BlogBlogs

Sunday, December 26, 2010

SELAMAT DATANG 2011


2011 telah pun memberitahu kita bahawa beliau akan datang tak berapa hari lagi untuk menggantikan 2010. Adakah kita sudah bersedia untuk menyambut kehadirannya kedalam hidup kita? Adakah 2011 ini akan memberikan kita 1001 rahmat,kebahgiaan, kegembiraan , kekayaan atau sebaliknya.Oleh yang demikian seharusnyalah kita memikirkan apakah harus kita lakukan bagi menyesuaikan diri kita kepada suasana yang akan berlaku pada 2011 ini.Allah berjanji dengan umatnya, akan menunaikan apa saja yang dikehendaki dengan syarat umatnya itu mematuhi tatacara diperlukan.Barang siapa yang berusaha lebih ,akan lebihlah dia dapat dan begitu juga lah sebaliknya.Ayuh kita haruslah berusaha untuk mendapatkan apa yang kita mahu.
SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2011

No comments:

Post a Comment