BlogBlogs

Thursday, November 25, 2010

DELIMA USIA EMAS

Auntie baru 2 tahun bersara dari khidmat kerajaan,tapi masih terasa kehangatan aroma bekerja,dimana auntie, masih mengamalkan rutin pergi kerja walaupun ,bekerja sendiri.Setakat ini memanglah Auntie tak rasa jemu dan bosan kerana waktu terisi dan badan pun masih sihat. Tapi Auntie ada kawan2 yang bersara tetapi tidak melakukan apa-apa aktiviti yang berterusan, telah mengalami suasana yang membosankan atau delima kesunyian. Apatah lagi bagi yang telah kehilangan pasangan hidup. Ada yang mencuba mencari penganti suami atau isteri kononnya untuk mengisi kesunyian, tetapi akhirnya menjadi lebih kalut apabila, masa untuk dirinya sendiri telah terabai dan mengakibatkan stress yang berpanjangan.Anak-anak pula tidak memberi perhatian kerana mengganggap pasangan baru telah dapat memenuhi kehendak orangtua mereka. Ada yang mengambil keputusan bercerai dengan pasangan dan kembali membujang, tetapi masih gagal mengurus emosi.
Auntie pun tak tau, apakah cara yang terbaik, bagi warga emas ini sentiasa boleh berada dalam suasana tenang dan ceria,sihat sehingga keakhir hayatnya,tanpa banyak menggangu anak-anak atau orang lain.

No comments:

Post a Comment