Sedar tak sedar ,sudah hampir setahun berlalu.Umur semangkin meningkat,amalan masih berkurangan.Tapi Alhamdulillah umur masih ada,dan pohon kepada illahi agar dapat menyambut Ramadhan kali ini.Mungkin ramadhan kali ini kurang meriahnya kerana 2 orang telah berjauhan,kerana kerja dan belajar,tetapi insyaalah ianya tetap dilalui dengan tabah.
Masih teringat Ramadhan yang lepas-lepas, ketika berbuka puasalah waktu yang paling seronok kerana melayan kerenah anak-anak dan anak saudara.Kami berkumpul berbuka beramai-ramai dengan keluarga adik yang tinggal berhampiran,memasak lauk-lauk kegemari anak-anak kami,selalunya nasi ayam dan apa jua yang berasaskan ayam.Selalunya kami terpaksa masak 2 jenis nasi, untuk anak-anak dan untuk dewasa. Pinggan/cawan 2 set seorang, dan meja pun penuhlah dengan makanan.waktu berbuka semuanya senyap ,menikmati makanan.
Selepas Magrib,kami bersiap untuk kemasjid untuk terawih.Dimasjid anak-anak bertemu dengan kawan-kawan dan kadang2 tak buat terawih pun asyik bermain.
Kini mereka semua dah dewasa,walaupun ada masa mereka berbuka dirumah, selepas itu pergi sendiri2 kemasjid,atau kadang2 auntie tumpang sama tatkala uncle outstation.Ada ketikanya auntie berbuka seorang diri, kerana mereka berbuka puasa diluar.Begitulah pusinagan kehidupan.
Hari raya masih disambut dikampong bersama adik-beradik yang lain, dirumah warisan yang telah dibina semula untuk kami berkumpul.Masak bersama,dan budget menggunakan wang tabong warisan keluarga.Kami pun kadang2 ada bonus,begitu jualah anak-anak,wlaupun dah berkerja.
SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARAK