BlogBlogs

Saturday, January 22, 2011

MAKANAN SEIMBANG

Apakah itu makanan seimbang?Diet yang seimbang hendaklah mengandungi makanan yang mempunyai zat karbohidrat,protein,lemak,vitamin dan mineral.
1.KARBOHIDRAT- Adalah pembekal utama tenaga badan.eg gula,nasi,roti dan ubi kentang.Beberapa makanan karbohidrat yang tinggi serat boleh membantu anda membuang air besar dengan mudah.
2.PROTEIN- Sebahagian besar badan kita dibuat daripada protein.Selain menjadi bahan perlindungan seperti kulit,protein juga digunakan untuk menggerakkan badan (otot).Dua jenis protein iaitu daripada haiwan dan daripada tumbuhan.Contoh daging,telur,ikan dan susu; kacang-kacang dan gandum.
3.LEMAK-Sumber kedua pembekal tenaga.Untuk menggelakkan daripada sejuk.Didapati daripada sumber haiwan dan tumbuhan.Contoh; mentega,marjerin,dan minyak masak.Lemak dari haiwan biasa lemak yang tidak baik (lemak tepu).
4.VITAMIN DAN MINERAL- Boleh didapati dalam semua makanan seperti buahan,dan sayuran dan tumbuhan hijau.Vitamin penting untuk mengawal proses dalam badan. Vitamin A, baik untuk mata,vitamin B baik untuk kesihatan keseluruhan,Vitamin K baik untuk pembekuan darah dan vitamin C baik untuk menjauhkan selsema dan penyakit lain serta meningkatkan kesihatan.
MAKANAN YANG PATUT DIELAKKAN
>GULA >GARAM >COKLAT >KEK >KAYA >SIRAP >GULA MELAKA >MADU LEBAH >AISKRIM >JEM >MARMALADE >ALKOHOL >SUSU PEKAT >MINUMAN YANG BERGAS DAN MANIS >BUAHAN TIN YANG DIAWET GULA.
xxx;ALKOHOL HENDAKLAH DIELAKKAN SAMA SEKALI KERANA IA BOLEH MEROSAKKAN ORGAN TUBUH ANDA.
MAKANAN YANG PATUT DIKURANGKAN
>NASI > ROTI >UBI KAYU >UBI KENTANG >UBI KELEDEK >JUS >KELAPA >BUAHAN JERUK >BAHAN-BAHAN TENUSU >DAGING KAMBING.
MAKANAN YANG BOLEH DIMAKAN DENGAN BEBAS;
SERBUK CILI >LADA PUTIH >REMPAH >AIR >KOPI TANPA SUSU >TEH >SOS SOYA >CUKA >AIR SODA >AIR MINERAL >SEMUA JENIS SAYURAN DAN BUAHAN.
JENIS MINYAK %LEMAK TAK TEPU %LEMAK TEPU
Minyak Kelapa 6 (% lemak tak tepu) 94 (%lemak tepu)
Minyak Bunga matahari 90 (% lemak tak tepu) 10 (%lemak tepu)
minyak Kacang soya 34 (% lemak tak tepu) 66 (% lemak tepu)
Minyak Jagung 84 (% lemak tak tepu) 16 (% lemak tepu)
Minyak Kelapa sawit 50 (%lemak tak tepu) 50 (%lemak tepu)

No comments:

Post a Comment