BlogBlogs

Wednesday, November 10, 2010

PARENTING

Kira-kira sebelas tahun auntie berkecimpong didalam pentadbiran Taska/Tadika ditempat auntie bekerja dahulu.Banyak perkara mengenai parenting yang boleh auntie kongsikan bersama dengan pembaca.
1. EMOSI ANAK; emosi anak banyak bergantung kepada environment rumah yang didiami nya bersama dengan ibu/bapa dan adik beradik atau di tempat dia diasuh. Jika ibubapa selalu bergaduh didepan anak,mereka juga akan bergaduh dengan orang lain.Jika dia selalu dibuli oleh abang atau kakak atau anak-anak pengasuhnya, dia akan membuli orang juga,iaitu sesiapa yang di temuinya yang mampu dibulinya.
2. PEMAKANAN ; Makanan sangat penting untuk tumbesaran anak-anak iaitu itu memastikan dia sihat dan boleh menjalankan aktiviti harian dengan sihat. Masakan dan cara hidangan juga dapat merangsang selera anak untuk menjamah makanan. Jika mereka kurang mendapat makanan seimbang, elok ditambah dengan vitamin seperti vitamin C (sebagai antibodi untuk sebarang penyakit seperti demam dan selsema) dan multivitamin.Jangan takut untuk kepada cahaya matahari,kerana matahari pagi sangat baik untuk antibodi kanak-kanak dan boleh menjadikan mereka physically fit.Mereka kena minum banyak susu ,sekurang2nya 5x sehari atau bila meningkat remaja 2 x sehari.Khasiat calcium ini penting ada dalam tubuh manusia daripada kecil lagi untuk bekalan sehingga kehari tua bagi mempastikan tulang jadi kuat dan tidak mudah reput.(osteoporosis).
3. SENAMAN; Aktiviti senaman sangat penting bagi kanak-kanak kerana apabila mereka mengerakkan anggota badan ,oxygen akan segera masuk keotak bagi merangsang perkembangan otak yang sihat .Perkembangan otak kanak-kanak berkembang dengan pesat mulai daripada lahir sehingga umur 6 tahun - 80% sudah terbentuk. Jika gabbage in, gabbage lah Outnya.Itu lah sebabnya masa inilah segala yang terbaik diajar/didedahkan kepada kanak-kanak ini.

No comments:

Post a Comment