BlogBlogs

Tuesday, April 26, 2011

mas cotek



Mas cotek adalah pokok liar yang tumbuh disekitar kawasan pantai. Ia juga boleh hidup dimana2 tempat ,dalam hutan kecil di malaysia ini.Ia adalah sejenis pokok renek yang boleh mencapai ketinggian 2 meter.Daunnya tebal berbentuk delta dan membulat dihujung.Pangkal daun tirus.Permukaan atas dan bawah daun ada titik kecil yang berwarna kuning keemasan,seperti warna karat.Urat daun bercabang tiga dan terdapat titik hitam pada cabang dibahagian bawah daun.Bunga dan buah dikeluarkan dari celah daun.Bentuk bunga bulat dan lebarnya 0.25cm-1.0cm dan tangkai buah 0.5cm-1.5cm.
KEGUNAANNYA;
1.Dipercayai boleh merawat paru-paru berair.
2.Daunnya boleh merawat ibu-ibu selepas bersalin, yang dikatakan boleh mengecutkan rahim dan faraj.Dan mengembalikan kepada kedudukan asal.Daun yang telah dikeringkan direbus dan diminum airnya.
Selamat mencuba.

No comments:

Post a Comment