BlogBlogs

Monday, April 18, 2011

POKOK HIDUP



Jiwa manusia ini ibarat pokok yang hidup. Hidupnya yang subur sepatutnya memberi shafaat kepada manusia yang lain.Pokok yang subur,hidupnya rendang dan memberi teduh kepada mereka yang memerlukan ,mengeluarkan bunga yang harum baunya dan akan mengeluarkan buah yang boleh dimakan oleh manusia lain.Akarnya pula akan memberi kekuatan kepada bumi dari ancaman hakisan.Begitulah ibaratnya manusia.Ingatlah kita manusia untuk mempersiapkan 4 perkara berikut;
1.Teguhkan bahtera mu kerana lautan yang akan ditempoh sangat luas dan dalam.
2. Jangan toleh kebelakang kerana dihadapan curamnya sangat dalam.
3. Sediakan bekalan mu secukupnya kerana perjananan ini sangat jauh.Kuatkan dirimu kerana perjalanan ini sangat panjang.
4. Laksanakan lah tanggongjawab mu kerana Allah 100 peratus ikhlas.

"JADILAH POKOK YANG HIDUP ,DALAM TUNJANGNYA,YANG BERBUAH BOLEH DIMAKAN, YANG RIMBUN BOLEH BERTEDUH,KUAT AKARNYA TIADA DIHANYUTKAN BADAI"

No comments:

Post a Comment