BlogBlogs

Thursday, May 5, 2011

BRAIN DEVELOPEMENT



Auntie ingin menyambong cerita mengenai child developement. Rasanya ada manfaatnya auntie berkongsi ilmu yang auntie dapat semasa auntie menguruskan Taska/Tadika semasa bekerja dengan Agensi Kerajaan dulu.Jika ada kelapangan Auntie akan buka buku dan buat entri diblog ini.Insyaalah;

PEMBANGUNAN MANUSIA ADALAH PEMBANGUNAN OTAKNYA

Kajian telah membuktikan bahawa pembangunan akal manusia adalah asas pembangunan manusia itu dan peningkatan akal manusia di tentukan oleh pembangunan otaknya.

MENGAPA AKAL MENJADI SARAF YANG SANGAT PENTING BUAT MANUSIA?


1.Otak adalah organ yang mula terbina pada manusia mulai hari keenam dalam kandungan ibu.
2.Otak adalah organ pertama yang sangat mudah di pertingkatkan, tetapi sangat terdedah kepada bahan-bahan yang boleh merosakkan pembangunannya.
3.Pembangunan perwatakan ,kebolehan dan intelek anak bermula dari kandungan ibu dan apa jua yang merencatkan pembangunan otak anak itu semasa dalam kandungan ibu akan juga merencatkan pembangunan perwatakannya, kebolehannya, inteleknya.
4.Potensi otak manusia sangat besar sekali .Dari dalam kandungan lagi Otak telah dilengkapkan dengan sejumlah satu trillion (1,000,000,000,000) sel otak (nueron) dan pada usia 3 tahun anak manusia berkemampuan untuk menguasai bahasa, beremosi, menyanyi, menghafal beberapa surah, berlari, berenang, melukis, membaca dan berbagai lagi kebolehan yang membezakan manusia dari haiwan.
5. Kebolehan seperti BERGERAK, MEMBACA, MEMAHAMI BAHASA,BERTUTUR, BEREMOSI, BERFIKIR, MENULIS, MELUKIS Dan sebagainya, bergantong kepada pembangunan otaknya.Dan pembangunan itu berlaku dengan pesatnya mengikut pembesaran potensinya berasaskan kepada tahap pembesaran seperti berikut;
- Mencapai tahap 25% pada waktu lahir
- Mencapai tahap 50% pada usia enam bulan
- Mencapai tahap 85% pada usia tiga tahun
- Mencapai tahap 95% pada usia enam tahun


No comments:

Post a Comment