BlogBlogs

Wednesday, June 30, 2010

Cara2 untuk membuat tempahan...

1. First sekali, anda hendakla mengisi borang tempahan yang telah disediakan di dalam blog ini. dan sila isi alamat penuh bagi memudahkan pihak kami untuk menghantar barang anda dengan selamat..

2. Selepas membuat tempahan, sila la buat pembayaran di account Maybank..Bayaran hendak lah dibuat selewat2 nya 2hari selepas tempahan. Selepas dari 2hari, jika anda masih tidak membuat sebarang pembayaran, secara automatik tempahan anda akan dibatalkan (kecuali ada sebab2 yang kukuh). Penghantaran hanya akan dilakukan selepas anda membuat pembayaran.

3. Selepas membuat pembayaran, sila email atau fax kan kepada kami, bukti pembayaran, jd kami boleh terus pos kan brg2 yang telah anda order..

4. Kami akan menghantar dengan menggunakan pos laju / courier service.. Bagi tempahan jarak jauh, kami nasihat kan anda untuk membuat tempahan sekurang2 nya 2 kotak (48 container/bekas biskut). Anda juga boleh campurkan jenis biskut yang anda suka.

5. Kos penghantaran ialah RM5 per kilo. Proses penghantaran akan mengambil masa dalam 1 - 2 hari.

Tuesday, June 29, 2010

Tempahan Biskut Raya 2010 Kembali Lagi!!!!

BISKUT RAYA 2010 DIBUKA SEKARANG!!

* Tempahan biskut raya telah dibuka..walaupun skrg masih di bulan may. Oleh kerana ramai yang bertanya bila boleh order kuih raya, so terpaksalah kami mengiklankan biskut2 yang di produce kan oleh DNI Manis..

* Kami juga menerima tempahan hamper dari badan-badan korporat dan perseorangan. Kami juga menerima tempahan dari pelanggan yang mahu membeli biskut kami untuk dijadikan hamper..

* Untuk pengetahuan semua, DNI Manis telah beroperasi sejak dari tahun 2007 lagi. Biskut2 ini kami jual kepada pelanggan tetap kami..dan ada juga yang dari mulut ke mulut.

* Ramai pelanggan kami yang mencadangkan agar kami mengembangkan lagi business ini dan menjual secara online...

* Kerana sambutan yang menggalakkan dan permintaan yang tinggi, kami membuat keputusan untuk menjual biskut2 kami secara online..jadi kepada yang sesiapa duduk jauh dari tempat kami, anda boleh lah membeli secara online..

* DNI Manis hanya membuat dan mengeluarkan 9 jenis biskut sahaja..(dahulunya kami membuat dalam 10 jenis biskut). Tapi sekarang kami hanya fokuskan kepada 9 jenis biskut sahaja kerana 9jenis biskut ini dipilih berdasarkan permintaan yang tinggi dan ramai pelanggan kami yang memberi feedback dan response yang bagus terhadap 9 jenis biskut ini.


* Antara biskut-biskutnya ialah :-

1) Macanut Cookies - Bil.biskut 32-38 (RM25.00)

2) Cashewnut Chocolate Cookies - Bil.biskut 32-38 (RM25.00)

3) Cornflake Madu - Bil.biskut 36-40 (RM 19.50)

4) Chocolate Rice Cookies - Bil.biskut 36-40 (RM19.50)

5) Peanut Cookies -Bil.biskut 38-45 (RM19.50)

6) Almond London Cookies - Bil.biskut 30-35 (RM25.00)

7) Tart Nenas - Bil.biskut 35-40 (RM25.00)

8) Almond Flakes Cookies - Bil.biskut 38-45 (RM19.50)

9) Biskut Gajus - Bil.biskut 32-40 (RM22.00)

Biskut Raya DNI Manis

Cashewnut Chocolate Cookies

Biskut Gajus


Tart Nenas



Peanut Cookies



Almond London Cookies


Cornflakes Madu


Chocolate Rice Cookies



Macanut Chocolate Cookies












Monday, June 21, 2010

CAIRKAN CHOCOLATE

MACAM MANA CAIRKAN CHOCOLATE?

Sekarang dah ada jual alat eletrik yang boleh terus cairkan chocolate.Tapi secara traditionalnya ialah dengan menggunakan 'Double Boiler".Maksud double tu ialah letakkan periok atau pyrex kaca diatas periuk yang dididihkan air.Tapi pyrex tu jangan lah tercicah dengan air itu. Bubuhlah chocolate bar (cooking chocolate) yang dah dihiris halus kedalam pyrex tadi.Chocolate tu akan cair apabila mencapai suhu panas 100 degree.Kacaulah sehingga ianya menjadi halus.Selepas tu padamkan api. Rehatkan sebentar dan bolehlah dicelupkan biskut seperti ALMOND LONDON kedalam chocolate cair tadi atau buat chocolate sendiri dengan menuangkan kedalam acuan kegemaran! Selamat mencuba.

Sunday, June 20, 2010

Cara Auntie membuat biskut raya!!

Auntie nak tunjuk secara tradisional membuat biskut. Gambar yang anda lihat di bawah ini adalah doh yang auntie buat untuk biskut Chocolate rice cookies. Auntie gaul doh di atas plastik dan diterapkan mengikut acuan kegemaran dan diletak diatas baking tray. Selepas semuanya habis diterap, barulah auntie bakar didalam oven conventional dengan suhu 180 - 200F (10 minit).

Chocolate rice cookies ini dibuat dengan tepung self-raising flour, gula caster, butter, corn flour, castard flour, telur dan chocolate rice.

Proses membuat Chocolate Rice Cookies..

Chocolate Rice Cookies sebelum dibakar.

Proses Membuat Cashewnut Cookies

Cashewnut cookies yang telah siap dibakar




Cashewnut cookies yang belum dibakar


Intinya perlu disediakan dahulu. Letak inti di dalam paper cup kecil dan tuang dengan coklat hitam yang telah dicairkan. Letak kacang cashewnut yang telah dipanggang diatas biskut tadi sebagai hiasan. Cashewnut hendaklah diletakkan semasa coklat masih cari untuk memastikan ianya melekat dengan kuat.
Bahan2 yang digunakan ialah butter, telur, gula caster, tepung gandum, serbuk cashewnut dan kacang cashewnut (untuk hiasan).






Proses membuat Macanut Chocolate Cookies..

Untuk menyediakan macanut cookies, intinya perlu disediakan dahulu. Inti yang telah siap hendaklah diletak kedalam paper cups kecil. Cairkan coklat hitam dan coklat putih (untuk hiasan). Coklat yang dah cair, dituangkan ke dalam paper cup yang ada inti tadi dan sejukkan ia. Apabila coklat hitam dah sejuk, masukkan coklat putih ke dalam icing bag dan lukiskan corak yang digemari keatas biskut tadi..Siap....
Bahan2 yang digunakan untuk membuat macanut cookies ialah butter, telur, gula caster, tepung gandum, kacang hazelnut/macadamia nut dan coklat hitam/putih.

Proses membuat corak lukisan pada Macanut Chocolate Cookies..

Gambar ini menunjukkan proses membuat corak pada macanut cookies..

Thursday, June 10, 2010

GULA OH GULA

Masaalah besar juga bagi peniaga makanan yang menggunakan gula dalam makanan, kalau bekalan gula sukar diperolehi, seperti diKuantan ni. Auntie pun sedang memikirkan bagaimana hendak buat kueh raya ni kalau gula masih tak available? macamana ye!

Monday, June 7, 2010

FAMILI GATHERING IN LANGKAWI

We book flight tickets to Langkawi two months ago.Some of us get a discount tickets which is much more cheaper. But for me and family we got the nomal price.But it doesn't matter because the most important thing is we get together as a family. 15 of Us from 3 family able to get together for a holiday in Langkawi.Half of the seat in Firefly to langkawi on the 3rd of june and 5th of June were occupied by us.

The journey runs very smoothly, the van and car we rented came in time and no problem with the engine.The rooms we rented are very specious,more than enough for 5 in each room.The 'big' children were happily swimming in the swimming pool,till late night and the breakfast is good.Thanks to TWIN PEAKS RESORTS for providing us a good stay.

The places we visited of course the historical places like MAKAM MAHSURI, BERAS TERBAKAR,UNDERWATER WORLD AND THE SEASHORE. The ladies were happily shopping at the cheaper mall which provided the non-tax item like Pyrex, Corelle, Perfumes of various brands, silk,textiles ,bags and chocolates.

Almost all places in the Island have been visited and many photos have been taken for most of our facebook and dairies, and the day came for us to say good bye to Langkawi with the most memorable events in our family life.The get together 'yang sangat menyeronokkan ' for all of us.Lebih erat dan lebih sayang!

Tuesday, June 1, 2010

KHASIAT CHOCOLATE/KOKO

Dianggarkan 100gm koko mengandungi pelbagai zat yang diperlukan badan; iaitu 10% lemak; 22.4% protein; 46.7% karbohairat; 2.8% theobromina dan pelbagai vitamin iaitu A,B,D & E.

100 gm Chocolate susu mengandungi 18% tenaga;11% protein; 8 % zat besi 47% calcium; 19%
riboflavin dan 11% vitamin A yang diperlukan tubuh dalam sehari.

KEBAIKAN KOKO KEPADA JANTUNG;
Kerana ianya kaya dengan ANTIOKSIDAN FLAVANOIDS yanag dapat mengurangkan risiko penyakit koronari jantung.
MENGAWAL DARAH TINGGI;
Coklat pahit mengandungi flavanoids iaitu sejenis antioksidan yang boleh membantu mengurangkan tekanan darah serta meningkatkan metabolisme badan untuk menukar gula didalam makanan menjadi tenaga.
Coklat mengandungi KALIUM(POTASIUM) yang tinggi..Bahan ini bertindak mempergiat tindak balas biologi dan membantu memelihara tekanan osmotik didalam sel.

MENGAWAL KENCING MANIS;
Kandungan antioksidan POLIFENOL didalam koko membantu menghalang penyakit kencing manis. Coklat diebetik sesuai untuk pesakit diabetes.Coklat diabetik menggunakan 10% pes koko .25% lemak koko serta pemanis tanpa nutrien.

MENGHALANG JERAWAT DAN PARUT;
Asid linoleik didalam lemak koko dapat membantu menghalang pertumbuhan jerawat dan parut.

MENGAWAL KEROSAKAN SEL DAN TISU BADAN;
Koko kaya dengan flavanoids,bahan antioksidan yang membantu menghalang kerosakan sel dan tisu badan yang disebabkan serangan radikal bebas.Antara kesan serangan radikal bebas adalah penyakit jantung, barah,dan proses penuaan.Kajian menunjukkan amalan memakan koko dan coklat boleh mengurangkn risiko penyakit berkenaan.

BAIK UNTUK KULIT;
Lemak koko mengandungi 34% hingga 36% asid OLEIK ynag boleh bertindak sebagai perapi, 31% hingga 35% asid stearik yang berupaya melembapkan kulit dan vitamin E yang bertindak sebagai antioksidan.


sumber;LKM.