BlogBlogs

Wednesday, September 26, 2012

CIRIT-BIRIT (KERACUNAN MAKANAN)

Musim Kahwin ,Seronok bila diraikan oleh saudara mara dan handai taulan.Dari jauh dan dekat datang bertandang kerumah penganting semata-mata untuk meraikan hari bahagia ini.Tuan rumah sedaya upaya berusaha mencari bajet untuk menyempurnakan majlis tersebut sebaik mungkin agar tetamu berasa selesa dan puashati.
Malang juga lah jika "event planner" yang ditugaskan/diupah tidak melaksanakan tanggongjawab dengan sempurna dan semata-mata memikirkan keuntungan sahaja.terutamanya bab makanan yang disediakan, yang selalu sahaja tidak sempurna,tidak bersih disediakan sehinggakan tetamu yang datang sakit perut berhari-hari lamanya. Bayangkan betapa malunya tuan rumah dan kecewanya kerana wang yang dikeluarkan bukan sedikit, dan saudara mara yang datang dari jauh sakit perut.
Jika anda terkena cirit-birit atau keracunan makanan ,selalunya akan ketandas hingga 10 kali, seeloknya pergi lah berjumpa doktor,ambil antibiotik.Doktor juga ada berpesan kepada saya,jika ketandas kerap, ambillah air VITAGEN atau YAKULT kerana minuman ini ada mengandongi kuman baik yang melawan kuman yang sediaada dalam perut.Ia akan mengurangkan bilangan kali ketandas.Yang penting setiap kuman yang ada didalam perut itu mesti dikeluarkan melalui berak,jika tidak kita akan muntah teruk.Ubat kimia selalunya akan menghentikan berak serta merta,,tetapi kuman yang ada tak akan keluar habis.Gunalah cara traditional ini.Untuk menggelakan kita dehydrate, digalakkan minum minuman 100plus separuh dan air mineral separuh. secara berterusan.Insyaalah masaalah keracunan akan lega dengan cepat.
Selamat mencuba dan jangan serik kemajlis perkahwinan.

No comments:

Post a Comment