BlogBlogs

Thursday, April 15, 2010

SALAM PERKENALAN DARI "NTJAMBU"

Assalamualaikum..

Auntie jambu pernah berkhidmat dengan kerajaan hampir 32 tahun dan kini auntie telah pun bersara hampir 2tahun. Banyak perjalanan manis dan pahit telah auntie lalui dan semuanya adalah pengajaran buat auntie untuk terus bersemangat untuk menjalankan aktiviti selepas bersara. Semua suka-duka yang dilalui auntie anggap positif. Sepanjang tempoh berkhidmat, auntie pernah masuk ladang lembu, kelapa sawit, ladang teh, quarry, lombong jade, kilang bata, jaga stor juga parking dan akhirnya ke gedung2 peralatan kerja dan lain2.

Paling manis apabila auntie telah berjaya menubuhkan TASKA untuk organisasi dan membesar sehingga 11 tahun (sebelum auntie meninggalkannya). Walaubagaimana pun ianya masih berkembang sehingga sekarang.

Selepas bersara auntie telah menjadi agen atau lebih dikenali sebagai Distributor (Pahang) kepada produk perabot TASKA/TADIKA dan alat bantu mengajar untuk sebuah pengilang di Kuala Lumpur...

Auntie amat seronok dapat mencipta satu sistem pembelajaran interactive melalui alat permainan ini yang auntie panggil "cc-maths", dan sekaligus melayakkan auntie mendapat anugerah Inovasi tau!!

Setahun sebelum bersara, auntie selalu mengikuti kursus memasak. Diantaranya makanan yang auntie belajar ialah cara untuk membuat roti, biskut, frozen food dan lain2 lagi. Selain dari itu, auntie juga belajar membuat batik. Itu semua adalah sebagai persediaan untuk mengisi aktiviti selepas bersara. Alhamdulillah sekarang auntie dah boleh menjual kuih raya dan membuat chocolate!!

Dengan adanya aktiviti seperti ini, auntie rasakan kehidupan selepas bersara menjadi lebih sihat dan relax, tenang je. Auntie sangat suka dengan apa yang auntie lakukan sekarang..

Akhir kata, jangan lupa lawati blog ini selalu ya..kerana auntie akan berkongsi pengalaman dengan anda terutamanya mengenai penjagaan anak, petua2, kuih2 yang auntie buat dan doa2 yang auntie pelajari dan amalkan hingga kini!! Semoga anda semua gembira dan dapat menambah lagi pengetahuan yang sedia ada..

"POSITIVE THINGKING IS A THERAPY FOR A GOOD BEING"

"KNOWLEDGE IS FOR SHARING" & "SHARING IS CARING"

No comments:

Post a Comment