BlogBlogs

Tuesday, April 26, 2011

mas cotek



Mas cotek adalah pokok liar yang tumbuh disekitar kawasan pantai. Ia juga boleh hidup dimana2 tempat ,dalam hutan kecil di malaysia ini.Ia adalah sejenis pokok renek yang boleh mencapai ketinggian 2 meter.Daunnya tebal berbentuk delta dan membulat dihujung.Pangkal daun tirus.Permukaan atas dan bawah daun ada titik kecil yang berwarna kuning keemasan,seperti warna karat.Urat daun bercabang tiga dan terdapat titik hitam pada cabang dibahagian bawah daun.Bunga dan buah dikeluarkan dari celah daun.Bentuk bunga bulat dan lebarnya 0.25cm-1.0cm dan tangkai buah 0.5cm-1.5cm.
KEGUNAANNYA;
1.Dipercayai boleh merawat paru-paru berair.
2.Daunnya boleh merawat ibu-ibu selepas bersalin, yang dikatakan boleh mengecutkan rahim dan faraj.Dan mengembalikan kepada kedudukan asal.Daun yang telah dikeringkan direbus dan diminum airnya.
Selamat mencuba.

Monday, April 25, 2011

bunga-bunga cinta






Bunga sesuatu yang menyegarkan mata memandang yang terus meresap kejiwa,dan boleh mendatangkan ketenangan kepada manusia.Jika kita sedih cubalah pergi kesatu kawasan yang ada banyak bunga,dan hampirilah bunga tersebut.Telitilah setiap bentuk bunga2 tu, dari warnanya,kelopaknya,debunganya,batangnya,daunnya. Hayati setiap sudut kejadiannya.Anda akan segera lega dari ketegangan,apatah lagi kalau bunga itu ada mengeluarkan bau yang harum.
Itulah sebabnya jika kit
a melawat orang sakit kita digalakkan membawa bunga yang wangi agak shabat kita itu cepat sembohnya.
SIMBOLIKNYA;
Jadilah kita sekuntum bunga yang segar,cantik dan berseri yang berbau wangi,yang dapat menyembuhkan segala penyakit orang lain.

APPLE IPAD


Apple Ipad sudah keluar,sesiapa yang berminat bolehlah hubungi saya(019 986 9066) .Harga RM1,800.00 sahaja.

Sunday, April 24, 2011

MACAROON


Macaroon adalah biskut yang menjadi kegemaran pada masa kini selain Cupcakes. kerana ia boleh dipebagaikan resepinya mengikut citarasa masing-masing.RESEPI ADALAH SEPERTI BERIKUT;
1 CUP SUGAR (4.5 oz)
3/4 CUP ALMOND FLOUR (2.5 oz)
(boleh guna serbuk kelapa, tepong biasa,dll tepong)
2 LARGE EGG WHITE (room temperature)
PINCH OF CREAM OF TARTAR
1/4 CUP OF SUPERFINE SUGAR (1.5oz)-icing sugar
3/4 CUP SEEDLESS RASBERRY JAM FOR FILLING

CARA;
1. Sugar + almond flour mix together in a mixer- till combined. Shift mixture
2. Whisk whites egg with mixer (medium speed) until foamy.Add cream of tartar & whisk again until soft peaks foam. Reduce speed to low, then add superfine sugar.Increase speed to high & whisk until stiff peaks foam.Add food coloring if you wish.
3. Shift flour mixture over white & fold until mixture smooths & shiny.
4.Transfer batter to pastry bag filled with 1/2 in plain fond tip.Press mixture onto tray and bake in the oven.
5. Fill with jam when the biscuit cool.

Monday, April 18, 2011

POKOK HIDUP



Jiwa manusia ini ibarat pokok yang hidup. Hidupnya yang subur sepatutnya memberi shafaat kepada manusia yang lain.Pokok yang subur,hidupnya rendang dan memberi teduh kepada mereka yang memerlukan ,mengeluarkan bunga yang harum baunya dan akan mengeluarkan buah yang boleh dimakan oleh manusia lain.Akarnya pula akan memberi kekuatan kepada bumi dari ancaman hakisan.Begitulah ibaratnya manusia.Ingatlah kita manusia untuk mempersiapkan 4 perkara berikut;
1.Teguhkan bahtera mu kerana lautan yang akan ditempoh sangat luas dan dalam.
2. Jangan toleh kebelakang kerana dihadapan curamnya sangat dalam.
3. Sediakan bekalan mu secukupnya kerana perjananan ini sangat jauh.Kuatkan dirimu kerana perjalanan ini sangat panjang.
4. Laksanakan lah tanggongjawab mu kerana Allah 100 peratus ikhlas.

"JADILAH POKOK YANG HIDUP ,DALAM TUNJANGNYA,YANG BERBUAH BOLEH DIMAKAN, YANG RIMBUN BOLEH BERTEDUH,KUAT AKARNYA TIADA DIHANYUTKAN BADAI"

Monday, April 11, 2011

cupcakes




Masa remaja dulu saya selalu membuat cupcakes untuk hidangan hari raya dan untuk adik-adik makan .Dulu2 hanya cupcakes sahaja tanpa ada hiasan manisan.Kini cupcakes menjadi kegilaan pengemar dengan hiasan yang pelbagai yang menambahkan rasanya.Memang sedap dan cantik untuk dihidangkan kepada tetamu,hadiah dan cenderahati.Saya sempat juga mencatit resepinya seperti berikut;
BAHAN2;
125gm butter
125gm caster sugar
125gm selfraising flour
2 sudu susu cair
2 biji telor

Adun semua bahan ini dan masukkan kedalam acuan dan bakarlah dengan suhu antara 190 -220 degree F. Sudah masak sejukkan untuk dihias.
Hiasan dengan Buttercream;
BAHAN2;
5 biji telor (untuk putih telor sahaja)
50gm gula castor untuk dicampur kedalam putih telor yang telah diputar sehingga putih.
300gm castor sugar dicampur dengan air (100ml) dan masakkan dengan api kecil sehingga keramilise.
500gm butter,sedikit vanilla.
Adunkan campuran ini sehingga sebati.Masukkan kedalam bag piping untuk menghias cupcake.

SELAMAT MENCUBA.....

Friday, April 8, 2011

macamana tu

Kalau kita bersendirian apakah yang selalu kita fikirkan?kadang2 teringat peristiwa masa2 lampau, suka duka bersama org2 yang disayang,atau orang2 yang sentiasa berada bersama kita, spt ibu-bapa,adik beradik.Dan adakalanya rasa rindu yang membuak2.Bila rasa lapar,atau tiba masa peristiwa,kita akan ingat makanan kegemaran,acara2 yang mengusik jiwa dan ingin kembali kemasa itu.tapi bolehkah kita memusingkan masa kebelakang? Walaupun kita boleh mengulangi acara2 seperti itu,hakikatnya ianya tak kan sama seperti dulu.Setiap detik masa beredar,dan manusia itu selalu didalam kerugian ,kecuali orang2 yang beriman.Detik ini kita sihat,mungkin seminit lagi kita sakit,atau dijemput Allah.Bersediakah kita?Ya Allah ampunkan segala dosa ku dan

Wednesday, April 6, 2011

MADU UNTUK SIHAT


Telah termaktub didalam AlQuran ,Madu adalah syifa' semula jadi yang dianugerahkan oleh Allah. Madu baik untuk menjaga kesihatan badan terutamanya peringkat kanak-kanak.Ianya boleh mengeluarkan toxic dalam badan dan melancarkan peredaran darah.Ianya sangat baik untuk mereka yang mengalami sakit lelah (banyak kahak), batuk,kurang selera makan dan sejuk badan. Minumlah madu pagi sebelum breakfast dan malam sebelum tidur.Insyaallah ,lawas buang air besar dan selera makan pun akan terkawal.
Madu asli imported dari Chiangmai berharga RM35.00 sebotol (350gm)

Sunday, April 3, 2011

PERSEDIAAN SEBELUM BERSARA

Bersara adalah satu proses biasa kehidupan manusia.Tetapi bagi seorang wanita jika ingin melalui saat persaraan ada beberapa perkara yang perlu didpertimbangkan agar tidak melalui depress apabila melalui persaraan. 1. Pastikan kita betul2 bersedia untuk bersara,baik dari segi mental,fisikal dan monetory. 2. Kalau boleh setlekan dulu hutang2 jangka panjang yang boleh menjejaskan perbelanjaan harian nanti. 3. Pastikan kita ada akaun sendiri yang boleh menampong perbelanjaan harian dan sedikit untuk kesihatan (sakit).Kalau kerja kerajaan ,Berbelanjaan Hospital kini ditanggong sepenuhnya oleh kerajaan.(Ambil kira juga,jika suami tinggalkan kita, suami meninggal tanpa harta dll kemungkinan) 4. Jgn habiskan wang saguhati,jika ingin berniaga atau renovate rumah atau umrah/haji.Jgn harap anak2,kerana pada masa kini kos sangat tinggi dan anak2 pun nak bernafas pun susah. 5.Selainnya kita berserah saja kepada Allah agar diberinya kita kesihatan yang cemerlang,Iman yang kuat dan rezeki yang berlipat ganda.Jika ada lebih,bersedekahlah kejalan Allah....Auntie doakan anda bahagia .