BlogBlogs

Wednesday, June 1, 2011

GEMBIRA


Hari ini agak sibuk sikit sebab nak sediakan sebutharga untuk pelanggan.Sedang asyik buat kerja tiba-tiba dapat call daripada kawan berbangsa cina (sebenarnya dia ni Tailor saya).Suaranya gelabah,minta saya datang kerumahnya untuk tengokkan surat yang diterima daripada JPA.
Sebenarnya kawan Auntie ni telah disaman oleh JPA kerana anaknya yang mengikuti kursus KeDoktoran diUSM dua tahun lalu telah gagal dan dibuang daripada Universiti.Oleh kerana gagal memenuhi syarat dan perjanjian beliau dikenakan denda dengan membayar kesemua biasiswa yang telah dikeluarkan kepadanya sebanyak RM28,000.00.
Kawan auntie (emaknya)menjamin anaknya ini diminta membayar jumlah tersebut dalam masa satu bulan drp tarikh surat.Memang sedih sebab ibubapanya yang telah tua ini tiada pendapatan tetap.
Kawan auntie ini menceritakan kesedihannya dan auntie pun cuba membantu dengan membuat surat rayuan kepada JPA.Walaubagaimanapun JPA dalam surat jawapannya tidak bersetuju mengecualikan bayaran balik sebaliknya minta bayar secara ansuran mengikut kemampuan . Auntie buat lagi surat rayuan untuknya dan lama tidak berjawab, sehinggakan kawan Auntie ini cemas.Auntie suruh dia tunggu saja jawapannya.
Pagi ini dia cemas sebab lihat surat jawapan ada tertulis RM5,000.00.Dia ingat sudah kena denda sebab ingkar arahan JPA. Tetapi sebaliknya JPA hanya meluluskan bayaran balik secara token sebanyak RM5,000.00 sahaja.Bukan dia sahaja gembira tetapi auntie juga sangat gembira dengan keputusan ini. Ini lah menunjukkan Kerajaan sangat perihatin terhadap raayatnya,tidak mengira bangsa dan Agama.
Anak Kawan auntie ini merupakan anak yang cemerlang sebenarnya. Sentiasa mendapat Straigth A didalam setiap examnya.Tetapi mungkin jurusan ini dia tidak minat,itu yang gagal.Kasihan.
Kini beliau mengambil jurusan farmasi di Universiti Swasta ,dan sentiasa cemerlang resultnya. Diharap apabila telah berjaya beliau boleh memberi khidmat kepada Rakyat Malaysia pula.Syukur tuhan telah memberi saya jalan untuk membantu seorang kawan.Amin...

No comments:

Post a Comment