BlogBlogs

Tuesday, January 31, 2012

lollichoc untuk harijadi


Tahun baru 2012,telah pun sebulan berlalu.Begitu cepat dan pantas masa berlalu,dan umur pun semakin meningkat tua nya.Bagaimana dengan prestasi kehidupan kita seharian ? Adakah meningkat kecemerlangannya atau static atau mara kedepan.Harap2 tuhan akan memberi kita ilham untuk terus berjaya dan meningkatkan kecemerlang kita ,anak2 dan sanak saudara ketahap yang boleh dibanggakan disamping tidak melupai Allah dan asal usul kita. Sentiasalah kita bermuhasabah diri agar tidak menjadi sombong dan bongkak.Ingatlah hari kematian kita semakin hampir.Sentiasalah bertaubat kepada Allah dan meminta maaflah kepada sesama manusia agar kita tidak dibebani oleh dosa dek kemarahan sesama manusia.
Salam buat semua kawan2 dan taulan .Alhamdulillah ditahun baru ini rezeki sentiasa ada,terutamanya tempahan kueh tart creamcheese dan kini membuat chocolate pula,(lollichoc) untuk sambutan harijadi ,perkhawinan,pertunagan,cenderamata untuk kawan2 dan sebagainya. Diharap tempahan sentiasa ada .Insyaalah

Wednesday, January 11, 2012

chinese new year




Beberapa hari lagi kawan berbangsa cina akan menyambut tahun baru cina.Tahun Naga? Semoga kawan beroleh kejayaan yang cemerlang hendaknya. Juga kepada kawan yang berbangsa lain juga diharap beroleh kejayaan yang berlipat ganda daripada tahun sebelumnya.
HAPPY CHINESE NEW YEAR!

cukur jambul


Sempena sambutan tahun baru 2012 (01/01/12), kami (adik-beradik) telah berkumpul bersama keluarga di bentong (dirumah adik) sambil menyambut 5 acara sekali gus;
1. Sambutan tahun baru 2012
2. Sambutan hari jadi Arman (30/12/11)
3.Sambutan harijadi adik kedua auntie (Noraini Ishak)
4.Tanda kesyukuran Adik (Noraini) diatas persaraannya yang telah berkhidmat dengan kerajaan selama 35 tahun.
5. Majlis Aqiqah Anak saudara (Amanda Raisya)
Acara dimulakan pada sebelah malam sabtu- iaitu sambutan harijadi dan hari persaraan, majlis Marhaban pada sebelah pagi, diikuti dengan majlis Tahlil dan Jamuan tengahari. Semuanya berjalan lancar dan cuaca pun sangat baik,makanan pun sedap dan banyak.
ALHAMDULILLAH...SYUKUR.
Tiada apa yang dapat diucapkan selain syukur kepada illahi kerana telah diberinya nikmat yang tidak terhingga kepada kami .Rezeki yang melimpah ruah,anak2 yang baik,dan tubuh badan yang sihat.

Tuesday, January 3, 2012

SAMBUTAN TAHUN BARU






Macam2 cara orang sambut tahun baru.Ada yang buat pesta,concert, keramaian dan tak kurang juga mengadakan jamuan ,tahlil dan mengingati kebesaran Allah dan bersyukur kerana dipanjangkan umur lagi dan diberikan rezeki yang melimpah ruah.
Bagi saya dan keluarga ,kami berkumpul sambil menjemput jiran berhampiran untuk sama2 makan2 sambil bertahlil sambil membuat ibadah aqiqah untuk cucu sulung adik saye. Alhamdullilah semuanya berjalan dengan lancar sekali.Makanan dan manisan yang disediakan sangat mencukupi dan boleh pula dibawa balik oleh tetamu kami.Buah tangan yang disediakan semua sedap2 belaka dan tidak mengecewakan tetamu.
Chocolate lolipop menjadi tema doorgift untuk kanak2 pada kali ini.Alhamdullilah habis dimakan.Sedappppppp.