BlogBlogs

Wednesday, June 15, 2011

HAK-HAK AHLI KELUARGA

Setiap ahli keluarga mempunyai haknya masing-masing; Ibu-bapa kepada anak-anak, Ibu kepada anak-anak,bapa kepada anak-anak,anak-anak kepada ibu bapa,suami kepada isteri,isteri kepada suami.
Anak-anak berhak mendapatkan haknya bermula ianya dilahirkan,kerana dalam usia 7 hari , ibubapa perlu membuat aqiqah keatasnya jika tidak,kalau bayi itu meninggal ,anak itu tidak dapat memberi kebijikan keatas kedua orang tuanya itu. Memberi nafkah secukupnya, perlindungan secukupnya dan didikan agama dan dunia secukupnya. Setiap perlakuan baik dan doa anak ini akan terus sampai manafaatnya kepada kedua ibubapanya.Begitu jugalah sebaliknya. Apabila dewasa anak-anak wajib melaksanakan hak-hak ibubapa pula, iaitu menjaga kebajikan mereka apabila mereka sudah tua.Jangan abaikan kerana bimbang akan menjadi anak derhaka.
Begitu jugalah suami kepada isterinya, hendaklah menjaga kebajikan dan keharmonian rumahtangga.Memberi ilmu Agama secukupnya agar isteri tidak menjadi derhaka,membantu kerja2 dirumah dan menjaga emosi isteri. Lantas isteri pula harus melayan keperluan suami dan taat dan setia kepadanya setiap masa.

No comments:

Post a Comment