BlogBlogs

Sunday, December 26, 2010

WARGA EMAS


31HB Dec 2010 nanti sudah genaplah 2 tahun Auntie bersara dari Jawatan Kerajaan.Dan Auntie sangat bersyukur kerana dikurniakan Tuhan masih sangat sihat.Dan masih boleh bekerja (relax2 sajalah).Setiap hari Auntie masih mengekalkan disiplin seperti bekerja dipejabat dulu iaitu turun dari rumah selewatnya 9.30 pagi dan melaksanakan apajua yang auntie boleh lakukan.Cuma bezanya , sekarang tidak lagi terikat dengan dateline yang bos tetapkan atau pening menyediakan kertas kerja atau kertas cadangan untuk dibentangkan dimesyuarat.Auntie banyak luangkan masa untuk mendalami Agama, AlQuran dll yang berkaitan.Doakan semoga Auntie tetap kekal sihat dan jambu....

SELAMAT DATANG 2011


2011 telah pun memberitahu kita bahawa beliau akan datang tak berapa hari lagi untuk menggantikan 2010. Adakah kita sudah bersedia untuk menyambut kehadirannya kedalam hidup kita? Adakah 2011 ini akan memberikan kita 1001 rahmat,kebahgiaan, kegembiraan , kekayaan atau sebaliknya.Oleh yang demikian seharusnyalah kita memikirkan apakah harus kita lakukan bagi menyesuaikan diri kita kepada suasana yang akan berlaku pada 2011 ini.Allah berjanji dengan umatnya, akan menunaikan apa saja yang dikehendaki dengan syarat umatnya itu mematuhi tatacara diperlukan.Barang siapa yang berusaha lebih ,akan lebihlah dia dapat dan begitu juga lah sebaliknya.Ayuh kita haruslah berusaha untuk mendapatkan apa yang kita mahu.
SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2011

Thursday, December 23, 2010

MERRY CHRISTMAS MALAYSIAN


Wishing Merry Christmas to all christian Malaysian.May god bless all of us Malaysia.May new year bring us Prosperity and good health

exercise mata


Masih ingat lagi pakar motivasi Dr Rahman ada memberi beberapa petua untuk kekal sihat walaupun kita selalu sebok;
UNTUK KEKAL RAMPING ; a)Sentiasa mandi air suam b) Minum Air suam setiap masa supaya angin tidak masuk.Elakkan minum air manis. c) Bersenam selalu,iaitu senaman streaching.
UNTUK MATA RABUN/ KESIHATAN MATA ; a)Sebelum masuk waktu Syuru'(selepas subuh) ,ada sejenis kimia yang semula jadi akan dikeluarkan oleh alam dan waktu ini elok untuk mata.Cara senamannya ialah letak titik hitam pada tapak tangan,hadapkan muka kepada benda2 yang hijau,pokok misalnya.Kemudian lihat titik hitam ditelapak tangan dan pandang hijau pokok dihadapan berselang seli.Lakukan selama 20minit setiap hari,insyaalah mata yang kabur akan menjadi sihat.

UNTUK KEKAL TENANG DAN CEMERLANG; a) Jaga pemakanan kita.Mesti yang halal dan bersih.Yang mengandongi banyak khasiat dan zat.



Wednesday, December 22, 2010

SINGAPURA OH SINGAPURA



Akhir tahun selalunya merupakan masa untuk bercuti dan melancong keluar negeri atau dalam negeri.Yang pastinya kita perlu merehatkan minda dan melihat tempat orang agar dapat merangsang minda kita untuk lebih baik untuk tahun hadapan.Penhijrahan/ improvement minda pasti ada.Minggu lepas Auntie dan anak-anak (2 kereta) telah pergi bercuti keJohor Bahru dan Singapura.Wow memanglah Singapura sangat maju dan kos of livingnya juga sangat tinggi.Bangunannya yang tinggi mempunyai nilai Architecturenya yang kreatif dan menjadi mercu tanda disetiap lokasi yang kita pergi.Kehidupan mereka yang penuh berdisplin menjadikan bandar mereka sangat bersih,sihat dan cantik. Bangunan yang sangat menarik yang juga merupakan Guiness world Record ialah MARINA BAY SAND ,dimana bangunan berbentuk kapal berlaboh diatas tiga bangunan tinggi(berpuluh tingkat).Memang unique dan cantik.Disekelilingnya pula ada bangunan berbentuk nenas dan bangunan seperti susunan buku-buku.INDAH DAN MAJUNYA SINGAPURA

Wednesday, December 15, 2010

Nasihat Doktor










Doktor peribadi saya pernah menasihati ,untuk menjaga kesihatan kita mesti amalkan pemakanan yang sihat.Makanan yang seimbang ,bersih tanpa banyak bahan perasa.Kurangkan makan daging,ayam dan banyakkan makan sayur,buah dan bijirin.Kalau boleh katanya dalam satu minggu, satu hari diet kita hendak lah sayur atau buah sahaja.Ini membolehkan segala kekotoran/toxic dalam badan akan keluar secara natural.Pastikan kita buang air besar sebanyak2 yang boleh (kira-kira macam makan julaplah).

Tuesday, December 14, 2010

DITIPU,TERTIPU,MENIPU......


Pernahkah anda menipu,ditipu atau tertipu???
kes 1;
Kawan anda menjual barang kemas/hiasan (tanpa kedai) dan menawarkan kepada anda harga yang murah, katanya sebab anda kawannya dia ambil untung sikit saja.Anda pun beli sebab dia kawan anda( bayar tunai tau) . Lepas beli ,dah pakai pun tiba-tiba dia kata harga kena tambah sebab salah kira. Anda pun dek dia kawan anda ,anda bayar lagi.Terpaksa cari wang untuk harga tambahan itu.Lepas tu rasa tak sedap hati anda pergi kekedai Emas dan semak harga sebenar emas itu.Selepas ditimbang gm emas itu anda dapati harga yang dikenakan kepada anda 100% markup price.Apa perasaan anda.????

kes 2;
Anda seorang majikan dan employed seorang pekerja untuk merekodkan transaksi busines anda.Anda bayar dia upah setimpal dengan kerja-kerjanya. Rekod /dokumen tersebut disimpan dalam komputer anda. Pekerja anda tiba-tiba marah kepada anda(tak tahu sebab apa) lalu membuang semua rekod /dokumen yang dia telah buat untuk anda.Bila anda nakkan maklumat itu fail telah kosong.Apa perasaan anda.??????

kes 3;
Anda telah berbudi dengan seseorang sehingga mendapat pekerjaan tetap dan boleh menampong keluarga (boleh dapat pencen lagi), ambil berat tentang keluarganya. Tapi bila anaknya dah pandai,mencari kesalahan anda dan mengutuk anda katanya anda tak tau mengenang jasanya pula. Apa kata anda.????

Adakah anda ditipu? menipu atau tertipu?

JIN DAN SYAITAN


Jin dan syaitan telah bersumpah akan menyesatkan manusia walau dengan apa cara sekali pun.Tak hairanlah jika kita selalu terkejut dan tak sangka manusia yang dihormati atau yang dianggap alim telah melakukan sesuatu perkara yang memalukan atau mengaibkan.Ya ALLAH jangan lah Engkau bolakbalikkan hati kami,teguhkan iman kami.amin.
SAKIT MISTERI ATAU DIRASUK;
Simptom-simptom yang mungkin berlaku;
i) Histeria
ii)Merasuk(tidak sedar diri) semasa dihutan atau ditempat tertentu.
iii) Rasa rendah diri
iv) Ketakutan
v) Tidak dapat menumpukan pada kerja yang dilakukan
vi) Diganggu semasa beribadah.
vii)Terdengar bisikan.

Masaalah lazim (sihir);
i)Lebam pada badan
ii) Kesan gigitan pada badan
iii) Tidak boleh bangun untuk bekerja dan melakukan aktiviti harian.
iv) Rasa rendah diri dan tiada keyakinan diri
v)Premis perniagaan tiba-tiba tidak dapat pelanggan.
vi) Ternampak bayangan objek didalam rumah
vii) Diganggu semasa beribadah.
viii)Hubungan didalam keluarga menjadi dingin dan hambar
viiii)Terkena pelbagai penyakit kronik seperti kanser dan lain-lain.

Masaalah lazim (saka);
i)Mimpi ular,harimau, buaya dan lain-lain.
ii)Histeria
iii)Teringat akan seseorang yang telah meninggal dunia
iv) Ketakutan.
v) Terdengar bisikan arahan untuk membuat sesuatu dan pelbagai masaalah lain seumpamanya.

Kita orang Islam sememangnya digalakkan membaca AlQuran sebagai amalan harian ,kerana selain pedoman kehidupan ianya juga dapat menjauhkan diri kita dirasuk oleh syaitan dan jin.Jiwa akan menjadi tenang (tidak stress/serabut) jika kita selalu mendampingi Alquran.
AMALKANLAH.

Thursday, December 9, 2010

KASIH KEPADA ORANG TUA


ALHAMDULILLAH, SPM telah pun tamat semalam (buat Arman).Auntie rasa lega kerana sepanjang tempoh pepereksaannya Autie dapat memberikan perhatian kepada jadual pereksanya.
" Wahai Tuhanku, kasihilah mereka(ibubapa) sebagaimana mereka memeliharaku semasa kecil" (al-israa';24)
Adalah menjadi kewajipan kepada semua manusia untuk patuh kepada kedua orang tuanya;Kewajipan adalah seperti berikut;
1. Menghormati keduanya dengan penuh kasih sayang
2. Tidak mengucapkan kata-kata herdikan, seperti cih, dan sebagainya.
3. Tidak membentak
4.Bertutur kata lemah-lembut dan sopan
5.Merendahkan diri atau menunduk dihadapan ibu-bapa dengan perasaan penuh kasih sayang. Sentiasa berdoa kepada keduanya.

Thursday, December 2, 2010

HIDAYAH ALLAH


Hidayah itu daripada Allah.Bahawa manusia hanya akan memperolehi kebajikan hidup didunia bila mendapat hidayah atau petunjuk daripada Allah.Hidayah atau petunjuk daripada Allah ini ada berbagai macam,antaranya sebagai berikut;
1.HIDAYAH DALAM BENTUK ILHAM;
Perkara ini dirasakan oleh anak kecil sejak ia dilahirkan.Seorang anak memerlukan makanan ia akan memberikan isyarat dengan cara menangis.
2.HIDAYAH MELALUI PANCA INDERA
Hidayah ini terdapat pada manusia dan haiwan.
3.HIDAYAH MELALUI AKAL
Hidayah ini lebih tinggi darjatnya dibandingkan hidayah ilham dan pancaindera.Secara naluriah, manusia akan hidup bermasyarakat dengan yang lainnya.Oleh sebab itu manusia memerlukan akal yang mampu menilai segala kesalahan yang dilakukan oleh pancaindera.
4.HIDAYAH BERUPA AGAMA DAN SYARIAT.
Hidayah ini merupakan keperluan mutlak bagi manusia kerana akal tidak cukup untuk menghadapi pengaruh hawa nafsu,kekuatan syahwat dan dorongan2 sesat yang menjerumuskan manusia kedalam kehancuran.Akal tidak mampu mengelakkan manusia dari semua dorongan-dorongan nafsu buruk yang dapat menimbulkan kejahatan, kezaliman, malapetaka dan pemusuhan.
Dengan hidayah ini manusia akan dapat mengendalikan dirinya dari pelbagai pengaruh negatif yang menjerumuskan akalnya.Boleh memilih mana yang benar dan salah.Mana yang baik dan yang buruk,mana yang manafaat dan mudarat.Dengan akal manusia mampu mengalahkan nafsu,mampu menegakkan kebenaran,keadilan dan kejujuran untuk kepentingan kebahagiaan hidupnya hidupnya didunia mahupun diakhirat.
Orang yang mendapat hidayah daripada ALLAH akan memperoleh kehidupan yang penuh dengan berkah, keselamatan dan kebahagiaan. Hal ini telah dibuktikan dalam sejarah umat2 dahulu yang menjadi umat yang soleh.Kepada umat yang soleh inilah ALLAH menurunkan segala rahmatNya dan berkahNya dari langit sehingga mereka hidup penuh dengan kebahagian,kesejahteraan dan keselamatan.
BILA KITA MEMOHON HIDAYAH DARIPADA ALLAH, KITA HARUS MELAKSANAKAN SEGALA SYARIATNYA DENGAN KESUNGGUHAN HATI DALAM KEHIDUPAN SEHARI2.TANPA USAHA SEMACAM INI NESCAYA ALLAH TIDAK AKAN MEMBERIKAN HIDAYAHNYA KEPADA KITA. BERDOALAH BANYAK2 DENGAN TULUS DAN IKHLAS!!!!

Wednesday, December 1, 2010

Secret of 19 fruits

19 types of typicals fruits from all over the world was identified to be beneficial to the human being, especially boosting their well-being.All this fruits has their own specialities to the living of the man and women in this world.Thanks to Allah for providing us the beauty of all this fruits for us to enjoy living in healthy live;
ACAI BERRY;
# Weight loss; #increase energy;#Better digestion/colon clense;#improve sleep;# enhanced mental health;# Stronger immune system;# Healthier skin;# youthful appearence;#Detoxification benefit;# Improve circulation;#Healhier heart;#provides essential vitamins;# Has very high levels of fiber.
ANGGUR PUTIH;
# Anti-oxidant;#Reduce risk of cancer,Stroke,heart arrest;# Improve mental health.
ANGGUR UNGGU;
#Good health for the heart;#Anti Bacteria/virus;#Good health for the brain,eyes and skin;#Anti inflamation;#Youthful age;#Good for the artery
CAMU-CAMU BERRY;
#Resistance to flu,gum problem,eyes problem, virus infection;
BLUEBERRY;
#Protect from cancer cervix,breast;#Boost epitite to eat;#Enhanced memory;#Protect From infection of bladder;#Anti aging;#Diabetes and tiredness of the eyes.
POMEGRANATES;
#Protect from heart attack;#Resistance to bacteria #Prevent blood clot;stroke;diabetes;high blood pressure;colon problem;
LAICI;
#Help reduce risk of cancer;#High Vitamin C, Potassium and other nutrien;
ACEROLA CHERRY;
#Reduce inflamation;#Cure flu;#Good Heart;#Cure anemia,reumatic,tuberculosis,cut on skin;#Astringent.
CRANBERRY;
#Support gum health;#Digestion;#Good Bladder,liver.

PEAR
#Rich in vitamin B complex;#High fiber;#Produce red cell;#High body metabolisme.

KIWI FRUIT;
#Protect DNA from Toxin;#Control Colestrole;#Protect from Skin cancer;#Stablised sugar in blood.
PRUNE;
#Protect from diabetes;#Less Cholestrol;#Help improve memory,heart/liver;#Strong bones.

PASSION FRUIT;
#Protect from Asthma,infection urinary track,enhanced good liver.

BANANA;

#Help good sleep;#Enhanced energy;#Reduced constipation;#Resist heart attack and cancer.
APPRICOT;
#Stablised blood pressure, stroke, cancer , heart , katarac# Help cure prostate problem.















SEMUANYA TERSEDIA DIDALAM MINUMAN MonaVie
contact; 019-986 9066