmu bagi pembangunan INTELEK seterusnya. d) Andaian yyang salah berhubung dengan kemamouan anak harus dibetulkan. e) Peluang dan INTRAKSI harus diujudkan agar anak sentiasa didampingi oleh ilmu, situasi dan pengalaman yang membina. f) Pembelajaran harus merupakan proses yang menyeluruh dan bersepadu. g) Kaedah yang digunakan haruslah selaras dengan faktor2 pokok ini.

Nanti saya akan huraikan faktor pokok dengan lebih detail lagi........

Thursday, May 5, 2011

BRAIN DEVELOPEMENT



Auntie ingin menyambong cerita mengenai child developement. Rasanya ada manfaatnya auntie berkongsi ilmu yang auntie dapat semasa auntie menguruskan Taska/Tadika semasa bekerja dengan Agensi Kerajaan dulu.Jika ada kelapangan Auntie akan buka buku dan buat entri diblog ini.Insyaalah;

PEMBANGUNAN MANUSIA ADALAH PEMBANGUNAN OTAKNYA

Kajian telah membuktikan bahawa pembangunan akal manusia adalah asas pembangunan manusia itu dan peningkatan akal manusia di tentukan oleh pembangunan otaknya.

MENGAPA AKAL MENJADI SARAF YANG SANGAT PENTING BUAT MANUSIA?


1.Otak adalah organ yang mula terbina pada manusia mulai hari keenam dalam kandungan ibu.
2.Otak adalah organ pertama yang sangat mudah di pertingkatkan, tetapi sangat terdedah kepada bahan-bahan yang boleh merosakkan pembangunannya.
3.Pembangunan perwatakan ,kebolehan dan intelek anak bermula dari kandungan ibu dan apa jua yang merencatkan pembangunan otak anak itu semasa dalam kandungan ibu akan juga merencatkan pembangunan perwatakannya, kebolehannya, inteleknya.
4.Potensi otak manusia sangat besar sekali .Dari dalam kandungan lagi Otak telah dilengkapkan dengan sejumlah satu trillion (1,000,000,000,000) sel otak (nueron) dan pada usia 3 tahun anak manusia berkemampuan untuk menguasai bahasa, beremosi, menyanyi, menghafal beberapa surah, berlari, berenang, melukis, membaca dan berbagai lagi kebolehan yang membezakan manusia dari haiwan.
5. Kebolehan seperti BERGERAK, MEMBACA, MEMAHAMI BAHASA,BERTUTUR, BEREMOSI, BERFIKIR, MENULIS, MELUKIS Dan sebagainya, bergantong kepada pembangunan otaknya.Dan pembangunan itu berlaku dengan pesatnya mengikut pembesaran potensinya berasaskan kepada tahap pembesaran seperti berikut;
- Mencapai tahap 25% pada waktu lahir
- Mencapai tahap 50% pada usia enam bulan
- Mencapai tahap 85% pada usia tiga tahun
- Mencapai tahap 95% pada usia enam tahun


CHILD DEVELOPEMENT



MENGAPA 3 TAHUN PERTAMA PENTING?
Sepanjang 3 tahun pertama, anak sangat mudah dipengaruhi oleh apa jua bentuk stimulasi kerana;
1. Otak dan sistem saraf manusia berkembang dengan pesatnya dari dalam rahim dan sepanjang 3 tahun pertama. kematangannya mencapai pembangunan seperti berikut;
25% - sewaktu lahir
50% - pada usia 6 bulan
85 % - pada usia 3 tahun
2. Sepanjang proses kematangan itu apa jua yang diterima atau dialami akan menjadi pembelajaran dan pengalaman yang kekal.(yang baik menjadi kekal dan yang buruk juga menjadi kekal).
3. Dalam masa 3 tahun pertama, anak mempunyai kebolehan untuk meresap apa jua stimulasi melalui pancainderanya dan peresapan itu berlaku dengan kencang.
4.Oleh kerana pembangunan yang cemerlang yang diperlukan, peluang pembelajaran untuk 3 tahun pertama itu hendaklah digunakan dengan sepenuhnya.Setiap anak mempunyai peluang yang besar untuk diperkukuhkan asas bagi menghasilkan ketahap cemerlang.

Wednesday, May 4, 2011

KOSPEK 25 TAHUN


Pada hari Khamis yang lalu (27hb April) saya telah berkesempatan untuk menghadiri mesyuarat Agong Kospek kali yang ke 22, lantas meraikan 25 tahun penubuhannya. Auntie pun dijemput sama kerana merupakan mantan Ahli Lembaga (merangkap Ahli Lembaga penubuhannya pada 1986) yang lalu.No Ahli Auntie 0010.Mantan penasihat/Pengerusi yang dulu pun semua hadir . Memang meriah.
Pencapaian KOSPEK setakat ini bolehlah dibanggakan.Mereka telah mampu membeli rumah kedai yang bernilai RM1.2juta dan perniagaannya juga kian mantap.Syabas kepada barisan pengurusan yang bagus dan telus.

Tuesday, May 3, 2011

KONSEP KECEMERLANGAN



PEMBANGUNAN ANAK ITU ADALAH SATU IBADAH
ANAK
adalah anugerah dan amanah ALLAH yang paling bernilai dan adalah menjadi kewajipan setiap ibubapa menyempurnakan tanggongjawabnya untuk membesarkan anak itu supaya menjadi manusia yang sempurna yang mempunyai ciri-ciri kemuliaan kerana ilmu dan imannya.Soalnya bilakah harus kita mulakan pendidikan kepada anak kitabagar pembangunan mindanya boleh menjangkau ketahap cemerlang.
1. Perlu bermula daripada rahim ibu lagi- sepanjang waktu hamil hendaklah disempurnakan pembangunannya dan penjagaan ibu dan anak tersebut.
2.Allah telah menyediakan potensi untuk anak-anak menjadi cemerlang, cuma ibubapa perlu tahu (memperolehi ilmu itu) untuk menyediakan asas yang tepat dan tersusun bermula dari dalam kandungan sehingga lah keumur 6 tahun.
3.Usia 3 tahun pertama adalah penting.