BlogBlogs

Sunday, September 30, 2012

chocolate buquet


Bagaimana caranya kita nak hidup tanpa stress? Cara auntie mudah sahaja.Carilah hobi yang mengasyikkan yang boleh mencernakan pendapatan.Seperti membuat buquet chocolate untuk dijual pada majlis konvokesyen ,majlis kahwin atau hadiah kepada kawan-kawan, sempena hari jadi, anniversory dll. Gambar diatas ini masih dlm proses pembikinan buquet.Nanti dah siap auntie tunjukkan ya!

APAM DOT-DOTS



WAH syoknya ,auntie telah mencuba membuat polkadot apam berperasa (filling) blueberry dan strawberry.Dan jadi dengan cantik sekali.Kira berjayalah. Dan selepas ini auntie akan pasarkan lah dengan jenama DNISSE' APAM DOTS.Auntie akan buat dengan pelbagai perasa (filling) seperti chocolates, jem nenas ,kiwi, apple dll.Sesiapa yang berminat untuk menjamu kawan-kawan bolehlah membuat pesanan; tel;019-986 9066 .Harga ; 150biji  keatas @RM0.20sebiji ;150biji kebawah RM0.30sebiji.Minima tempahan 30biji.

Thursday, September 27, 2012

PEMANIS PERUT-JEM NENAS

Tart nenas memang sedap dimakan terutama diwaktu petang ketika mengadap kopi panas yang dihidang selepas balik daripada kerja. Kalau buat sendiri lagi best; bersih,suci, mewah dan puas.Jika nak sedap lagi , buat lah jem nenas sendiri. Beginilah carnya;
BAHAN UTAMA;
NENAS YANG MENGKAL
GULA PUTIH
 CARA;
 1. Kupas nenas, buang mempulurnya dan potong halus2.(jgn lupa buang hidungnya)
2.  Blender isi nenas 
3.Masukkan kedalam kuali dan masaklah dengan api yang kecil.
 ( nenas yang telah diblender disukat untuk menentukan jumlah gula yang hendak dimasukkan.Setiap satu sukatan nenas masukkan 3/4 gula- bergantung pada kemanisan nenas tersebut).
4. Panaskan dulu nenas yang diblender sehingga berubah warna baru masukkan gula.Biarkan dimasak dengan api yang kecil.Kacaulah sekali sekala.Apabila sudah pekat barulah dikacau sentiasa.Warnanya akan berubah menjadi choklat pekat apabila sudah masak, lebih kurang 5- 6 jam. 
          JEM YANG DIMASAK LAMA TAHAN LAMA SEHINGGA SETAHUN WALAUPUN TIDAK DISIMPAN DALAM PETI AIS.

Wednesday, September 26, 2012

TART ICECREAM

MENAMBAH produk dikios icecream kami ialah Tart icecream. Memang rasanya sangat delicious.Boleh lah cuba.Ia sangat mengenyangkan.Kami mulakan dikios kami di Kedai A13 SHOPPE  dekat KOLEJ UNIVERSITI SHAHPUTRA .
tart icecream rm 2.00

CIRIT-BIRIT (KERACUNAN MAKANAN)

Musim Kahwin ,Seronok bila diraikan oleh saudara mara dan handai taulan.Dari jauh dan dekat datang bertandang kerumah penganting semata-mata untuk meraikan hari bahagia ini.Tuan rumah sedaya upaya berusaha mencari bajet untuk menyempurnakan majlis tersebut sebaik mungkin agar tetamu berasa selesa dan puashati.
Malang juga lah jika "event planner" yang ditugaskan/diupah tidak melaksanakan tanggongjawab dengan sempurna dan semata-mata memikirkan keuntungan sahaja.terutamanya bab makanan yang disediakan, yang selalu sahaja tidak sempurna,tidak bersih disediakan sehinggakan tetamu yang datang sakit perut berhari-hari lamanya. Bayangkan betapa malunya tuan rumah dan kecewanya kerana wang yang dikeluarkan bukan sedikit, dan saudara mara yang datang dari jauh sakit perut.
Jika anda terkena cirit-birit atau keracunan makanan ,selalunya akan ketandas hingga 10 kali, seeloknya pergi lah berjumpa doktor,ambil antibiotik.Doktor juga ada berpesan kepada saya,jika ketandas kerap, ambillah air VITAGEN atau YAKULT kerana minuman ini ada mengandongi kuman baik yang melawan kuman yang sediaada dalam perut.Ia akan mengurangkan bilangan kali ketandas.Yang penting setiap kuman yang ada didalam perut itu mesti dikeluarkan melalui berak,jika tidak kita akan muntah teruk.Ubat kimia selalunya akan menghentikan berak serta merta,,tetapi kuman yang ada tak akan keluar habis.Gunalah cara traditional ini.Untuk menggelakan kita dehydrate, digalakkan minum minuman 100plus separuh dan air mineral separuh. secara berterusan.Insyaalah masaalah keracunan akan lega dengan cepat.
Selamat mencuba dan jangan serik kemajlis perkahwinan.

Wednesday, September 12, 2012

RAMADHAN DAN SYAWAL YANG PENUH SHAHDU

strawberry juice (sale at RM13.00 /botol 1 litre)
Ramadhan dan syawal telah pun dilalui dengan penuh syahdu.Mengingati Yang Maha Esa disamping melaksanakan kewajiban lain seperti biasa sebagai seorang insan yang kudus.Alhamdullilah tuhan telah memberi rezeki yang melimpah ruah kepada ku. Kesihatan ku cemerlang dan dapat melaksanakan apajua yang ku sukai. termasuk melaksanakan sedikit amal ibadat yang sewajarnya.Bisnes biskut raya pun berjalan dengan baik dan tart creamcheese juga telah mendapat sambutan sangat memberangsangkan.Masa ku dipenuhi dengan aktiviti membuat biskut dan tart dan menerima tempahan daripada pelanggan. Alhamdulillah aktiviti ini tidak menggangu waktu ibadat ramadhan kerana telah dijadualkan terlebih dahulu.