BlogBlogs

Tuesday, August 24, 2010

perasaan

Sedih,kecewa adalah perasaan yang sukar digambarkan.Ia akan datang secara tiba-tiba tanpa diundang,tetapi mengakibatkan tekanan perasaan yang maha hebat.Kadangkala boleh meragut nyawa dan boleh juga mengalami stress yang maha dalam.Boleh menjejaskan sesuatu hubungan antara manusia.wang bukan lagi imbuhannya.Sudah tidak ada makna dan sudah tiada bahagia dihati.So Bagaimana agaknya untuk menghindar diri daripada sedihndan kecewa????

Wednesday, August 4, 2010

kenanglah budi orang

'ORANG BERBUDI KITA BERBAHASA' itulah peribahasa orang melayu! Tapi sering dilupakan oleh kita orang melayu sendiri.Selalu kita ingat jasa kita sahaja kepada orang tapi lupa jasa orang kepada kita sehingga tak langsung teringat nak ucap terima kasih.Kita ingat janji orang kepada kita sahaja ,tetapi lupa janji kita kepada orang.Akhirnya kita mengatakan orang tidak mengenang budi kita,tetapi kita lupa,tanpa budi orang itu kita ni,tidak boleh berbudi pun!!!!

BELAJAR BISNES

Bisnes merupakan 9/10 daripada punca rezeki.Islam menggalakkan umatnya berniaga seperti amalan Rasulullah.Walaubagaimana pun dalam keghairahan kita ingin berniaga ada peraturan dan syaratnya yang perlu kita patuhi dan pelajari untuk menjadi peniaga yang berdaya maju.Sebab itulah kursus berniaga ini diajar diUniversiti Universiti sehingga bertahun-tahun lamanya.Bagi pandangan Auntie yang cetek dengan ilmu berniaga ni yang penting dalam berniaga secara Islam ni ialah;
1.Jangan menipu, terutamanya dari segi timbang/kuantiti,kualiti barang.
2.Harga biarlah berpatutan mengikut Kualiti dan Kuantiti barang. Janganlah meletakkan harga sehingga 300% daripada modal yang telah dikeluarkan.Ini dilarang dalam Islam.
3.Kontrak.Bila kedua belah pihak,Pembeli dan penjual telah bersetuju dengan harga yang dicadangkan,harga tu adalah muktamat,jika telah bersetuju,penjual wajib menjualkan harga itu walaupun selepas daripada itu didapati ianya rugi.Janganlah pulak caj lagi harga lebih kepada pembeli tersebut.Jual beli Emas,makanan hendaklah lebih beretika kerana ianya menjadi roh kepada kehidupan penjual.
4.Peniaga berkerja tidak mengira masa dan sempadan negeri, jika hendak lebih pendapatannya beliau kena berkerja lebih,tak kira masa dan dimana bagi mempastikan pelanggan mendapatan barang yang diperlukan.Tidak boleh ikut routin kerja seperti dipejabat kerajaan.
5.Bila dah dapat untung jangan lupa bayar zakat.