BlogBlogs

Monday, April 9, 2012

NEWZEALAND HOLIDAYS

Pada 8hb mac 2012 yang lalu saya berkesempatan mengikut suami melawat Newzealand,khususnya Auckland City. Dengan menaiki Emirate Airlines ,kami transit DiMelbourne Australia. Setelah 13 jam perjalanan, akhirnya kami sampai diAuckland pada pukul 12.30 tengahhari waktu tempatan.(perbezaan waktu dengan Malaysia ialah +5jam).Kami dibawa terus keHotel dan Check-in di Hotel Auckland City,iaitu ditengah bandar Auckland.Walaupun Auckland merupakan Bandar terbesar di NewZealand, tetapi tiada traffic jam seperti diBandar kita disini.Suasana yang aman,tenteram,bersih dengan alam semula jadinya,menjadikan ianya Bandar paling selamat dan sihat untuk didiami. Banyak makanan halal yang boleh diperolehi disini.Barang makanan yang dijual juga ada tanda halal yang boleh digunakan tanpa was-was.Tak hairanlah ramai student dari negara Islam belajar disini, termasuk dari Malaysia.Kami dibawa city Tour dan cuaca juga tidaklah sejuk,sekadar 20% c saja.





No comments:

Post a Comment