BlogBlogs

Monday, December 26, 2011

TAHUN BARU 2012


Sedar tak sedar, tahun baru semakin hampir dimuka.Tinggallah tahun 2011 dengan seribu kenangan pahit manis, susah payah,gembira dan senang,semuanya boleh memberi ikhtibar untuk tahun2 hadapan. masihkah ada sinar tahun hadapan ni? Harapkan cahaya terus menyinar dan ALLAH tetap memberi RAHMATNYA kepada ku dan keluarga dan ANDA juga. Moga ALLAH akan terus memberikan kesihatan yang baik,rezeki yang melimpah dan kebajikan yang telus kepada ku dan keluarga.AMIN.
SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2012 KEPADA SEMUA PEMBACA BLOG SAYA.

Tuesday, December 13, 2011

zakat



Mengeluarkan zakat adalah salah satu rukun Islam yang wajib bagi seseorang yang berkemampuan atau yang berharta.Ia merupakan pembersihan kepada harta/ pendapatan yang diperolehi oleh orang Islam. Jika simpanan tersebut telah cukup haulnya maka wajiblah ia dibayar zakatnya.
Kini sudah menjelang akhir tahun.Seharusnya lah kita menyemak statement kewangan kita agar cepat2 boleh dibereskan zakatnya.Begitu juga dengan barang kemas yang disimpan.Atau pelaburan jongkong emas yang ada dalam simpanan yang melebihi setahun.
ZAKAT MEMBERSIH HARTA DAN MENINGKATKAN IMAN KITA.

Sunday, December 11, 2011

Thursday, December 1, 2011

RUMAH KAMPONG


Teringat semasa kecil2 dulu, kami tinggal dikampong yang sangat aman dan makmur. Penduduknya ,walaupun tiada pertalian darah ,hidup bak satu keluarga yang besar.Bersatu padu dan setiap hari penuh dengan aktiviti sihat.Surau sentiasa penuh apabila pada waktu malam penduduk menyambut majlis keagamaan.Kanak2 lah yang paling seronok kerana ada banyak makanan traditional dihidangkan tanpa ada had memakannya.Jarak rumah kesurau tersebut agak jauh juga, melalui pokok2,kebun buahan,getah ,tapi kami berjalan kaki sahaja dengan menggunakan lampu suluh atau api "karok", (daun kelapa kering yang diikat dan dibakar dihujungnya sehingga habis dimakan api) .Kami pergi beramai2 tanpa ada rasa takut pun. Kerana pada masa itu tiada pun orang jahat dan kami sesama sendiri menjaga ahli2 keluarga kampong kami. Alangkah seronoknya.
Agenda kanak2 diwaktu siang pula jika tak kesekolah(cuti) adalah pergi memancing diteping2 sungai atau sawah padi ,mandi sungai atau masuk kebun getah mencari sayuran atau buahan hutan.Sambil kadangkala membantu ibu-bapa dikebun (sekadarnya sahaja).Main pondok2 atau membuat kraftangan seperti sangkar burung, kereta sorong dll dari barangan terbuang yang ada dipersekitaran rumah.Main permainan traditional.Tapi yang bagusnya kami boleh aturkan jadual aktiviti ini mengikut masa sesuai.Misalnya,kami kehutan diwaktu pagi,tengahhari balik rumah bantu ibu memasak.Selepas makan tengahhari baru boleh main,atau pergi memancing selepas waktu asar.Balik kerumah dan mandi sebelum masuk waktu magrib.Selepas Magrib kami akan mengaji quran dirumah, jika ayah sendiri yang mengajar.Jika ustaz yang ajar, kami ketempat mengaji sebelum magrib dan sembahyang magrib bersama ustaz, dan balik kerumah selepas waktu isyak atau selesai mengaji.Kami balik sendiri tanpa dijemput ayah.Begitu lah selalunya rutin kami semasa kecil dulu.Dikampong.
Kini bagaimanakah coraknya kehidupan dikampong?Kampong sudah tidak selamat lagi.Kecurian telah berluasa dan penagih dadah juga bertambah dari hari kehari.Kini dikampong kami sudah ada yang mengadakan perkhidmatan sex kepada sesiapa yang memerlukannya.Mana tidaknya, suami yang menhisap dadah, mencuri,ditangkap polis ,dan dipenjarakan bertahun2.Isteri ada ramai anak yang masih kecil tidak mampu untuk berkerja (meninggalkan anak) terpaksa melakukan kerja2 terkutuk ini untuk menyara keluarga. Ini kerana ada pula permintaan daripada lelaki hidung belang. Surau /masjid tidak lagi meriah,tiada aktiviti yang disediakan.Kalau ada pun, tidak mendapat sambutan sebab kadang2 dijadikan medan berkempen politik pula.NAK SALAHKAN SIAPA NI?