BlogBlogs

Tuesday, February 8, 2011

TAHLIL BUAT IBU DAN AYAH




Pada hari Jumaat lalu ;4hb Feb 2011, genaplah ibu kami meninggal dunia 11 tahun yang lalu.Yang magicnya ialah pada tarikh 4hb feb 2000 dahulu ,sewaktu ibu meninggal jatuh pada hari jumaat iaitu pada hari Chinese new year juga.Setelah 11 tahun ia jatuh pada hari dan tarikh yang sama.Arwah ayah telah 28 tahun meninggal.Masa itu adik bongsu saya berumur 6 tahun,kini adik dah 35 tahun umurnya ,dan anak sulungnya pun dah 6 tahun.Pada hari jumaat lalu pun kami telah pun mengadakan tahlil buat arwah ibu dan ayah.Walaupun dikampong ramai yang membuat tahlil pad awaktu yang sama ,alhamdulliah ramai yang hadir (lebih 40 orang) untuk mendoakan arwah ibu dan bapa kami.
11 tahun lalu ,tiba-tiba kami menjadi orang tua kepada adik bongsu kami ,kerana walaupun beliau sudah bekerja tetapi belum berkahwin.Kami yang mengkahwinkan beliau.Alhamdulilah kami mendapat adik ipar yang sangat baik dan bertanggongjawab.

No comments:

Post a Comment