BlogBlogs

Thursday, May 2, 2013

MASA ITU EMAS

SELAGI KITA SIHAT, DAN DIANUGERAHKAN TENAGA YANG BERPATUTAN, GUNAKAN LAH DENGAN SEBAIKNYA. SETIAP APA YANG KITA LAKUKAN DENGAN IKHLAS PASTI AKAN MENDAPATI GANJARAN DARIPADA ALLAH. TIDAK2 PUN AKAN MEMBERI MANFAAT KEPADA DIRI SENDIRI, KELUARGA, SAHABAT HANDAI DAN ORANG 2 DISEKELILING KITA.
        MEMANG SERONOK DAN KETAGIH PULAK MEMBUAT CHOCOLATE NI.SELAIN IANYA SEDAP DIMAKAN, SANGAT MENGHIBURKAN KERANA HASILNYA DAPAT DIMANFAATKAN OLEH MEREKA2 YANG MENGEMARI RASANYA. KIRA2 BANYAK JUGALAH TEMPAHAN YANG DIPEROLEHI. JANGAN LUPA KONTAK SAYE 019-986 9066. ATAU EMAIL WWW.
BLUE ROSES CHOCLATES

CHOCOLATE BOX

BLUE ROSE CHOCOLATE
DNOR882@GMAIL.COM

Tuesday, April 2, 2013

koleksi candy mould


Bila dah kemaruk membuat chocolate ni, pantang nampak candy mould yang baru keluar, mesti nak beli.Dah ada dua kotak besar dah. Semalam beli lagi satu set (10 papan),sebab ada offer,dan dah try memang jadi sangat cantik dan mudah dikendalikan.Tak lekat,mudah keluar choc. dari acuannya dan chocolate jadi berkilat.Bentuknya pula pelbagai dan citarasa up-to-date.

CHOCOLATES AND CHOCOLATES

Sejak mendapat bahyak tempahan ini Auntie sibuklah menyiapkan pembuatan chocolates. Dan dibuat dalam beberapa perasa, seperti strawberrie, apple dan cranberries.Ada juga diisi fiilings kepada chocolate tablets tersebut seperti cookies, nuts (pelbagai),dan pralines.Yang menjadi kegemaran kanak-kanak ialah Lolli-choc. juga dibuat dalam beberapa perasa seperti Cranberries,raisins,sugar rices dll.




Thursday, March 21, 2013

APAM DOT DOT, CHOCOLATES UTK HADIAH

Jimat ,murah dan berbaloi. Pemanis yang boleh dijadikan  buah tangan kepada tetamu yang datang atau hadiah jika pergi bertamu kerumah saudara dan sahabat handai. Makanan snek yang berkhasiat ,tiada bahan yang mencurigakan. Sila lah cuba!!!!



Tuesday, March 5, 2013

CHOCOLATE ROSE MERAH UNTUK HANTARAN

Kini kerja2 menyediakan hantaran tidak lagi rumit,kerana persiapan alat2 semakin mudah didapati dan boleh disediakan awal2 kerana tidak memerlukan bahan bunga yang fresh untuk hantaran kelihatan cantik dan menarik.Bunga daripada chocolate selain tidak mahal, tidak pula membazir kerana boleh dimakan selepas acara selesai. Boleh cuba.

Setangkai cuma RM1.50

Wednesday, February 27, 2013

RAWAT DIABETES DENGAN JUS DELIMA


RM20.00/BOTOL

DELIMA dipanggil SUPERFRUIT mengandongi banyak khasiatnya.Diantaranya ialah
  •  Membantu menyembuhkan penyakit diabetes
  • Melancar dan menstabilkan peredaran darah
  • Mengembalikan fungsi jantung dan hati ketahap normal
  • Membersihkan hati dan urethra
  • Memperkuatkan siatem penghadaman
  • Membuang lemak2 berlebihan
  • Menguatkan tenaga
  • Mencegah morning sickness
  • Membantu menyesuaikan hormon ketika haid
  • Mencantikkan & mencerahkan kulit
  • Boleh menghilangkan kahak dan lelah
  • Mencegah ketidaksuburan, mandul dan meningkatkan tenaga batin
  • Mencegah Alzheimer dan nyanyok dikalangan orang tua

Monday, February 25, 2013

KHASIAT TAMBAHAN UNTUK CERGAS


Squalene(sharks oil) RM189.00(120 pcs)

Collgen RM60.00/box (10sachet)
Untuk hidup cergas manusia memerlukan khasiat tambahan seperti vitamin untuk mendapatkan kecergasan, selera makan, tidor yang lelap, dan sebagainya.Lebih2 lagi apabila usia menjangkau senja.Untuk menjaga kesihatan, selain bersenam/berjogging, Auntie menggamalkan mengambil makanan tambahan yang banyak mengandongi omega iaitu Squalene (Sharks oil).Sejak berumur 35 tahun lagi telah mengamalkannya dan alhamdullilah badan selalu rasa segar dan penyakit seperti selsema atau batuk jarang menyerang.Antibodi menjadi kuat.Ketika mengerjakan Haji dan Umrah juga sangat membantu kerana memberi tenaga dan batuk pun tak ada.

TERAPI FISIKAL DAN MINDA

Kadang-kadang terfikir juga, kemana agaknya arah tujuan warga- emas selepas anak-anak semuanya telah mencorakkan kehidupan berkeluarga masing-masing. Sudah tentu kita tidak menggalakkan mereka tinggal bersama kerana mereka perlu membina kehidupan mereka sendiri.Kalau tinggal berdekatan ,okaylah juga   , sekurang2nya  banyak masa boleh berhubung atau menjengok muka, tapi kalau jauh beribu batu, memang sunyilah orang tua. Untuk sihat fisikal dan mental eloklah cari hobi yang boleh memanafaatkan diri.Auntie telah belajar membuat chocolate dan biskut, dan ternyata berbaloi kerana boleh dijual kepada yang berminat; cuba try chocolate dan biskuit ini;
lollichoc bunga lily dan ros/sugar image

chocolate perasa s/berry,chocolate huruf untuk ucapan


bouquet tat teratai

hamper biskut cornflakes

chocolate ucapan


Thursday, January 31, 2013

CHOLOLATE UNTUK CENDERAHATI






CHOCOLATE MERUPAKAN PILIHAN MASAKINI UNTUK PEMBERIAN CENDERAHATI KEPADA TETAMU BAGI SESUATU MAJLIS KERAMAIAN. CHOCOLATE BUKAN SAJA TAHAN LAMA (JIKA DISIMPAN DALAM ROOM TEMPERATURE ATAU BILIK AIR-CONDITION), TETAPI EXCLUSIF DAN NAMPAK MAHAL.KAMI MENYEDIAKAN KHIDMAT BEKALAN CHOCOLATE MENGIKUT CITARASA PELANGGAN DENGAN HARGA YANG BERPATUTAN.TEL.019-986 9066 (NOREHAN)

PENANTIAN YANG SANGAT PANJANG

Mencari kontraktor untuk membuat renovation rumah sangat sukar kini. Nak minta quatation pun puas lah panggil sini panggil sana, janji datang tapi tak datang2 dan akhirnya dapatlah seorang memberi quatation.Memang harganya sangat tinggi , tetapi memikirkan janjinya material semuanya dah naik, dan material yang berkualiti,terimalah juga cadangan.RM66,000.00 untuk extension 2 bilik dengan faciliti, dan pengantian peralatan lama.Siap dalam masa sebulan katanya.Dengan advance money, yang diambilnya , kerja2 pada peringkat awalnya berjalan lancar.Dan selang dua minggu minta advance lagi dan kerja pun semankin slow, datang kerja  pun hampir senja baru sampai. advance demi advance diminta akhirnya aku bosan dengan kerenah kontraktor ini. Dengan sedikit wang yang masih ku pegang,aku terminate saja kerja nya dan panggil tukang lain untuk siapkan kerja.Dari sebulan jadi 3 bulan baru rumah ku siap, itu pun repair sana repair sini, bocor sana bocor sini. Selepas aku terminate nya datanglah bertali-arus pekerja2nya untuk minta upah yang belum dibayarnya.Kasihan orang2 itu.Awaslah dengan kontarktor yang bernama AMIZOL ini.Kaki temberang dan malas.