BlogBlogs

Thursday, March 31, 2011

MALANG TIDAK BERBAU

Sedang khusyuk membaca alQuran selepas sembahyang subuh,dan merancang nak kepasar Tani,dan sedang fikir apa nak masak ari minggu ni, tiba-tiba saja Hafiz (anak sulong ) masuk memberi tahu adiknya sedang berada di Hospital besar kerana patah tangan akibat terjatuh ketika main skate board.Rupa-rupanya semalaman mereka membantu qayyum untuk mendapatkan rawatan dihospital Besar. Berjam2 dalam kesakitan baru Doktor dapat datang,itu pun kena ikut giliran pula untuk masuk operation room.Oh seksanya. Akhirnya qayyum dibawa keluar dan dipindahkan keHospital Pakar.Pada malam yang sama ,dia dioperation untuk memasukkan besi untuk clip tulangnya yg patah kedua2nya.Semalamanlah Auntie duduk dalam Wad untuk menunggu dia sedar.Alhamdulillah semuanya selamat.Kos rawatan untuk operation dan 3 mlm diwad RM10,200.00.Oh tuhan ,itulah peranan wang sekarang.Bila kita memerlukan ,kos berapa banyak pun terpaksalah dikeluarkan,waima bergadai bergolok pun terpaksalah dilakukan untuk yang tersayang.Kos rawatan susulan akan menanti lagi................

Wednesday, March 23, 2011

Tuesday, March 22, 2011

Doa

Berdoalah untuk apa yang kita hajati. Dan ketahuilah waktu2 dan tempat2 yang mustajab doa dimakbulkan.Curahkan segala isi hati dan mintalah dengan ikhlas hati .Insyaalah Allah akan makbulkan doa kita.Waktu2; Ketika sujud dalam sembahyang,ketika teraniaya, 2/3 malam (sembahyang)
Tempat; Holy places seperti Masjidil haram, masjid nabawi, dan dimana2 juga asalkan kita hampir dengan Allah.
Selalulah minta 4 perkara;1. Jauhkan dari api neraka,2. Jauhkan dari seksa kubur, 3.jauhkan dari fitnah dan perbuatan manusia yang kejam 4.Dimatikan dalam Islam (Iman).

TRADISI DAN ILMU



"Macamana ACUAN begitulah Kuehnya", begitulah peribahasa yang selalu didengar apabila kita menilai end-produk atau hasil yang dilihat daripada acuan .Selalunya merujuk kepada personaliti tertentu,kalau ayahnya orang agama ,anaknya juga orang warak,kalau ibunya Artis,anaknya juga akan jadi artis dan begitulah seterusnya.
Begitu jugalah terjadi kepada Tradisi,amalan yang telah dibuat akan terus dilaksanakan oleh generasi yang seterusnya.Jika amalan yang dilaksanakan itu tidak bertentangan dengan Agama Allah sudah tentulah ianya tidak menjadi halangan untuk dilaksanakan,malah ianya adalah terbaik.Tetapi jika sebaliknya,eloklah tidak diteruskan ,tetapi diubah tatacaranya mengikut panduan Agama,baru ada berkatnya.
Dalam meneliti tradisi yang benar2 mengikut garis panduan Agama,ILMU adalah sangat penting. Sebab itulah ada disebutkan dalam Alquran,"carilah Ilmu hingga kenegeri Cina""dan tuntutlah ilmu dari buaian hingga kelubang lahat".
Dalam mencari ilmu ini,kita digalakkan berjalan (Safar),supaya akal kita akan berkembang melihat keajaiban kejadian Tuhan dimerata tempat,budaya dan cara hidup manusia2 ditempat lain,kesusahan yang dilalui akan dapat memantapkan keimanan dalam diri kita.Lagi banyak kita mencari ilmu,lagi banyak yang kita tak tahu dan hendak tahu.Apa yang mata kita lihat,telinga kita dengar,dan lain2 anggota rasa, hendaklah diterjemahkan kepada sesuatu Ilmu yang boleh memberi manafaat kepada kita,dan jika perlu sebarkan lah kepada orang lain.
ILMU ITU HEBAT.ORANG YANG BERILMU ITU HEBAT.JADILAH YANG TERHEBAT.

Monday, March 21, 2011

ALLAH MENENTU SEGALANYA



Jangan mudah melatah.Asyik2 orang lain yang salah. cuba cermin diri sendiri apabila ditimpa musibah atau kekecewaan.Semuanya Allah yang tentukan,kita cuma berusaha dan akan diberi ilham oleh Allah kalau kita selalu mendampinginya.Kita akan diberi ilham jika seseorang akan menganiaya kita untuk jauh darinya.So kita akan ikut ajelah.Tak perlulah kecil hati kerana Allah telah pun menyelamatkan kita daripada Syaitan .Pakar Motivasi Islam yang selalu saya ikuti ceramahnya, berdampinglah kita dengan Allah dengan membaca AlQuran (dan memahami maksudnya) kelak Allah akan selalu melindongi kita dan mengkabulkan setiap doa kita.Biar pun lambat.Orang yang suka mencari kesalahan orang memang hatinya tidak tenang kerana banyak perkara yang diidamkannya tidak diperolehinya,akibat doa tidak dimakbulkan, kerana tidak berdamping dengan Allah.Tunaikan lah Rukun Islam dan Rukun Iman sepenuhnya agar kita memperolehi jiwa yang lebih tenteram dan bahagia.
Anggaplah orang lain lebih baik daripada kita bukan kita lebih baik daripada orang lain.Itu syok sendiri namanya.
#gambar; MASJID TERGANTONG-JEDDAH; ANI-NOR DIMASJIDILHARAM MAC 2011

Sunday, March 20, 2011

BAITULLAH

Semua umat Islam memang bercita-cita untuk melihat Kaabah atau berkunjung keMekah untuk mengerjakan ibadat Umrah dan Haji.Ada 3 perkara yang apabila kita lihat pun sudah diberi pahala; 1. melihat Kaabah 2. melihat al-quran 3. melihat ibu kita.
Ada 3 masjid yang apabila kita sembahyang didalamnya diberi ganjaran yang berganda;
1. Masjidil-haram (100,000x) 2.Masjid Nawabi -Masjid nabi (1,000x) 3. Masjid Aqsa- baitulmaqdis (500x)
MASJIDIL-AL-HARAM; Di Mekah ,mengelilingi Kaabah (Baitullah),berkeluasan 356,800 sq metre (88.2 acres),boleh memuatkan 4,000,000 jemaah dalam satu-satu masa (luar dan dalam).Perhimpunan terbesar umat Islam,terutamanya dimusim Haji.Mengandungi 9 menara yang tingginya ialah 89mtr (292 kaki).
Kini Masjidil Al-Haram masih melalui fasa renovationnya,termasuklah kawasan pembangunan disekelilingnya.Hotel dan apartments juga menyediakan tempat tinggal yang selesa,tempat membelibelah yang kondusif dan kawalan keselamatan yang lebih teratur.Jemaah juga lebih berdisplin manakala penyelenggara masjid juga sentiasa berkerja keras memastikan keadaan dalam masjid,luar masjid sentiasa bersih.Subhanallah, Allah yang maha mengetahui.
Bangunan yang terbesar dunia ,akan siap tak lama lagi,dipanggil Zamzam tower(Abraj Al Bait Tower).Sangat mengkagumkan.LRT dari Mekah ke Arafah juga dijangka siap tak lama lagi. Jamrah juga dalam fasa pembesaran untuk kemudahan jemaah Haji. Kalau kos mengerjakan Haji naik pun tak mengapa. Ianya berbaloi, percayalah,berbanding masa lalu yang sangat susah dan berisiko tinggi kerana himpunan orang yang sangat ramai.Dalam hati saya ini tetap menyimpan hasrat untuk sekali lagi mengerjakan haji di Tanah Suci Mekah.Insyaalah.

Thursday, March 17, 2011

PERJALANAN UMRAH YANG SANGAT TENANG



Perjalanan ketanah suci untuk menunaikan Umrah buat kali keempat ditemani oleh 2 orang anak lelaki (sulong dan bongsu) serta adik bersama suaminya dan anak perempuan nya. Kami bertolak dari KLIA pada 28hb Feb 2011, pukul 3.00 petang melalui direct fligth Saudia Airline menuju Madinah.Kami sampai keMadinah pada pukul 10.30malam setelah kapalterbang singah diRiyad sebentar untuk mengisi minyak.Kami terus dibawa kehotel tempat penginapan,Taibah Hotel, 50 meter daripada Masjid Nabawi (pintu no 25).Hari pertama kami dibawa oleh mutawif untuk ziarah selamat datang dimakam Rasullah dan masuk ke Raudah.Alhamdulillah kami dapat solat sunat diraudah dalam keadaan bersesak.Hari kedua kami dibawa melawat ke Masjid Quba,Masjid Qiblatain, Jabal Uhud dan Ladang Kurma.Hari keempat, selepas Solat jumaat, kami bertolak keMekah pukul 3.00 petang.Kami berMiqat di Bir Ali pukul 4.00ptg dan terus menuju Mekah.Kami tiba diMekah pukul 11.50 malam.Dan Pukul 12.30 pagi kami terus mengerjakan Umrah.Kami selesai mengerjakan Umrah pada pukul 3.30 pagi.Hari kedua ziarah Jabal Rahmah -Arafah,Gua Hirak dan bermiqat di Jaranah.Kami selesai mengerjakan Umrah kedua pukul 5.30ptg.Hari ketiga Miqat di Tanaem dan buat umrah lagi,hari keempat buat umrah lagi,bermiqat diTanaem.Hari kelima buat Umrah sunat dan dapat masuk keHijir Ismail dan dapat sembahyang sunat dengan sangat selesa.Alhamdullilah puas sekali.Semua kami dapat masuk keHijir Ismail,ada yang 3x, 2x dan sekali.Pada Malam hari kelima kami buat Tawaf Sunat lagi.Kali ini jemaah sangat sesak,x dapat masuk Hijir, tapi sempat menunaikan solat hajat dan solat Taubat didepan pintu Kaabah.Dapat menunaikan Solat Jumaat diMasjidilHaram.Pada hari Sabtu kami mengerjakan Tawaf wida' selepas zohor dan terus bertolak keJeddah pada pukul 4.00 petang.Singgah DiMasjid Terapong Jeddah untuk solat Asar.
Kami bertolak balik ketanah air pada pukul 11.30malam dan tiba diKLIA pada pukul 12.30 thri. Terasa sangat puas mengerjakan Umrah kali ini.Tidak banyak masaalah yang kami lalui. Alhamdulillah.Moga Allah akan menjemput kami lagi berkunjong kebaitullah.AMIN.......