BlogBlogs

Thursday, October 28, 2010

syukuri lah hidup


Salam. Syukuri lah masa lapang,badan yang sihat,minda yang kuat dan alam yang bersih dengan udara yang dihirup betul dapat melegakan jantung.Semua itu adalah pemberian daripada Allah yang tiada nilainya.Dengan kesempatan masa itu harap kita dapat menafaat kebaikan untuk diri kita sendiri.Makan makanan yang halal dan besih dan berbuatlah ibadah kepadaNya ,tanda kesyukuran kita dengan apa yang telah dianugerahkan Nya kepada kita. Ucapkanlah ALHAMDULILLAH SELALU.

Monday, October 25, 2010

kerja itu mudah

KADANG-KADANG KITA TERLALU TERTEKAN DENGAN ARAHAN KERJA YANG DITERIMA DARIPADA BOS ATAU MAJIKAN ATAU IBU/BAPA.KALAU BOLEH INGIN MELAKUKAN SEBAIK MUNGKIN ,TETAPI SELALU SAJA KENA MARAH SEBAB SALAH, TAK IKUT KEHENDAK ATAU LANGSUNG TAK SIAP/TAK BUAT.TAPI CUBA KITA BUAT KERJA ITU DENGAN TENANG DAN SERONOK,TENTU IANYA TIDAK SUSAH. DIBUAT PULA MENGIKUT TEKNIK DAN SISTEM YANG BETUL TENTU LAH MUDAH SAHAJA DILAKSANAKAN.OLEH YANG DEMIKIAN ILMU UNTUK ITU ADALAH PENTING DIPEROLEHI,WAIMA UNTUK PEGANG PENYAPU PUN PERLU ADA ILMU,BAGI MEMUDAHKAN PROSES MEMBERSIHKAN.KERJA ITU MUDAH JIKA KITA INGIN LAKUKANNYA.

Monday, October 11, 2010

IBADAH HAJI

MUSIM HAJI TIBA LAGI!Hati ini sentiasa ingat Kaabah dan suasana apabila mengerjakan haji lebih 13 tahun lalu.Tiba-tiba sahaja auntie terjumpa catatan perjalanan semasa mengerjakan haji pada tahun 1997 yang lalu (13 tahun lalu) .Tetapi masih segar diingatan.Untuk mengabadikan ingatan, ingin auntie senaraikan catatan itu;

TARIKH AKTIVITI
21/3/97 8.30MALAM berangkat dari rumah. 9.45 mlm - terbang keKL dgn
MAS(Subang airPort).11.00mlm -tiba diSubang, berehat diAirtel
Hotel.
3.00pagi-berangkat keKelana Jaya,Kompleks Haji,untik urusan
check-in.
22/3/97 9.00pagi-terbang keMadinah dengan Saudia air(SV01)(Express
Flight) dan tiba dilapangan terbang Madinah pada pukul
1.30tengahari (waktu Madinah)(8jam beza dari Malaysia)
4.00ptg-Tiba diMadinah dengan menaiki Bas(Maktab Rambutan B);
bilik 221- 5 orang penghuni, tetapi 4 orang sahaja yang ada.Jarak
dari Masjid hanya 200 rantai sahaja ;Alhamdulilah.# Rombongan yang
auntie join ni sebenarnya majoritinya warga emas, itulah sebabnya
banyak kemudahan yang diberikan seperti express route,tempat
tinggal yang berhampiran dengan Masjid dan pusat rawatan Tabung
Haji.Auntie dan Suami yang pada ketika itu masih muda (44 tahun),
dan dianggap dapat membantu jemaah yang tua itu.# ALHAMDULILAH.
5.30 PTG ke Masjid Nabawi untuk bersembahyang Magrib dan Isyak.
23/3/97-26/3/97 Bersembahyang diMasjid Nabawi sebanyak 5 waktu sehari.
24/3/97 - Program ziarah; 7.00pagi bertolak keMasjid Quba'; Bukit Uhud;
Masjid Qiblatin; keMasjid tujuh (7).
25/03/97 - Ziarah makam Nabi Muhammad SAW.9.30 pagi -ziarah
makam,raudah,Mimbar Nabi.Bersembahyang dan berdoa.
27/03/97-29/3/97- tidak keMasjid kerana Uzur (haid)
30/03/97(ahad) - berangkat ke Makkah selepas Asar,sebelum berlepas, Ziarah Wida'
dulu di makam Rasullah (selepas Zohor).Bertolak pada Pukul 5.00ptg
dan berihram diBir Ali pukul 7.00 mlm.Tiba di Makkah pada pukul
3.00pagi.Setelah selesai check-in bilik,pulul 4.00pagi kami pergi
keMasjidil Haram untuk Sembahyang subuh dan terus melakukan Tawaf
Umrah pada pukul 6.00pagi.Selesai bertahlul pada pukul 9.00 pagi.
31/3/97 dan seterusnya- bersembahyang di Masjidil haram pada setiap waktu.(tempat
kediaman (maktab) juga sangat hampir dengan Masjid dan bilik pun
di Ground Floor sahaja)-8 Orang sebilik.(Sebaya dengan auntie
Saadah sahaja,yang lain semua Makcik warga emas, termasuk seorang
kerabat diraja Pahang;tapi mereka semua nya baik dan penyayang-
suami mereka semuanya sakit,ada yang cancer (Tuan Kadhi),kencing
manis,darah tinggi dsbnya) Hari2 mereka terpaksa menjaga makan
minum suami,kadang2 kena hantar rawatan diklinik2 tabung haji
mengikut jadual.Jarang mereka dapat sembahyang diMasjid.
Bilik Suami pula bersebelahan sahaja,dan suami Saadah pulak
sebilik dengan suami auntie.Teman sebiliknya pula adalah seorang
anak belasan tahun yang menemani bapanya yang lumpuh dari Rompin,
sama-sama dibilik itu.Beliau memang anak yang soleh,kerana
tersangat sabar melayan ayahnya,almaklum orang lumpuh.
2/04/97 - Kami ke- Tanaem, untuk berihram untuk buat Umrah.
5/04/97 - Ziarah KeArafah/Jumrah/Mazlifah.Berihram di Tanaem untuk
mengerjakan Umrah.
8/04/97 - Pergi Tanaem buat umrah
15/04/97 - Berangkat keArafah untuk mengerjakan Wukuf.
16/04/97 - Berwukuf diArafah & berangkat keMina pukul 11.30 malam,untuk
singgah (mabib)diMuzalifah untuk mengutip kerikir(batu) untuk
melontar.Sampai DiMina pukul 12.30 malam.Kami pergi melontar
Jumrah Aqabah jam 3.30 pagi dan selesai pada pukul 4.30 pagi.Hari
Raya Haji.Kutbah dikhemah.
17/04/97-18/04/97.-Bermalam diMina dan melontar 3 Jamrah.
19/04/97 - Melakukan Nafar Awal dan Balik KeMekah setelah selesai melontar
ke3 Jumrah(iaitu sebelum masuk waktu magrib (fajar
menyinsing).Keputusan untuk melakukan Nafar Awal adalah kerana
flight balik ke Malaysia adalah flight awal (ke 3),dan dikhuatiri
uzur (haid) dan tak sempat melakukan Tawaf Haji (Ifadah).
Alhamdullah semuanya berjalan dengan lancar , seperti
dijadualkan, walaupun cabarannya sangat teruk.
19/04/97 - Sesampai diMekah lami terus melakukan Tawaf Ifadah.Satu Pengalaman
yang sangat bermakna.Memang tersangat teruja untuk menghabiskan 7
pusingan kerana jutaan dan lautan manusia yang sama2 ingin
melakukan tawaf wajib ini.
20/04/97 - Berehat di Mekah dan Suami demam panas.
21/04/97 - auntie uzur kerana tak lagi makan ubat tahan haid.
23/04/97(khamis)- Selepas subuh berangkat kelapangan Terbang Jeddah.Mulai pukul
7.30malam melalui imigresen dan terbang keKuala Lumpur pada pukul
11.00 malam.
24/04/97 - Tiba diKuala Lumpur pukul 12.00 tengahari.Setelah selesai urusan
baggage pada pukul 1.00tengahari,terus keterminal 3 dan berehat di
Golden Lounge,sebelum bertolak balik ke Kuantan melalui
Penerbangan MAS pada pukul 6.30ptg.Kami tiba di Kuantan pada pukul
7.30 malam.Alhamdulilah syukur semuanya berjalan lancar dan anak
Auntie yang paling kecil(ARMAN ZAFRI) pada ketika itu berumur
2tahun setengah sehat dan tiada apa masaalah.Syukur dan terima
kasih Auntie kepada Arwah emak yang menjaga mereka dengan
baik,juga kepada kawan baik (KAK MAZNAH) dan En MANAN dan adik
lelaki saya (FAZLI) yang sama-sama menjaga anak-anak saya dengan
baik.Kini sudah 13 tahun auntie mengerjakan Haji tetapi tetap
segar diingatan.Auntie sangat2 bersyukur,setelah pulang daripada
Haji pada tahun 1997 itu,Auntie tidak pernah tinggal membaca
Alquran sehingga kini.Rasanya sudah 21 kali auntie khatam Alquran
ni.Walaupun pada mulanya Tajwid auntie tidaklah begitu baik tetapi
diperbaiki setiap kali bacaan.Dan dengan Alquran inilah Auntie
rasa sangat tenang dan sangat sihat tubuh badan.Mudah-mudahan
Allah akan sentiasa memberi Taufiq dan hidayahnya kepada Auntie
dan anak-anak dan dimakbulkannya cita-cita auntie untuk KeMekah
lagi Samaada untuk mengerjakan Haji atau Umrah.Insyaalah.