BlogBlogs

Tuesday, December 14, 2010

DITIPU,TERTIPU,MENIPU......


Pernahkah anda menipu,ditipu atau tertipu???
kes 1;
Kawan anda menjual barang kemas/hiasan (tanpa kedai) dan menawarkan kepada anda harga yang murah, katanya sebab anda kawannya dia ambil untung sikit saja.Anda pun beli sebab dia kawan anda( bayar tunai tau) . Lepas beli ,dah pakai pun tiba-tiba dia kata harga kena tambah sebab salah kira. Anda pun dek dia kawan anda ,anda bayar lagi.Terpaksa cari wang untuk harga tambahan itu.Lepas tu rasa tak sedap hati anda pergi kekedai Emas dan semak harga sebenar emas itu.Selepas ditimbang gm emas itu anda dapati harga yang dikenakan kepada anda 100% markup price.Apa perasaan anda.????

kes 2;
Anda seorang majikan dan employed seorang pekerja untuk merekodkan transaksi busines anda.Anda bayar dia upah setimpal dengan kerja-kerjanya. Rekod /dokumen tersebut disimpan dalam komputer anda. Pekerja anda tiba-tiba marah kepada anda(tak tahu sebab apa) lalu membuang semua rekod /dokumen yang dia telah buat untuk anda.Bila anda nakkan maklumat itu fail telah kosong.Apa perasaan anda.??????

kes 3;
Anda telah berbudi dengan seseorang sehingga mendapat pekerjaan tetap dan boleh menampong keluarga (boleh dapat pencen lagi), ambil berat tentang keluarganya. Tapi bila anaknya dah pandai,mencari kesalahan anda dan mengutuk anda katanya anda tak tau mengenang jasanya pula. Apa kata anda.????

Adakah anda ditipu? menipu atau tertipu?

No comments:

Post a Comment