BlogBlogs

Wednesday, November 28, 2012

MASJID -RUMAH ALLAH

masjidil haram mekah
masjid Brunei
Masjid Hassan Brunei
Masjid Russia
Masjid Al aqsa
masjid biru Istambul

Masjid merupakan Rumah Allah yang sepatutnya dikunjungi oleh setiap umat Islam pada setiap masa.Disanalah tempat yang paling tenang yang pernah kita rasakan.Mana tidaknya ,disitulah tempat kita berdailog dengan Allah yang paling tenang. Dan Masjidlah bangunan yang paling indah.

Thursday, October 18, 2012

FAMILY TRIP TO HO CHIN MINH (SAIGON CITY)

TARIKH; 6HB OCT.2012 hingga 9hb OCT.2012
FAMILY MEMBERS;  NORAINI ISHAK
JAAFAR MAJID
MOHAMMAD AIZAT & ROSHAIDA
MUNIRRA
ALIA
AMANDA RAISYA
NORIZAN ISHAK
AHMAD KAMAL
ABDULLAH FIKRI
NORSHIDA ISHAK
HASZIZUL TALIB
ARISSA
HADIF 
NOREHAN ISHAK
ARMAN ZAFRI
Perjalanan kami bermula dengan menaiki Penerbangan AirAsia ,berlepas pukul 12.00thri dan tiba di Ho Chin Mint Airport pada pukul 1.00 thr waktu tempatan. Terus singgah di perkampongan Melayu Champa untuk meninjau perniagaan pakaian melayu seperti telekong dan baju kurung. Apa lagi  meremang bulu romalah melihat pakaian yang cantik2 dan sangatlah murah berbanding di Malaysia .Harga yang tiga kali ganda murahnya dan masing2 membeli saja tanpa berfikir panjang. Ada yang 25kg.10kg  dan paling sedikit pun 10kg sorang.BERBALOI2.
Selepas itu kami check-in Di White Hotel,yang terletak di tengah2 bandar, berhampiran Pasar Ben Thianh dan Pasar Malam.Memang menyoping sajalah kerjanya.
Tapi walau apa-apapun memang sangat menyeronokkan kerana dapat berkumpul bersama keluarga.Kami sempat juga pergi melawat Chu ci, tempat terowwong bawah tanah peninggalan komunis dan Delta mekong menaiki bot ke Pulau-Pulau dinegeri ini.Kami sempat juga bersolat di Masjid Perkampongan Melayu Champa dan mendekati masyarakat Islam disana.
BEN THANH MARKET

PASAR MALAM -EVERY NIGHT

CHU CI TUNNEL

WHITE HOTEL -TEMPAT PENGINAPAN

VIP 6 -BILIK PENGINAPAN;  DNI, ARMAN DAN DOLLAH ADA WIFI ,DAN JAGUZI

SHOPPING ARKED

Pada 9hb Oct 2012 kami berlepas pulamg jam 2 ptg.Di aiport HoChin Minh Kecoh jugalah sebab seperti ada pegawai mereka yang nakkan wang saku ,tetapi tak kami layan.Bila sampai keAirport KL pula kecoh lagi apabila beg Dollah dipereksa dan topi keledar yang dibeli nya dirampas.Alasannya tiada cop SIRIM. Kami terpaksa membayar RM100.00 untuk cukai,yang mana dianggap sangat lah menasabah memandangkan barang yang dibeli tersangatlah banyaknya.Kerana ada yang berniaga juga....................Yang Fastaticnya Icha sicomel tu sangatlah baiknya,walaupun masuk hutan Chu Ci tu, naik bot buruk tu dalam hujan panas,tak langsung meragam.Senyum sahaja.BESTLAH ICHA.NEXT YEAR WAN AKAN BAWA DIA PERGI UMRAH DAN HAJI PULAK!..............BYE ALL

Sunday, September 30, 2012

chocolate buquet


Bagaimana caranya kita nak hidup tanpa stress? Cara auntie mudah sahaja.Carilah hobi yang mengasyikkan yang boleh mencernakan pendapatan.Seperti membuat buquet chocolate untuk dijual pada majlis konvokesyen ,majlis kahwin atau hadiah kepada kawan-kawan, sempena hari jadi, anniversory dll. Gambar diatas ini masih dlm proses pembikinan buquet.Nanti dah siap auntie tunjukkan ya!

APAM DOT-DOTS



WAH syoknya ,auntie telah mencuba membuat polkadot apam berperasa (filling) blueberry dan strawberry.Dan jadi dengan cantik sekali.Kira berjayalah. Dan selepas ini auntie akan pasarkan lah dengan jenama DNISSE' APAM DOTS.Auntie akan buat dengan pelbagai perasa (filling) seperti chocolates, jem nenas ,kiwi, apple dll.Sesiapa yang berminat untuk menjamu kawan-kawan bolehlah membuat pesanan; tel;019-986 9066 .Harga ; 150biji  keatas @RM0.20sebiji ;150biji kebawah RM0.30sebiji.Minima tempahan 30biji.

Thursday, September 27, 2012

PEMANIS PERUT-JEM NENAS

Tart nenas memang sedap dimakan terutama diwaktu petang ketika mengadap kopi panas yang dihidang selepas balik daripada kerja. Kalau buat sendiri lagi best; bersih,suci, mewah dan puas.Jika nak sedap lagi , buat lah jem nenas sendiri. Beginilah carnya;
BAHAN UTAMA;
NENAS YANG MENGKAL
GULA PUTIH
 CARA;
 1. Kupas nenas, buang mempulurnya dan potong halus2.(jgn lupa buang hidungnya)
2.  Blender isi nenas 
3.Masukkan kedalam kuali dan masaklah dengan api yang kecil.
 ( nenas yang telah diblender disukat untuk menentukan jumlah gula yang hendak dimasukkan.Setiap satu sukatan nenas masukkan 3/4 gula- bergantung pada kemanisan nenas tersebut).
4. Panaskan dulu nenas yang diblender sehingga berubah warna baru masukkan gula.Biarkan dimasak dengan api yang kecil.Kacaulah sekali sekala.Apabila sudah pekat barulah dikacau sentiasa.Warnanya akan berubah menjadi choklat pekat apabila sudah masak, lebih kurang 5- 6 jam. 
          JEM YANG DIMASAK LAMA TAHAN LAMA SEHINGGA SETAHUN WALAUPUN TIDAK DISIMPAN DALAM PETI AIS.

Wednesday, September 26, 2012

TART ICECREAM

MENAMBAH produk dikios icecream kami ialah Tart icecream. Memang rasanya sangat delicious.Boleh lah cuba.Ia sangat mengenyangkan.Kami mulakan dikios kami di Kedai A13 SHOPPE  dekat KOLEJ UNIVERSITI SHAHPUTRA .
tart icecream rm 2.00

CIRIT-BIRIT (KERACUNAN MAKANAN)

Musim Kahwin ,Seronok bila diraikan oleh saudara mara dan handai taulan.Dari jauh dan dekat datang bertandang kerumah penganting semata-mata untuk meraikan hari bahagia ini.Tuan rumah sedaya upaya berusaha mencari bajet untuk menyempurnakan majlis tersebut sebaik mungkin agar tetamu berasa selesa dan puashati.
Malang juga lah jika "event planner" yang ditugaskan/diupah tidak melaksanakan tanggongjawab dengan sempurna dan semata-mata memikirkan keuntungan sahaja.terutamanya bab makanan yang disediakan, yang selalu sahaja tidak sempurna,tidak bersih disediakan sehinggakan tetamu yang datang sakit perut berhari-hari lamanya. Bayangkan betapa malunya tuan rumah dan kecewanya kerana wang yang dikeluarkan bukan sedikit, dan saudara mara yang datang dari jauh sakit perut.
Jika anda terkena cirit-birit atau keracunan makanan ,selalunya akan ketandas hingga 10 kali, seeloknya pergi lah berjumpa doktor,ambil antibiotik.Doktor juga ada berpesan kepada saya,jika ketandas kerap, ambillah air VITAGEN atau YAKULT kerana minuman ini ada mengandongi kuman baik yang melawan kuman yang sediaada dalam perut.Ia akan mengurangkan bilangan kali ketandas.Yang penting setiap kuman yang ada didalam perut itu mesti dikeluarkan melalui berak,jika tidak kita akan muntah teruk.Ubat kimia selalunya akan menghentikan berak serta merta,,tetapi kuman yang ada tak akan keluar habis.Gunalah cara traditional ini.Untuk menggelakan kita dehydrate, digalakkan minum minuman 100plus separuh dan air mineral separuh. secara berterusan.Insyaalah masaalah keracunan akan lega dengan cepat.
Selamat mencuba dan jangan serik kemajlis perkahwinan.

Wednesday, September 12, 2012

RAMADHAN DAN SYAWAL YANG PENUH SHAHDU

strawberry juice (sale at RM13.00 /botol 1 litre)
Ramadhan dan syawal telah pun dilalui dengan penuh syahdu.Mengingati Yang Maha Esa disamping melaksanakan kewajiban lain seperti biasa sebagai seorang insan yang kudus.Alhamdullilah tuhan telah memberi rezeki yang melimpah ruah kepada ku. Kesihatan ku cemerlang dan dapat melaksanakan apajua yang ku sukai. termasuk melaksanakan sedikit amal ibadat yang sewajarnya.Bisnes biskut raya pun berjalan dengan baik dan tart creamcheese juga telah mendapat sambutan sangat memberangsangkan.Masa ku dipenuhi dengan aktiviti membuat biskut dan tart dan menerima tempahan daripada pelanggan. Alhamdulillah aktiviti ini tidak menggangu waktu ibadat ramadhan kerana telah dijadualkan terlebih dahulu.

Tuesday, July 31, 2012

COOKIES RAYA UNTUK TEMPAHAN

Last week dah post sebahagian cookies untuk tempahan ;ada masaalah .kali ini cuba plak masukkan pulak cookies yang belum dipaparkan untuk yang berminat untuk menempah.
1. BISKUT MASAM MANIS CHOC DELIGHT - DIperbuat dari campuran gambir masam-manis dan almond nuts powder,dihias dengan choc putih dan choc milk.memang sedap rasanya.
masam-manis choc delight
tat teratai
2. TAT TERATAI - jemnya homemade daripada nenas dari Johor. Kulitnya ranggup.cubalah

Wednesday, July 4, 2012

KURMA UNTUK PUASA

Tak lama lagi dah nak sambut puasa bagi umat Islam.Macam-macam persediaan nak kena buat.Dari menyediakan pakaian anak-anak ,sendiri sehinggakan jaudah berbuka puasa  juga harus difikirkan agar tidak merasa jemu dengan menu yang sama mengikut selera ahli keluarga pula. Untuk memastikan badab berasa segar sepanjang bulan puasa ini ,makanan yang paling sesuai terutamanya sewaktu berbuka puasa ialah buah kurma dan air zam-zam dan air buahan yang lain.
Selain untuk makan sendiri Auntie juga menjual buah kurma untuk kegunaan kawan-kawan.
Kurma Mariami standard RM30.00 sekilo
Kurma Mariami Jumbo RM 38.00 sekilo
Kurma mariami dalam kotak 500gm RM18.00 sekotak
Kurma madu 500gm dlm kotak RM12.50 sekotak
Kalau nak beri kawan dalam pack istemewa,boleh bincang harga dan jenis package yang dikehendaki.
kurma mariami
contact no; 019-986 9066/ 019-933 6963

Thursday, June 14, 2012

BISKUT RAYA DNISSE'

TEMPAHAN UNTUK BISKUT RAYA KINI DIBUKA;
BISKUT CHOCOLATE RICE
TAT NENAS GULUNG



  NANTI FULL GAMBAR SAYA CUBA UPLOAD LAGI.ADA MASAALAH PULAK NI

Wednesday, June 13, 2012

DNISSE'  BRANDING
 Syukur alhamdullillah sejak kebelakangan ini auntie sangat sibuk melayan tempahan dari pada pelanggan yang mahukan bekalan MINI CREAMCHEESE TARTS yang auntie buat.(ada dalan 5 perisa; blueberry,strawberry,kiwi,chocolates dan fruits tartlets) Setiap hari ada saja yang menempah.Ada juga kawan2 yang menjadi ajen untuk menjual dan dapatlah mereka keuntungan sikit.Meluaskan rezeki .
     Jadi kini auntie menjenamakan product auntie iaitu; DNISSE' TARTS, DNISSE' FRUITS LOLLIES ICECREAM, DNISSE' CHOCOLATES, DNISSE' COOKIES. Diharap dengan jenama ini akan dapat menjamin pasaran yang berterusan dan dikenali ramai,yang boleh disambong kegenerasi yang akan datang.

Dibulan puasa dan hari raya akan datang Auntie akan secara serious memasarkan product2  yang dinyatakan diatas.

DNISSE' TARTS ; Dijual dalam 2 pakej iaitu kecil - 30 biji - RM18.00; 60biji -  RM35.00
                                Pakej jualan harian ada di kiosk dan kedai (BIM Point Indera Mahkota)     
                                dengan harga RM7.00 untuk sedozen tarts.

DNISSE' FRUITS LOLLIES ; Akan mula dijual secara serious sempena sukan SUKMA di kiosk jalan Mahkota.

DNISSE' COOKIES;
                                   Hanya beberapa jenis biskut saja yang akan dijual iaitu CHOCOLATES RICE, CHOCOLATE CHIPS, ALMOND LONDON,TAT GULUNG NENAS (HOMEMADE JEM); CORNFLAKE MADU
 
TAT GULUNG NENAS
FRUIT TARTLETS
MINI CREAMCHEESE

Tuesday, May 8, 2012

khasiat buahan 3

RASPBERRY;
Excellent source of vitamin C, fiber,mangenese.flavonoids & ellegic acid,vit B2 and low callories.
BLACK CURRANT (ANGGUR UNGU);
Anti-penuaan,anti -imflamasi (radang),Kesihatan sistem jantung,pencegahan cancer prostat,Effektif kandungannya ialah vitamin,omega 3,6,9 (menyerupai minyak buah kurma),fatty acid,dietary fiber,phytonutrients,amino acids/protien (menyerupai profil telor),complex carborhydrate dan trace minerals.

ANGGUR PUTIH;
Kesihatan otak,kulit, mata, gastrik,anti-bakteria & virus,anti-pengoxidaan.
LAICI;
Mengurangkan risiko cancer
PEAR;
Pembersihan colon,merendahkan tahap colestrol, mengawal tahap gula dalam darah.
ACEROLA CHERRY;
Fungsi jantung yang sihat,perangsang sistem buah pinggang, bantuan yang sihat untuk Anemia
BLUEBERRY;
Perlindongan sistem jantung,pencegah kencing manis, pengurangan colestrol
KIWI;
Perlindungan DNA dari radikal bebas, pencegahan cancer colon/cancer kulit, pengawalan colestrol,dan kencing manis.
CRANBERRY;
Antibiotik semulajadi (E Coli,H Pylori),kesihatan saluran air kencing,Prostatitis (radang pada prostat),Anoreksia.
APRICOT;
strawberry
anggur
laici
raspberry
cranberry
blueberry
apricot
cranberry
Ketidakseimbangan tekanan darah, penyakit prostate, katarak,strok.

Wednesday, April 25, 2012

KHASIAT BUAH DELIMA

BUAH DELIMA;
Delima digelar ' superfruit' mengandongi antioksidan yang unggul di terajui oleh asid ellagik yang berupaya melindungi kelenjar prostat,payu dara,organ paru-paru dan jantung atau sistem kardiovaskular.
Kajian menunjukkkan delima boleh memusnahkan sel kanser payu dara tanpa memudaratkan sel sihat dan menghalang sel kanser payudara membentuk.Kajian juga menunjukkan delima merencatkan  pembentukkan sel cancer prostat.
Pengambilan delima yang berterusan boleh menghalang pembentukan plague daripada melonggok dalam saluran arteri,mengurangkan aras LDL atau kolesetrol jahat dan meningkatkan aras HDL atau kolesterol baik.
Boleh menurunkan tekanan sistolik sehingga 5 % dan membantu pengawalan penyakit jantung atau sistem kardiovaskular, melambatkan nyanyuk atau penyakit Alzheimer.

khasiat buahan 2

BANANA (PISANG)
 Mengandongi gulam(glucose,fructose and sucrose) dan fiber,yang mana boleh memberi tenaga yang berpanjangan; Benefits;
  1. Kurangkan depression
  2. Meningkatkan heomoglobin untuk Anemia
  3. Kurangkan sembelit dan cirit birit
  4. Melindongi mata
  5. Tulang yang sihat
  6. Buah pinggang yang sihat
  7. Menghalang darah tinggi dan risiko stroke
  8. Kurangkan heartburn
  9. Kurangkan morning sickness
  10. Membantu perokok untuk mengurangkan ketagihan
  11. Jauhkan daripada penyakit ulcer
  12. Mengimbangkan sistem saraf
  13. Mengurangkan rasa gatal akibat gigitan nyamok

Thursday, April 19, 2012

khasiat buahan

BUAH PRUNE
Buah prune adalah buah plum yang dikeringkan.Sangat baik kerana mengandongi mineral dan polyphenol yang tinggi serta nilai ORAC yang tinggi.Bila dikeringkan ,buah ini mengalami peningkatan daya anti-pengoxidaannya sehingga mencapai 6 kali ganda dari asal.Buah prune mempunyai daya pemulihan seperti;
1.Menentang jangkitan
2.Penyakit sistem jantung

3.Pengurangan kolestrol
4.Kencing manis
5.Pencegahan kehilangan daya ingatan dan penyakit Alzheimer
6.Penyakit Diverticular
7.Pengurangan risiko tanggongan estrogen kanser
8.Merangsang kepadatan tulang

9.Membersihkan hati
10.Membersihkan usus perut.
Memudahkan kita membuang air besar.

BUAH KIWI

Buah ini kaya dengan PHYTONUTRIENS serta pelbagai vitamin dan minerals.Penggunaan kiwi ini ternyata mampu mencairkan darah bagi menjaga kesihatan jantung seperti mana aspirin.Jika kanak-kanak mengambil buah kiwi, mereka kurang dipengaruhi oleh masaalah kesihatan berkaitan dengan sistem pernafasan termasuk berhehit,pernafasan pendek dan batuk malam. Kiwi boleh melindongi;
1.DNA dari radikal bebas
2. Pengawalan tahap gula dalam darah
3.Mengurangkan trigliserida dalam darah
4.Pencegahan kanser kolon/kanser kulit/kanser prostat
5.Menyinkirkan toksin kolon

Monday, April 9, 2012

NEWZEALAND HOLIDAYS

Pada 8hb mac 2012 yang lalu saya berkesempatan mengikut suami melawat Newzealand,khususnya Auckland City. Dengan menaiki Emirate Airlines ,kami transit DiMelbourne Australia. Setelah 13 jam perjalanan, akhirnya kami sampai diAuckland pada pukul 12.30 tengahhari waktu tempatan.(perbezaan waktu dengan Malaysia ialah +5jam).Kami dibawa terus keHotel dan Check-in di Hotel Auckland City,iaitu ditengah bandar Auckland.Walaupun Auckland merupakan Bandar terbesar di NewZealand, tetapi tiada traffic jam seperti diBandar kita disini.Suasana yang aman,tenteram,bersih dengan alam semula jadinya,menjadikan ianya Bandar paling selamat dan sihat untuk didiami. Banyak makanan halal yang boleh diperolehi disini.Barang makanan yang dijual juga ada tanda halal yang boleh digunakan tanpa was-was.Tak hairanlah ramai student dari negara Islam belajar disini, termasuk dari Malaysia.Kami dibawa city Tour dan cuaca juga tidaklah sejuk,sekadar 20% c saja.





Monday, March 19, 2012

CURECANCER4

Another recipe easy to prepare is;
SALAD DRESSING
1/4 Avocado
1/2 cup water
salt
1 tsp fine chopped onion
4 or 6 tsp chopped parsley
1/2 chopped tomato
Mixed all.Then add chopped onion.





SPROUTING GRAINS OR SEEDS

Sprouted food are the freshest and most nutritious of all.They are full of enzymes and higher percentage of vitamins and minerals and they are raw.



WHEAT GRASS JUICE

Wheatgrass juice is the best for cancer. Take some soil and plant wheat on it.Take the wheat grass and blend. Strains and drink the juice.





SELAMAT MENCUBA...............