BlogBlogs

Tuesday, June 1, 2010

KHASIAT CHOCOLATE/KOKO

Dianggarkan 100gm koko mengandungi pelbagai zat yang diperlukan badan; iaitu 10% lemak; 22.4% protein; 46.7% karbohairat; 2.8% theobromina dan pelbagai vitamin iaitu A,B,D & E.

100 gm Chocolate susu mengandungi 18% tenaga;11% protein; 8 % zat besi 47% calcium; 19%
riboflavin dan 11% vitamin A yang diperlukan tubuh dalam sehari.

KEBAIKAN KOKO KEPADA JANTUNG;
Kerana ianya kaya dengan ANTIOKSIDAN FLAVANOIDS yanag dapat mengurangkan risiko penyakit koronari jantung.
MENGAWAL DARAH TINGGI;
Coklat pahit mengandungi flavanoids iaitu sejenis antioksidan yang boleh membantu mengurangkan tekanan darah serta meningkatkan metabolisme badan untuk menukar gula didalam makanan menjadi tenaga.
Coklat mengandungi KALIUM(POTASIUM) yang tinggi..Bahan ini bertindak mempergiat tindak balas biologi dan membantu memelihara tekanan osmotik didalam sel.

MENGAWAL KENCING MANIS;
Kandungan antioksidan POLIFENOL didalam koko membantu menghalang penyakit kencing manis. Coklat diebetik sesuai untuk pesakit diabetes.Coklat diabetik menggunakan 10% pes koko .25% lemak koko serta pemanis tanpa nutrien.

MENGHALANG JERAWAT DAN PARUT;
Asid linoleik didalam lemak koko dapat membantu menghalang pertumbuhan jerawat dan parut.

MENGAWAL KEROSAKAN SEL DAN TISU BADAN;
Koko kaya dengan flavanoids,bahan antioksidan yang membantu menghalang kerosakan sel dan tisu badan yang disebabkan serangan radikal bebas.Antara kesan serangan radikal bebas adalah penyakit jantung, barah,dan proses penuaan.Kajian menunjukkan amalan memakan koko dan coklat boleh mengurangkn risiko penyakit berkenaan.

BAIK UNTUK KULIT;
Lemak koko mengandungi 34% hingga 36% asid OLEIK ynag boleh bertindak sebagai perapi, 31% hingga 35% asid stearik yang berupaya melembapkan kulit dan vitamin E yang bertindak sebagai antioksidan.


sumber;LKM.

No comments:

Post a Comment