BlogBlogs

Monday, November 21, 2011

hidup ini!

Semakin dekat dengan akhir tahun ,semakin malap pula rentak biznes ni. Susah juga semakin banyak persaingan.Kalau persaingan sihat tu okaylah, tetapi ada yang menurunkan harga ketahap yang tidak menasabah langsung.Langsung termakan pokok,macammana nak servive.
Zaman kini pula ramai sangat yang pandai menipu.Konon boleh kerjasama,tetapi akhirnya lingkup.Itulah kehidupan ini.Zaman sudah berubah. hati-hatilah jika kita membuat perhitungan.

Tuesday, November 15, 2011

alhamdulillah


Alhamdulillah. Mini cheesetart telah mendapat sambutan yang agak baik.Yalah mengikut kemampuan Auntielah.Kalau banyak sangat pun semput juga sebab tart ni perlu dibuat secara fresh.Bila nak makan baru buat.baru terasa freshnya.Bersemangat juga lah untuk terus belajar teknik2 untuk mempercepatkan proses membuatnya.Insyaallah ,auntie akan ajar kepada anak remaja yang berminat untuk mempelajarannya.Makanan ini sangat sihat dan mengenyangkan. Kalau nak beli pun memang mahal sangat sebab ,kos ingredientnya mahal. kalau buat sendiri tu bolehlah makan ramai2.Atau kalau nak beri hadiah kekawan2,tak perlu beli lagi.

Wednesday, November 9, 2011

KORBAN

HARI RAYA HAJI ADALAH PERAYAAN SEMPENA TERTUNAINYA FARDU HAJI BAGI MEREKA YANG MENGERJAKANNYA. SEMUA UMAT ISLAM DIGALAKKAN MERAIKANNYA DAN MENUNAIKAN IBADAT KORBAN.IANYA BAGI MENGINGATI PENGORBANAN NABI IBRAHIM KEPADA ANAKNYA NABI ISMAIL YANG DIPERINTAHKAN OLEH ALLAH UNTUK DISEMBELIH.
JIKA KITA TIDAK MAMPU UNTUK MENYEMBELIH BINATANG TERNAKAN ,MAKA KITA HENDAKLAH MENYEMBELIH APAJUA KEBURUKAN ,NAFSU YANG ADA PADA KITA SUPAYA IMAN KITA AKAN LEBIH MANTAP DAN LEBIH BERTAQWA.
SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA KEPADA SEMUA UMAT ISLAM

RESIPI MINI CHEESETART


RAMAI JUGA KAWAN2 YANG BERTANYA RESEPI MNI CHEESETART KEPADA AUNTIE. DULU TAK BERANI NAK BERI SEBAB SEDANG UPDATE BEBERAPA TRICKNYA. KINI AUNTIE DAH BOLEH BAGI SEBAB DAH BOLEH JADI CANTIK DAN MENARIK,DAN SEDAP JUGA.
RESIPINYA;
Untuk buat pastrynya;
250gm butter (cold butter) -dipotong dadu kecil2
80gm castor sugar
2 biji kuning telor
1 sudu(k) essence vanila
415gm tepong low protein (gandum)
cara;
1. Putar butter,gula dan telor sehingga sebati.
2. Campurkan tepong dan uli hingga sebati.
3. Rehatkan setengah jam.
4. masukan dough kedalam acuan dan bentuklah seperti cawan.Cucuk dengan lidi (untuk buat lubang halus) dibawah dough dan bakar dengan suhu 180% selama 20 minit.
4.Sejukkkan pastry (kulit) tart selam sejam sebelum masukkan filling.

Untuk buat fillingnya;
250gm creamcheese
60gm icing sugar
1 sudu kecil jus lemon
1 biji telor
100gm whipping cream (diputar berasingan )

caranya;
1.Creamcheese ,icing sugar diputar sehingga sebati.
2.Masukkan jus lemon dan putar lagi.
3.Masukkan telor dan putar lagi sehinnga sebati.
4.Masukkan whipping cream yang telah diputar berasingan kedalam adunan ini dan putar lagi sehingga fluffy dan pekat.
5.Masukkan kedalam piping bag dan ready untuk digunakan.
6.Masukkan blueberry jam (strawberry,kiwi,chocolate) kedalam pastry tadi.
7.Pipingkan creamcheese keatas filling tadi.Buat lah hiasan lukisan diatas creamcheese dan bakar didalam oven dengan suhu 160% selama 20 minit.
8.Sedap dimakan setelah disejukkan didalam peti sejuk.
SELAMAT MENCUBA.