BlogBlogs

Wednesday, April 21, 2010



LACING ANIMAL


Apa itu lacing animal? Adakah anda tahu kegunaan dan fungsinya lacing animal ini?

Lacing animal ialah sejenis permainan minda untuk kanak-kanak yang berusia 3tahun ke atas. Permainan ini telah di keluarkan oleh Edu World Services Sdn. Bhd. Permainan ini menggalakkan anak-anak supaya lebih fokus terhadap sesuatu dan ia juga boleh mengajar anak-anak kita supaya menjadi lebih kreatif.

Seperti yang kita tahu, dunia kanak-kanak penuh dengan imaginasi dan keunikan. Mereka menganggap setiap objek ialah permainan. dan that's why syarikat ews ini telah menghasilkan permainan yang membolehkan mereka belajar sambil bermain. Warna-warna yang dihasilkan juga warna yang terang dan menarik kerana anak2 lebih cenderung terhadap warna2 yang terang.

Terdapat beberapa fungsi yang mungkin anda tidak tahu :
1) Komponen Bahasa dan komunikasi - semasa bermain permainan ini, anak2 boleh memperbaiki tahap komunikasi seperti berbual, bercerita dan menamakan binatang melalui bentuk serta menyatakan warna2 binatang pada papan jahit.

2) Komponen kognitif (memperkenalkan konsep awal matematik)
ianya bermaksud membuat pengelasan dari segi bentuk dan warna serta membuat padanan

3) Komponen fizikal-membina motor halus dan koordinasi mata-tangan.

4) Komponen kreativiti dan estetika-Mencipta pola/corak mengikut kesukaan mereka. Selain itu, ia juga berfungsi sebagai stensil untuk menyurih bentuk binatang dan mewarnakannya.

No comments:

Post a Comment