BlogBlogs

Thursday, January 27, 2011

ORANG MUNAFIK


Beberapa Wahyu Allah menjelaskan,beberapa macam dan ragamnya orang munafik itu kepada nabi dan kaum muslimin sebagai berikut;
ULTRA MUNAFIK; Yaitu segolongan diantara orang-orang munafik yang menentang dan menolak semua apa yang dikatakan dan diajarkan oleh Nabi, sekalipuntelah nyata-nyata kebenaran apa yang dikatakan itu.Mereka menolak dan menentang sekalipun yang dikerjakan Nabi dan kaum Muslimin itu nyata-nyata baik dan membawa kebaikan bagi rakyat dan diri mereka sendiri. Mereka menentang semata-mata untuk menentang.Terhadap golongan ini, Tuhan telah berfirman "Baik engkau beri petunjuk atau tidak,namun mereka tetap tak mahu tunduk.Allah telah mencap hati mereka,menutup telinga mereka,menutup mata dan bagi mereka seksa yang sepedih-pedihnya."

MUNAFIK MENYELUDUP; Mereka menyeludup masuk dalam barisan ummat Islam dengan berbagai-bagai kata dan rencananya,memecahbelahkan persatuan ummat Islam dengan berbagai cara halus dan memusnahkan mereka dengan cara paling jahat dan kejam.Kepada golongan ini Tuhan berfirman;" Mereka menyatakan bahawa mereka beriman.Mereka hanya memperdayakan Allah dan orang-orang yang beriman dengan kata-kata mereka itu.Allah pun akan memperdaya mereka,sehingga akhirnya mereka berarti memperdayakan diri sendiri, sedang mereka tak berasa.Dalam hati mereka selamanya ada satu penyakit dan penyakit itu selalu bertambah hebat dan bagi mereka azab yang sangat pedih kerana kebohongannya sendiri."

GOLONGAN PEROSAK(PENGACAU); Golongan ini selalu bekerja untuk mengacau masyarakat dan merusakkan sesuatu yang dapat mereka rosakkan,dalam pada itu dengan slogan2 berteriak sekeras-kerasnya bahawa mereka ingin memperbaiki masyarakat dan segala kerosakkan yang ada dalam masyarakat ini.Terhadap mereka Tuhan berfirman " Bila diperingatkan orang agar mereka jangan mengacau dan merosak,mereka membantah dengan mengatakan, bahawa mereka adalah orang2 yang selalu berbuat baik,tapi ketahuilah,bahawa mereka itulah kaum perosak tetapi tak sedar."

MUNAFIK INTELEK; Yaitu segolongan manusia,kerana menggangap masing-masing dirinya yang pintar,kelulusan tinggi, pemimpim2 besar,lalu menggangap bahawa setiap orang yang beriman dan beragama itu adalah orang-orang bodoh.Terhadap mereka ini Tuhan berfirman;" Bila mereka diajak untuk turut beriman dan beragama mereka berkata; apakah kami akan beriman sebagai orang-orang yang bodoh itu?ketahuilah bahwa mereka itulah yang bodoh-bodoh, tetapi mereka tidak mengakui kebodohan mereka sendiri"

MUNAFIK GOLONGAN PENGEJEK; Yaitu satu golongan lain dari mereka yang saban bertemu dengan orang Islam,atau di kala ummat Islam kuat posisinya, mereka lekas-lekas mengucapkan salam kepada ummat Islam dan menceburkan diri dikalangan ummat Islam itu.Tetapi bilamana mereka telah kembali ke golongan kaum Munafik sendiri atau posisi ummat Islam menjadi lemah,disitulah mereka sama-sama mengejek dan mencaci ummat Islam.Terhadap mereka Tuhan berfirman "Bila mereka bertemu dengan orang Islam, mereka berkata bahwa mereka beriman,tetapi bila kembali ditengah2 golongan mereka sendiri,disitulah mereka mengejek-gejek dan mempermainkan ummat Islam.Allah pun akan mempermainkan mereka dan hidup mereka selalu dalam ketegangan yang berpanjangan dan tak putus-putusnya."

petikan;rangkaian cerita dlm alquran-Bey arifin

Saturday, January 22, 2011

MAKANAN SEIMBANG

Apakah itu makanan seimbang?Diet yang seimbang hendaklah mengandungi makanan yang mempunyai zat karbohidrat,protein,lemak,vitamin dan mineral.
1.KARBOHIDRAT- Adalah pembekal utama tenaga badan.eg gula,nasi,roti dan ubi kentang.Beberapa makanan karbohidrat yang tinggi serat boleh membantu anda membuang air besar dengan mudah.
2.PROTEIN- Sebahagian besar badan kita dibuat daripada protein.Selain menjadi bahan perlindungan seperti kulit,protein juga digunakan untuk menggerakkan badan (otot).Dua jenis protein iaitu daripada haiwan dan daripada tumbuhan.Contoh daging,telur,ikan dan susu; kacang-kacang dan gandum.
3.LEMAK-Sumber kedua pembekal tenaga.Untuk menggelakkan daripada sejuk.Didapati daripada sumber haiwan dan tumbuhan.Contoh; mentega,marjerin,dan minyak masak.Lemak dari haiwan biasa lemak yang tidak baik (lemak tepu).
4.VITAMIN DAN MINERAL- Boleh didapati dalam semua makanan seperti buahan,dan sayuran dan tumbuhan hijau.Vitamin penting untuk mengawal proses dalam badan. Vitamin A, baik untuk mata,vitamin B baik untuk kesihatan keseluruhan,Vitamin K baik untuk pembekuan darah dan vitamin C baik untuk menjauhkan selsema dan penyakit lain serta meningkatkan kesihatan.
MAKANAN YANG PATUT DIELAKKAN
>GULA >GARAM >COKLAT >KEK >KAYA >SIRAP >GULA MELAKA >MADU LEBAH >AISKRIM >JEM >MARMALADE >ALKOHOL >SUSU PEKAT >MINUMAN YANG BERGAS DAN MANIS >BUAHAN TIN YANG DIAWET GULA.
xxx;ALKOHOL HENDAKLAH DIELAKKAN SAMA SEKALI KERANA IA BOLEH MEROSAKKAN ORGAN TUBUH ANDA.
MAKANAN YANG PATUT DIKURANGKAN
>NASI > ROTI >UBI KAYU >UBI KENTANG >UBI KELEDEK >JUS >KELAPA >BUAHAN JERUK >BAHAN-BAHAN TENUSU >DAGING KAMBING.
MAKANAN YANG BOLEH DIMAKAN DENGAN BEBAS;
SERBUK CILI >LADA PUTIH >REMPAH >AIR >KOPI TANPA SUSU >TEH >SOS SOYA >CUKA >AIR SODA >AIR MINERAL >SEMUA JENIS SAYURAN DAN BUAHAN.
JENIS MINYAK %LEMAK TAK TEPU %LEMAK TEPU
Minyak Kelapa 6 (% lemak tak tepu) 94 (%lemak tepu)
Minyak Bunga matahari 90 (% lemak tak tepu) 10 (%lemak tepu)
minyak Kacang soya 34 (% lemak tak tepu) 66 (% lemak tepu)
Minyak Jagung 84 (% lemak tak tepu) 16 (% lemak tepu)
Minyak Kelapa sawit 50 (%lemak tak tepu) 50 (%lemak tepu)

Monday, January 17, 2011

nasi dagang/cucur udang





Weekend selalunya masa kita bersantai dirumah. Rehat2 menghadap ke TV. Elok lah kalau masak sendiri untuk alih selera,kalau hari-hari makan di kedai. Kalau makan nasi dagang pun sedap juga, atau nasi putih , kari ayam/ikan dengan sayur kerapu taugeh.Sebelah Petang goreng pula cucur udang cicah air lada.tentu sedap.

Saturday, January 15, 2011

aktiviti 2011

Rasanya seminggu juga Auntie tak post blog,sbb tak boleh access ,mungkin ada org hack.Awal2 tahun ni banyak juga lah plan nak laksanakan,ialah untuk improve kehidupan atau inovate sistem kerja supaya lebih ceria lagi. Tambah aktiviti business untuk menambah lagi pendapatan. Alhamdulillah awal2 tahun ni auntie dah dapat tempahan cookies untuk cenderahati majlis perkahwinan.Walaupun tak banyak tapi berbaloilah untuk memulakan tahun baru ni. 6,000 biskut kena disiapkan sebelum Auntie bertolak ke Umrah akhir Feb ni.Thank You ALLAH. Bagi tahun ni Auntie akan menambah aktiviti servis percetakan Digital untuk Brochure,buss.card,dll sepertinya.Membuat rubber-stamp,sepandok,iklan dll.
Kalau ada yang berminat bolehlah inbox ye.