BlogBlogs

Wednesday, August 4, 2010

BELAJAR BISNES

Bisnes merupakan 9/10 daripada punca rezeki.Islam menggalakkan umatnya berniaga seperti amalan Rasulullah.Walaubagaimana pun dalam keghairahan kita ingin berniaga ada peraturan dan syaratnya yang perlu kita patuhi dan pelajari untuk menjadi peniaga yang berdaya maju.Sebab itulah kursus berniaga ini diajar diUniversiti Universiti sehingga bertahun-tahun lamanya.Bagi pandangan Auntie yang cetek dengan ilmu berniaga ni yang penting dalam berniaga secara Islam ni ialah;
1.Jangan menipu, terutamanya dari segi timbang/kuantiti,kualiti barang.
2.Harga biarlah berpatutan mengikut Kualiti dan Kuantiti barang. Janganlah meletakkan harga sehingga 300% daripada modal yang telah dikeluarkan.Ini dilarang dalam Islam.
3.Kontrak.Bila kedua belah pihak,Pembeli dan penjual telah bersetuju dengan harga yang dicadangkan,harga tu adalah muktamat,jika telah bersetuju,penjual wajib menjualkan harga itu walaupun selepas daripada itu didapati ianya rugi.Janganlah pulak caj lagi harga lebih kepada pembeli tersebut.Jual beli Emas,makanan hendaklah lebih beretika kerana ianya menjadi roh kepada kehidupan penjual.
4.Peniaga berkerja tidak mengira masa dan sempadan negeri, jika hendak lebih pendapatannya beliau kena berkerja lebih,tak kira masa dan dimana bagi mempastikan pelanggan mendapatan barang yang diperlukan.Tidak boleh ikut routin kerja seperti dipejabat kerajaan.
5.Bila dah dapat untung jangan lupa bayar zakat.

No comments:

Post a Comment