BlogBlogs

Monday, February 25, 2013

KHASIAT TAMBAHAN UNTUK CERGAS


Squalene(sharks oil) RM189.00(120 pcs)

Collgen RM60.00/box (10sachet)
Untuk hidup cergas manusia memerlukan khasiat tambahan seperti vitamin untuk mendapatkan kecergasan, selera makan, tidor yang lelap, dan sebagainya.Lebih2 lagi apabila usia menjangkau senja.Untuk menjaga kesihatan, selain bersenam/berjogging, Auntie menggamalkan mengambil makanan tambahan yang banyak mengandongi omega iaitu Squalene (Sharks oil).Sejak berumur 35 tahun lagi telah mengamalkannya dan alhamdullilah badan selalu rasa segar dan penyakit seperti selsema atau batuk jarang menyerang.Antibodi menjadi kuat.Ketika mengerjakan Haji dan Umrah juga sangat membantu kerana memberi tenaga dan batuk pun tak ada.

TERAPI FISIKAL DAN MINDA

Kadang-kadang terfikir juga, kemana agaknya arah tujuan warga- emas selepas anak-anak semuanya telah mencorakkan kehidupan berkeluarga masing-masing. Sudah tentu kita tidak menggalakkan mereka tinggal bersama kerana mereka perlu membina kehidupan mereka sendiri.Kalau tinggal berdekatan ,okaylah juga   , sekurang2nya  banyak masa boleh berhubung atau menjengok muka, tapi kalau jauh beribu batu, memang sunyilah orang tua. Untuk sihat fisikal dan mental eloklah cari hobi yang boleh memanafaatkan diri.Auntie telah belajar membuat chocolate dan biskut, dan ternyata berbaloi kerana boleh dijual kepada yang berminat; cuba try chocolate dan biskuit ini;
lollichoc bunga lily dan ros/sugar image

chocolate perasa s/berry,chocolate huruf untuk ucapan


bouquet tat teratai

hamper biskut cornflakes

chocolate ucapan


Thursday, January 31, 2013

CHOLOLATE UNTUK CENDERAHATI






CHOCOLATE MERUPAKAN PILIHAN MASAKINI UNTUK PEMBERIAN CENDERAHATI KEPADA TETAMU BAGI SESUATU MAJLIS KERAMAIAN. CHOCOLATE BUKAN SAJA TAHAN LAMA (JIKA DISIMPAN DALAM ROOM TEMPERATURE ATAU BILIK AIR-CONDITION), TETAPI EXCLUSIF DAN NAMPAK MAHAL.KAMI MENYEDIAKAN KHIDMAT BEKALAN CHOCOLATE MENGIKUT CITARASA PELANGGAN DENGAN HARGA YANG BERPATUTAN.TEL.019-986 9066 (NOREHAN)

PENANTIAN YANG SANGAT PANJANG

Mencari kontraktor untuk membuat renovation rumah sangat sukar kini. Nak minta quatation pun puas lah panggil sini panggil sana, janji datang tapi tak datang2 dan akhirnya dapatlah seorang memberi quatation.Memang harganya sangat tinggi , tetapi memikirkan janjinya material semuanya dah naik, dan material yang berkualiti,terimalah juga cadangan.RM66,000.00 untuk extension 2 bilik dengan faciliti, dan pengantian peralatan lama.Siap dalam masa sebulan katanya.Dengan advance money, yang diambilnya , kerja2 pada peringkat awalnya berjalan lancar.Dan selang dua minggu minta advance lagi dan kerja pun semankin slow, datang kerja  pun hampir senja baru sampai. advance demi advance diminta akhirnya aku bosan dengan kerenah kontraktor ini. Dengan sedikit wang yang masih ku pegang,aku terminate saja kerja nya dan panggil tukang lain untuk siapkan kerja.Dari sebulan jadi 3 bulan baru rumah ku siap, itu pun repair sana repair sini, bocor sana bocor sini. Selepas aku terminate nya datanglah bertali-arus pekerja2nya untuk minta upah yang belum dibayarnya.Kasihan orang2 itu.Awaslah dengan kontarktor yang bernama AMIZOL ini.Kaki temberang dan malas.

Wednesday, November 28, 2012

MASJID -RUMAH ALLAH

masjidil haram mekah
masjid Brunei
Masjid Hassan Brunei
Masjid Russia
Masjid Al aqsa
masjid biru Istambul

Masjid merupakan Rumah Allah yang sepatutnya dikunjungi oleh setiap umat Islam pada setiap masa.Disanalah tempat yang paling tenang yang pernah kita rasakan.Mana tidaknya ,disitulah tempat kita berdailog dengan Allah yang paling tenang. Dan Masjidlah bangunan yang paling indah.

Thursday, October 18, 2012

FAMILY TRIP TO HO CHIN MINH (SAIGON CITY)

TARIKH; 6HB OCT.2012 hingga 9hb OCT.2012
FAMILY MEMBERS;  NORAINI ISHAK
JAAFAR MAJID
MOHAMMAD AIZAT & ROSHAIDA
MUNIRRA
ALIA
AMANDA RAISYA
NORIZAN ISHAK
AHMAD KAMAL
ABDULLAH FIKRI
NORSHIDA ISHAK
HASZIZUL TALIB
ARISSA
HADIF 
NOREHAN ISHAK
ARMAN ZAFRI
Perjalanan kami bermula dengan menaiki Penerbangan AirAsia ,berlepas pukul 12.00thri dan tiba di Ho Chin Mint Airport pada pukul 1.00 thr waktu tempatan. Terus singgah di perkampongan Melayu Champa untuk meninjau perniagaan pakaian melayu seperti telekong dan baju kurung. Apa lagi  meremang bulu romalah melihat pakaian yang cantik2 dan sangatlah murah berbanding di Malaysia .Harga yang tiga kali ganda murahnya dan masing2 membeli saja tanpa berfikir panjang. Ada yang 25kg.10kg  dan paling sedikit pun 10kg sorang.BERBALOI2.
Selepas itu kami check-in Di White Hotel,yang terletak di tengah2 bandar, berhampiran Pasar Ben Thianh dan Pasar Malam.Memang menyoping sajalah kerjanya.
Tapi walau apa-apapun memang sangat menyeronokkan kerana dapat berkumpul bersama keluarga.Kami sempat juga pergi melawat Chu ci, tempat terowwong bawah tanah peninggalan komunis dan Delta mekong menaiki bot ke Pulau-Pulau dinegeri ini.Kami sempat juga bersolat di Masjid Perkampongan Melayu Champa dan mendekati masyarakat Islam disana.
BEN THANH MARKET

PASAR MALAM -EVERY NIGHT

CHU CI TUNNEL

WHITE HOTEL -TEMPAT PENGINAPAN

VIP 6 -BILIK PENGINAPAN;  DNI, ARMAN DAN DOLLAH ADA WIFI ,DAN JAGUZI

SHOPPING ARKED

Pada 9hb Oct 2012 kami berlepas pulamg jam 2 ptg.Di aiport HoChin Minh Kecoh jugalah sebab seperti ada pegawai mereka yang nakkan wang saku ,tetapi tak kami layan.Bila sampai keAirport KL pula kecoh lagi apabila beg Dollah dipereksa dan topi keledar yang dibeli nya dirampas.Alasannya tiada cop SIRIM. Kami terpaksa membayar RM100.00 untuk cukai,yang mana dianggap sangat lah menasabah memandangkan barang yang dibeli tersangatlah banyaknya.Kerana ada yang berniaga juga....................Yang Fastaticnya Icha sicomel tu sangatlah baiknya,walaupun masuk hutan Chu Ci tu, naik bot buruk tu dalam hujan panas,tak langsung meragam.Senyum sahaja.BESTLAH ICHA.NEXT YEAR WAN AKAN BAWA DIA PERGI UMRAH DAN HAJI PULAK!..............BYE ALL

Sunday, September 30, 2012

chocolate buquet


Bagaimana caranya kita nak hidup tanpa stress? Cara auntie mudah sahaja.Carilah hobi yang mengasyikkan yang boleh mencernakan pendapatan.Seperti membuat buquet chocolate untuk dijual pada majlis konvokesyen ,majlis kahwin atau hadiah kepada kawan-kawan, sempena hari jadi, anniversory dll. Gambar diatas ini masih dlm proses pembikinan buquet.Nanti dah siap auntie tunjukkan ya!