BlogBlogs

Thursday, June 23, 2011

DEMI MASA


Demi masa manusia itu dalam kerugian.Begitulah amaran dari surah An-nas,kecuali bagi orang2 yang tahu memanfaatkannya. Sedar tak sedar,seminggu berlalu begitu pantas.Masih tak pasti berapa banyak pekerjaan yang dilaksanakan memberi faedah, berapa banyak amalan kepada Tuhan yang dapat dilakukan,berapa banyak syukur yang diucapkan dan yang penting adalah mencapai kepuasan maxima didalam pencapaian pekerjaan yang dilakukan itu.ALLah sajlah yang tahu.
Ada lima perkara yang saya ingin ingatkan diri sendiri didalam kehidupan untuk mencari redha ALLAH dan pedoman agar tidak terbabas;
1. WAJIB 2. SUNAT 3. HARUS 4. HARAM 5. MAKRUH.
Utamakan yang wajib dulu,lakukan dengan perfect, baru laksanakan yang sunat. Yang Harus boleh dilaksanakan jika yang wajib dan sunat dilakukan.Jauhkan yang haram, sama sekali dan hindarkan yang makruh.
SEMOGA IMAN KITA AKAN MENJADI KENTAL DAN ROH KITA BAHAGIA......

Sunday, June 19, 2011

familiday-great weekend with great people


Tanggal 17 jun-19 jun 2011 tidak akan dilupakan ,kerana termetri satu lagi memori buat keluarga kerana kami sempat berkumpul lagi dan meraikan anniversory adik2 dan anak saudara.Walaupun simple tetapi bagi kami cukup meriah dan sangat bermakna.Berkumpul,makan2,bercerita dan happy.itu yang penting bagi kami untuk mengekalkan silatulrahim.

Wednesday, June 15, 2011

HAK-HAK AHLI KELUARGA

Setiap ahli keluarga mempunyai haknya masing-masing; Ibu-bapa kepada anak-anak, Ibu kepada anak-anak,bapa kepada anak-anak,anak-anak kepada ibu bapa,suami kepada isteri,isteri kepada suami.
Anak-anak berhak mendapatkan haknya bermula ianya dilahirkan,kerana dalam usia 7 hari , ibubapa perlu membuat aqiqah keatasnya jika tidak,kalau bayi itu meninggal ,anak itu tidak dapat memberi kebijikan keatas kedua orang tuanya itu. Memberi nafkah secukupnya, perlindungan secukupnya dan didikan agama dan dunia secukupnya. Setiap perlakuan baik dan doa anak ini akan terus sampai manafaatnya kepada kedua ibubapanya.Begitu jugalah sebaliknya. Apabila dewasa anak-anak wajib melaksanakan hak-hak ibubapa pula, iaitu menjaga kebajikan mereka apabila mereka sudah tua.Jangan abaikan kerana bimbang akan menjadi anak derhaka.
Begitu jugalah suami kepada isterinya, hendaklah menjaga kebajikan dan keharmonian rumahtangga.Memberi ilmu Agama secukupnya agar isteri tidak menjadi derhaka,membantu kerja2 dirumah dan menjaga emosi isteri. Lantas isteri pula harus melayan keperluan suami dan taat dan setia kepadanya setiap masa.

Tuesday, June 14, 2011

brochure biskutraya

TEMPAHAN BISKUT RAYA KINI DIBUKA SEHINGGA 20HB JULY 2011.SILA HUBUNGI , 0199336963,
012-9514737 begin_of_the_skype_highlighting 012-9514737 end_of_the_skype_highlighting019-9869066 begin_of_the_skype_highlighting 019-9869066 end_of_the_skype_highlighting

Sunday, June 5, 2011

FOOD TO AVOID

CARBOHYDRATE;
All sugar (includes maltose,fructose,sorbitol etc)
All starches
Rice,noddles, breads
Chapati, roti canai, thoosai,idli etc
All vegetables
All fruits
All sauces like tomato,chilli,soya (these are made with sugar)
All low fat food (as starch is used)

ALLOWED FOOD;

PROTEIN AND FAT
All animal meat- use meats with moderate amount of fat.
All poutry
All sea food
All egg
Soft tofu/tempe
Yoghurt- unsweetened and ensure low in carbo (about 3%) - 1 cup/day
Cheese- (low carbohydrate type)100gm/day
Cottage cheese- 2 cups/day
Double whipped cream
Butter,ghee, Olive oil, canaola, gingerly oil

Thursday, June 2, 2011

TOKEN OF APPRECIATION


With just a few lines of words , appealing to the Goverment Of malaysia, makes a family the most happiess day in life. From RM28,000.00 forfeited for the of contract (schorships given), the government agreed to reduce to RM5,000.00 only.Me too felt so happy because the letter that I wrote does wonders to this family. In return ,I was given a dress specially made as a Token of appreciation.Thank you Mrs Goh. It just a little help from me.
From the bottom of my heart I really hope that Mrs Goh's son will get flying colors in his exam and later will give a good service to the people of Malaysia.

Wednesday, June 1, 2011

GRADUATION


Saat yang paling gembira ialah semasa kita dianugerahkan keputusan yang cemerlang dalam akademic dan menyarong jubah untuk konvokesyen.Itulah yang dirasai oleh anak perempuan Auntie baru-baru ini.Telah mendapat Diploma in Business Management (UPM) dan akan menyambong untuk program Ijazah Julai nanti. Alhamdulillah pointernya juga bagus.
Semoga beliau akan terus berjaya di dunia dan akhirat.Insyaalah.

GEMBIRA


Hari ini agak sibuk sikit sebab nak sediakan sebutharga untuk pelanggan.Sedang asyik buat kerja tiba-tiba dapat call daripada kawan berbangsa cina (sebenarnya dia ni Tailor saya).Suaranya gelabah,minta saya datang kerumahnya untuk tengokkan surat yang diterima daripada JPA.
Sebenarnya kawan Auntie ni telah disaman oleh JPA kerana anaknya yang mengikuti kursus KeDoktoran diUSM dua tahun lalu telah gagal dan dibuang daripada Universiti.Oleh kerana gagal memenuhi syarat dan perjanjian beliau dikenakan denda dengan membayar kesemua biasiswa yang telah dikeluarkan kepadanya sebanyak RM28,000.00.
Kawan auntie (emaknya)menjamin anaknya ini diminta membayar jumlah tersebut dalam masa satu bulan drp tarikh surat.Memang sedih sebab ibubapanya yang telah tua ini tiada pendapatan tetap.
Kawan auntie ini menceritakan kesedihannya dan auntie pun cuba membantu dengan membuat surat rayuan kepada JPA.Walaubagaimanapun JPA dalam surat jawapannya tidak bersetuju mengecualikan bayaran balik sebaliknya minta bayar secara ansuran mengikut kemampuan . Auntie buat lagi surat rayuan untuknya dan lama tidak berjawab, sehinggakan kawan Auntie ini cemas.Auntie suruh dia tunggu saja jawapannya.
Pagi ini dia cemas sebab lihat surat jawapan ada tertulis RM5,000.00.Dia ingat sudah kena denda sebab ingkar arahan JPA. Tetapi sebaliknya JPA hanya meluluskan bayaran balik secara token sebanyak RM5,000.00 sahaja.Bukan dia sahaja gembira tetapi auntie juga sangat gembira dengan keputusan ini. Ini lah menunjukkan Kerajaan sangat perihatin terhadap raayatnya,tidak mengira bangsa dan Agama.
Anak Kawan auntie ini merupakan anak yang cemerlang sebenarnya. Sentiasa mendapat Straigth A didalam setiap examnya.Tetapi mungkin jurusan ini dia tidak minat,itu yang gagal.Kasihan.
Kini beliau mengambil jurusan farmasi di Universiti Swasta ,dan sentiasa cemerlang resultnya. Diharap apabila telah berjaya beliau boleh memberi khidmat kepada Rakyat Malaysia pula.Syukur tuhan telah memberi saya jalan untuk membantu seorang kawan.Amin...