BlogBlogs

Thursday, September 27, 2012

PEMANIS PERUT-JEM NENAS

Tart nenas memang sedap dimakan terutama diwaktu petang ketika mengadap kopi panas yang dihidang selepas balik daripada kerja. Kalau buat sendiri lagi best; bersih,suci, mewah dan puas.Jika nak sedap lagi , buat lah jem nenas sendiri. Beginilah carnya;
BAHAN UTAMA;
NENAS YANG MENGKAL
GULA PUTIH
 CARA;
 1. Kupas nenas, buang mempulurnya dan potong halus2.(jgn lupa buang hidungnya)
2.  Blender isi nenas 
3.Masukkan kedalam kuali dan masaklah dengan api yang kecil.
 ( nenas yang telah diblender disukat untuk menentukan jumlah gula yang hendak dimasukkan.Setiap satu sukatan nenas masukkan 3/4 gula- bergantung pada kemanisan nenas tersebut).
4. Panaskan dulu nenas yang diblender sehingga berubah warna baru masukkan gula.Biarkan dimasak dengan api yang kecil.Kacaulah sekali sekala.Apabila sudah pekat barulah dikacau sentiasa.Warnanya akan berubah menjadi choklat pekat apabila sudah masak, lebih kurang 5- 6 jam. 
          JEM YANG DIMASAK LAMA TAHAN LAMA SEHINGGA SETAHUN WALAUPUN TIDAK DISIMPAN DALAM PETI AIS.

No comments:

Post a Comment