BlogBlogs

Wednesday, April 25, 2012

KHASIAT BUAH DELIMA

BUAH DELIMA;
Delima digelar ' superfruit' mengandongi antioksidan yang unggul di terajui oleh asid ellagik yang berupaya melindungi kelenjar prostat,payu dara,organ paru-paru dan jantung atau sistem kardiovaskular.
Kajian menunjukkkan delima boleh memusnahkan sel kanser payu dara tanpa memudaratkan sel sihat dan menghalang sel kanser payudara membentuk.Kajian juga menunjukkan delima merencatkan  pembentukkan sel cancer prostat.
Pengambilan delima yang berterusan boleh menghalang pembentukan plague daripada melonggok dalam saluran arteri,mengurangkan aras LDL atau kolesetrol jahat dan meningkatkan aras HDL atau kolesterol baik.
Boleh menurunkan tekanan sistolik sehingga 5 % dan membantu pengawalan penyakit jantung atau sistem kardiovaskular, melambatkan nyanyuk atau penyakit Alzheimer.

khasiat buahan 2

BANANA (PISANG)
 Mengandongi gulam(glucose,fructose and sucrose) dan fiber,yang mana boleh memberi tenaga yang berpanjangan; Benefits;
  1. Kurangkan depression
  2. Meningkatkan heomoglobin untuk Anemia
  3. Kurangkan sembelit dan cirit birit
  4. Melindongi mata
  5. Tulang yang sihat
  6. Buah pinggang yang sihat
  7. Menghalang darah tinggi dan risiko stroke
  8. Kurangkan heartburn
  9. Kurangkan morning sickness
  10. Membantu perokok untuk mengurangkan ketagihan
  11. Jauhkan daripada penyakit ulcer
  12. Mengimbangkan sistem saraf
  13. Mengurangkan rasa gatal akibat gigitan nyamok

Thursday, April 19, 2012

khasiat buahan

BUAH PRUNE
Buah prune adalah buah plum yang dikeringkan.Sangat baik kerana mengandongi mineral dan polyphenol yang tinggi serta nilai ORAC yang tinggi.Bila dikeringkan ,buah ini mengalami peningkatan daya anti-pengoxidaannya sehingga mencapai 6 kali ganda dari asal.Buah prune mempunyai daya pemulihan seperti;
1.Menentang jangkitan
2.Penyakit sistem jantung

3.Pengurangan kolestrol
4.Kencing manis
5.Pencegahan kehilangan daya ingatan dan penyakit Alzheimer
6.Penyakit Diverticular
7.Pengurangan risiko tanggongan estrogen kanser
8.Merangsang kepadatan tulang

9.Membersihkan hati
10.Membersihkan usus perut.
Memudahkan kita membuang air besar.

BUAH KIWI

Buah ini kaya dengan PHYTONUTRIENS serta pelbagai vitamin dan minerals.Penggunaan kiwi ini ternyata mampu mencairkan darah bagi menjaga kesihatan jantung seperti mana aspirin.Jika kanak-kanak mengambil buah kiwi, mereka kurang dipengaruhi oleh masaalah kesihatan berkaitan dengan sistem pernafasan termasuk berhehit,pernafasan pendek dan batuk malam. Kiwi boleh melindongi;
1.DNA dari radikal bebas
2. Pengawalan tahap gula dalam darah
3.Mengurangkan trigliserida dalam darah
4.Pencegahan kanser kolon/kanser kulit/kanser prostat
5.Menyinkirkan toksin kolon

Monday, April 9, 2012

NEWZEALAND HOLIDAYS

Pada 8hb mac 2012 yang lalu saya berkesempatan mengikut suami melawat Newzealand,khususnya Auckland City. Dengan menaiki Emirate Airlines ,kami transit DiMelbourne Australia. Setelah 13 jam perjalanan, akhirnya kami sampai diAuckland pada pukul 12.30 tengahhari waktu tempatan.(perbezaan waktu dengan Malaysia ialah +5jam).Kami dibawa terus keHotel dan Check-in di Hotel Auckland City,iaitu ditengah bandar Auckland.Walaupun Auckland merupakan Bandar terbesar di NewZealand, tetapi tiada traffic jam seperti diBandar kita disini.Suasana yang aman,tenteram,bersih dengan alam semula jadinya,menjadikan ianya Bandar paling selamat dan sihat untuk didiami. Banyak makanan halal yang boleh diperolehi disini.Barang makanan yang dijual juga ada tanda halal yang boleh digunakan tanpa was-was.Tak hairanlah ramai student dari negara Islam belajar disini, termasuk dari Malaysia.Kami dibawa city Tour dan cuaca juga tidaklah sejuk,sekadar 20% c saja.