BlogBlogs

Tuesday, December 14, 2010

JIN DAN SYAITAN


Jin dan syaitan telah bersumpah akan menyesatkan manusia walau dengan apa cara sekali pun.Tak hairanlah jika kita selalu terkejut dan tak sangka manusia yang dihormati atau yang dianggap alim telah melakukan sesuatu perkara yang memalukan atau mengaibkan.Ya ALLAH jangan lah Engkau bolakbalikkan hati kami,teguhkan iman kami.amin.
SAKIT MISTERI ATAU DIRASUK;
Simptom-simptom yang mungkin berlaku;
i) Histeria
ii)Merasuk(tidak sedar diri) semasa dihutan atau ditempat tertentu.
iii) Rasa rendah diri
iv) Ketakutan
v) Tidak dapat menumpukan pada kerja yang dilakukan
vi) Diganggu semasa beribadah.
vii)Terdengar bisikan.

Masaalah lazim (sihir);
i)Lebam pada badan
ii) Kesan gigitan pada badan
iii) Tidak boleh bangun untuk bekerja dan melakukan aktiviti harian.
iv) Rasa rendah diri dan tiada keyakinan diri
v)Premis perniagaan tiba-tiba tidak dapat pelanggan.
vi) Ternampak bayangan objek didalam rumah
vii) Diganggu semasa beribadah.
viii)Hubungan didalam keluarga menjadi dingin dan hambar
viiii)Terkena pelbagai penyakit kronik seperti kanser dan lain-lain.

Masaalah lazim (saka);
i)Mimpi ular,harimau, buaya dan lain-lain.
ii)Histeria
iii)Teringat akan seseorang yang telah meninggal dunia
iv) Ketakutan.
v) Terdengar bisikan arahan untuk membuat sesuatu dan pelbagai masaalah lain seumpamanya.

Kita orang Islam sememangnya digalakkan membaca AlQuran sebagai amalan harian ,kerana selain pedoman kehidupan ianya juga dapat menjauhkan diri kita dirasuk oleh syaitan dan jin.Jiwa akan menjadi tenang (tidak stress/serabut) jika kita selalu mendampingi Alquran.
AMALKANLAH.

No comments:

Post a Comment